Chapter 22

266 12 0
                                    

Pond dan Phuwin keluar dari rumah bila mendengar yang ibu bapa Pond ingin pulang. Semasa mereka berjalan keluar rumah, bahu Phuwin dilanggar kuat dari belakang membuatkan Phuwin sedikit terdorong ke hadapan.

Phuwin memandang tajam ke arah Janhae yang selamba berjalan di hadapannya tanpa meminta maaf. Dia tahu Janhae sengaja melanggarnya. Mengalahkan pemain ragbi Janhae merempuhnya. Sakit hati.

" P'Pond ! Janhae mahu pulang " Janhae menolak Phuwin yang berdiri di sebelah Pond. Janhae dengan manja, merangkul lengan Pond sambil sandarkan kepalanya di bahu Pond dengan senyuman manis di bibir.

Phuwin mendengus kasar bila ditolak sebegitu. Cari masalah betul lah perempuan sotong ni ! Nasib dia masih boleh bersabar. Kalau kesabarannya hilang, tak kesah lah kau perempuan ke lelaki, aku dah pukul ! bentak Phuwin dalam hati, geram bila melihat tangan sotong Janhae yang bertulang itu menjalar memeluk pinggang Pond. Bertulang tapi tetap nak jadi sotong.

" Mae pulang dulu. Pond, jaga Phuwin baik-baik tau " pesan ibu Pond dekat anaknya.

" Baik mae " jawap Pond dengan senyuman manis.

" Phuwin, kalau ada masalah apa-apa, cakap je dengan Pond okay ? Hidup berumah tangga ni perlu bertolak-ansur, kena saling memahami dan saling mempercayai. Mae harap Phuwin boleh melakukan perkara ini walaupun usia perkahwinan kalian masih muda " ibu Pond mengusap rambut Phuwin dan terus memeluk Phuwin dengan erat.

" Baik mae. Terima kasih kerana datang " ucap Phuwin, memeluk ibu Pond dengan erat.

Ibu Phuwin hanya ketawa kecil sahaja. Giliran ayah Pond berpamitan dan ayah Pond memeluk Phuwin juga. Phuwin dengan senang hati, membalas pelukan ayah Pond dengan senyuman lebar di bibirnya.

" P'Pond, Janhae mahu pulang ni " kata Janhae dengan manja.

Phuwin mencebik. P'Pond, P'Pond, P'Pond, Cih ! Janhae lebih tua dari mereka berdua, nak juga panggil Pond dengan panggilan P' itu. Geli dia mendengar panggilan itu. Meremang bulu di tubuhnya.

Janhae ke arah Phuwin, " Jumpa nanti Phuwin " ucap Janhae dan memeluk Phuwin dengan erat.

Phuwin terkejut dengan sikap Janhae yang memeluknya secara tiba-tiba. Apa kena dengan perempuan sotong ni ? Tiba-tiba peluk dia. Tapi Phuwin tetap balas pelukan itu. Hanya pelukan ala kadar sahaja. Tidak perlu lebih-lebih. Dia tahu yang Janahe bukan suka pun nak peluk dia tapi kerana kehadiran ibu bapa Pond di sini membuatkan Janhae terpaksa memeluknya. Ingin dia suka sangat ke memeluk Janhae ?

Janhae melepaskan pelukannya dan berjalan ke arah Pond. Phuwin memandang gerak-geri Janhae dengan pandangan tajam.

" Ouch ! Best nya bau perfume P'Pond " suara manja terlebih dari satu oktaf itu memasuki gegendang telinga Phuwin. Janhae kelihatan sedang berpelukan dengan Pond. Tidak cukup dengan pelukan, Janhae mengucup kedua-dua pipi suaminya. Pond nampak serba salah tetapi tidak menolak. Masa itu mata Phuwin dan Pond bertatapan tetapi Phuwin dengan pantas, melarikan pandangan matanya.

Phuwin terdiam, tidak terkata melihat Janhae mengucup suaminya. Cemburu meluap-luap di dalam jiwanya. Hatinya bagai terhiris-hiris dengan belati tajam bila melihat Pond membalas kucupan di pipi Janhae. Janhae apa lagi, melompat sampai ke langit lah bila Pond membalas kucupan itu. Itupun Janhae yang menunjuk-nunjuk pipi dekat Pond dengan jari telunjuk, menyuruh Pond membalas kucupan itu.

Hati Phuwin terasa ngilu. Nafasnya juga terasa sesak. Cuba menahan kemarahan dan cemburu yang memenuhi segenap hatinya. Dadanya berombak ganas.

Bila kereta milik kedua ibu bapa Pond meninggalkan halaman perumahannya, Phuwin terus masuk ke dalam rumah tanpa melihat wajah Pond. Hatinya sakit dilanda cemburu bak tsunami.


[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now