Chapter 28

254 13 0
                                    

" Saya berjumpa dengan June. June cakap yang dia menyukai awak. Dia menyuruh saya cakap dekat awak, apakah awak mempunyai girlfriend tapi saya cakap, awak tiada pasangan. June kelihatan gembira. Saya tidak sampai hati mahu cakap yang saya adalah isteri awak. June seorang perempuan yang baik, lembut dan mesra. Saya tidak sanggup menyakiti perasaan perempuan nya walaupun saya cemburu waktu itu. Sakit sekali mendengar ada seseorang mencintai seseorang yang kita cintai dengan sepenuh hati. June lebih baik daripada saya tapi apakah saya egois kerana tidak mahu melepaskan awak bersama dengan orang yang lebih baik ? "

" Tidak salah kerana saya pun tidak akan melepaskan awak pergi. Saya mencintai awak. Tidak mungkin saya akan mencintai orang lain " kata Pond dengan halus, menusuk ke hati Phuwin membuatkan Phuwin sebak.

" Tapi June sungguh sesuai untuk awak. Saya merasakan saya tidak sempurna untuk awak. Awak layak dapat seseorang yang lebih baik daripada saya " kata Phuwin dengan suara yang bergetar kecil.

Pond menggelengkan kepala, " Setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan. Semua orang di dunia ini tidak sempurna, sayang. Tapi ketidaksempurnaan kita lah yang membuatkan kita sempurna kerana kita bersyukur apa yang kita ada " ucap Pond lembut. Dia meneguk beer di tangannya.

Phuwin menunduk, memandang air tab mandi yang tenang. Dia diam seketika.

" Saya sudah tahu June mencintai saya. Dah lama saya tahu tapi saya pura-pura tidak tahu. Dari cara June bercakap, memandang saya dan memperlakukan saya dengan baik, saya tahu perasaannya dari matanya tapi saya tidak boleh membalas perasaannya kerana saya sudah berikan hati saya kepada awak. Saya tidak akan mengambil hati saya. Awak ambillah hati saya dan jagalah elok-elok. Jangan sia-siakannya " ucap Pond, menunduk memandang lantai.

Phuwin mengesat wajahnya yang penuh dengan air mata, " Baiklah. Awak pun jaga hati saya baik-baik. Jangan melukainya. Sekali awak lukai hati itu, awak akan kehilangan saya kerana saya tidak tahan merasa sakit " kata Phuwin perlahan.

Pond senyum nipis.

" Semasa saya mahu pulang ke rumah, Janhae berjumpa dengan saya. Dia cakap yang dia mencintai awak. Dia mahu mengambil awak dari saya "

" Dan apa yang awak patut buat ? "

"Mempertahankan hak saya. Saya tidak akan lepaskan awak ! Awak hanya milik saya seorang sahaja. Tiada sesiapa boleh mengambil hak saya ! Your just for me ! Only mine ! " teriak Phuwin dekat Pond. Dia menunjuk dirinya sendiri. Nafasnya memburu laju. Dia tidak akan lepaskan Pond kepada sesiapa.

Pond senyum dan mengangguk, " Dan saya pun tidak akan lepaskan awak kerana awak pun hanya milik saya seorang sahaja " balas Pond.

Phuwin menghela nafas, " Janhae cakap dia akan berusaha. Dia akan dapatkan apa yang dia mahukan "

" Kalau pasangan suami isteri itu mempercayai antara satu sama lain dan saling bertolak-ansur, tidak mudah orang lain mahu memisahkan mereka kerana mereka sudah meletakkan kepercayaan yang kuat dan teguh "

" Tapi saya yang memulakannya dulu. Kita gaduh disebabkan saya. Kerana saya cemburu sahaja bila melihat Janhae kiss pipi awak " beritahu Phuwin dengan sayu.

" Cemburu itu bagus dalam suatu hubungan kerana cemburu itu menunjukkan perasaan sayang tapi kalau terlebih cemburu boleh merosakkan satu hubungan. Awak mahu jeolous, itu dibolehkan tetapi jangan sampai terlebih okay ? Kita boleh bawak berbincang. Kalau gaduh seperti sebelum ini, tiada jalan penyelesaiannya kerana dua-dua ego. Jalan paling penting adalah, mengalah. Bukan mengalah bermakna kita kalah okay ? Kita mengalah kerana kita tidak mahu ia berterusan. Faham sayang ? " pesan Pond kepada Phuwin.

Phuwin menganggukkan kepalanya, " Maafkan saya "

Senyuman Pond melebar, " Saya sudah lama memaafkan awak "

Phuwin sedikit tersenyum sebelum senyuman Phuwin mati begitu sahaja, " Selepas saya berjumpa dengan Janhae, saya lari dalam hujan kerana lelaki berhoodie mengejar saya "

" Lelaki berhoodie ? "

Phuwin mengangguk dengan laju.

Pond senyum hambar dan menggelengkan kepalanya, " Tidak. Lelaki berhoodie mana wujud Phuwin. Ia cuba imaginasi awak sahaja "

" Tidak ! Ia bukan imaginasi saya. Lelaki berhoodie itu yang melakukan 'itu' kepada saya beberapa hari lepas ! "

" Ia cuba halusinasi awak sahaja "

" Saya tidak gila Pond sampai saya harus berhalusinasi seperti itu !! " teriak Phuwin penuh kemarahan. Dia meneguk beer dengan rakus.

" Apa salah saya dekat lelaki berhoodie itu ? Kenapa dia melakukan seperti ini dekat saya ? Apa yang dia mahukan dari saya ? Saya sudah tak tahan hidup begini. Siapa dia sebenarnya ? " tanya Phuwin dengan air mata yang menitis di pipinya. Hatinya sakit.

Melihat Phuwin menangis, Pond yang hanya memakai singlet hitam ketat dan seluar pendek paras lutut, memasuki tab mandi. Dia duduk di hadapan Phuwin yang tidak berpakaian dan terus menarik Phuwin ke dalam pelukannya.

Phuwin menangis di bahu Pond. Iya, dia memerlukan ketenangan saat ini.

" Ini akan baik-baik sahaja. Percayalah cakap saya. Ia akan beransur pergi suatu hari nanti. Awak hanya perlu sabar dan menunggu proses nya. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya " kata Pond sambil menepuk-nepuk badan belakang Phuwin.

" Sampai bila saya harus hidup macam ni ? Dalam ketakutan ? "

" Awak ada saya. Awak tidak akan melalui ini sendirian. Saya akan berada di sisi awak tidak kira apapun yang terjadi. Saya sayangkan awak " ucap Pond lembut di telinga Phuwin.

Phuwin teresak-esak mendengar kata-kata sayang dari mulut Pond. Itu sungguh menyentuh jiwanya. Semakin Pond mengeratkan pelukan terhadapnya, dia semakin menangis kerana dia sedih mengenangi nasib hidupnya. Dia tersentuh, Pond masih setia berada di sisinya selepas semua peristiwa terjadi kepadanya. Walaupun Pond selalu cakap dia berhalusinasi tetapi dia masih memerlukan Pond untuk meluahkan perasaannya walaupun semarah mana dia waktu itu. Pond tidak penat menasihati, Pond tidak penat memberikan kata-kata semangat dan Pond tidak penat memujuknya. Lelaki seperti Pond ini yang perempuan mahukan tetapi dia yang mendapatkannya. Dia bersyukur mempunyai Pond. Baginya, Pond adalah dunianya. Pond adalah nyawanya. Pond adalah jiwanya. Pond adalah hatinya. Pond adalah segalanya.

Pond perlahan-perlahan bersandar di tab mandi. Phuwin melepaskan pelukannya terhadap Pond.

" Terima kasih P'Pond " ucap Phuwin dengan suara yang bergetar.

Pond mengesat air mata Phuwin dan dia mengucup kedua-dua kelopak mata Phuwin.

" Saya cintakan awak, sayang " ucap Phuwin dan terus mencium bibir tebal Pond.

Pond terdiam, terkejut bila Phuwin mencium nya terlebih dahulu. Tapi bila dia dapat merasakan cairan asin di dalam mulutnya, dia mulai rasa sayu bila mengetahui Phuwin menangis sambil menciumi nya.

Pond terus merangkul pinggang Phuwin dan mencium Phuwin sampai Phuwin tersandar di tab mandi. Lidah mereka bergelut panas dan saliva mereka bercampur-baur.

Pond melepaskan ciuman itu dan memandang Phuwin dengan pandangan redup.

Phuwin mengucup hidung Pond dan dia terus memeluk Pond dengan erat.

" Terima kasih " ucap Phuwin dengan lembut di telinga Pond.

Pond memeluk Phuwin dengan erat. Dia menenggelamkan wajahnya di bahu Phuwin.

" Sama-sama sayang " ucap Pond dan dia mengucup kepala Phuwin.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now