Chapter 66

218 10 0
                                    

Manik hitam berkaca-kaca. Gelengan kepala menemani nya saat itu, tidak mempercayai apa yang dilihatnya waktu sekarang ini.

" Apa.. Apakah...Sudah terlambat ? " tanya Pond dengan suara yang bergetar perlahan.

Inocencio terus memegang bahu tegap Pond. Dia memandang Pond dengan serius.

" Dr. ! Kita masih boleh selamatkan Phuwin ! Sekarang ini, hidup Phuwin tergantung dekat Dr. ! Apakah Dr. mahu sia-siakan perjuangan Phuwin ? " tanya Inocencio dengan lembut tetapi terselit ketegasan di situ. Dia meramas-ramas bahu Pond.

Pond diam. Biji mata nya bergetar hebat penuh ketakutan. Tangannya menggigil kecil.

Tiiittttt....

" Ta... Tapi... " Pond ingin bersuara tetapi suaranya terhenti bila seorang nurse perempuan memotong percakapannya.

" Kita perlu selamat kan dia secepat mungkin Dr. ! Phuwin masih bernafas walaupun lemah ! Dr. mesti boleh buat !! " ucap jururawat perempuan itu dengan yakin.

Pond diam melihat jururawat perempuan itu dan dia baru sedar, yang jururawat itu adalah June.

Pond hanya diam, beku. Fikirannya kosong saat itu. Dia tidak tahu mahu melakukan apa bila matanya melihat wajah Phuwin yang semakin memucat. Hatinya pedih saat ini bila mengenangkan dirinya yang tidak berguna saat-saat seperti ini.

Inocencio berdecit dan dia terus mengambil alih tempat Pond. Dia memandang organ dalaman Phuwin yang bergerak. Peluh mulai keluar daripada pori-pori kulitnya. Tidak tahu mahu mula dari mana. Tangannya menggigil kecil sambil bibirnya digigit perlahan, menahan kegugupan.

" Saya mahu pisau " minta Inocencio sambil menghulurkan tangannya.

Seorang nurse lelaki memberikan pisau bedah dekat Inocencio.

Inocencio menerima pisau bedah itu dan dia memasukkan pisau itu ke dalam dada Phuwin yang terbelah tersebut. Saliva ditelan berkali-kali.

Tidak sempat hujung pisau itu menyentuh organ Phuwin, tiba-tiba pergelangan tangannya dipegang membuatkan Inocencio terkejut. Inocencio memandang kanan.

" Salah tu. Sini " Pond mengambil pisau tersebut dari tangan Inocencio dan dia menolak Inocencio perlahan.

Inocencio terus ke tepi dengan senyuman nipis di bibirnya.

" Dr. ! Nafas Phuwin semakin singkat " kata June selepas melihat mesin di tepi katil itu. Garisan itu mulai menegak membuatkan jantung setiap manusia di dalam bilik tersebut, berdegup dengan kencang.

Pond tidak mempedulikan kata-kata June tersebut. Keningnya berkerut, fokus membedah dada Phuwin.

Nafas Phuwin semakin melemah membuatkan semua cemas tetapi Pond tetap tenang. Wajahnya serius, fokus. Dia memberikan sentuhan terakhir di dada Phuwin adalah memotong benang selepas menjahit kembali dada Phuwin.

Jarum dan benang itu diletakkan di dalam bekas warna perak.

Pond memandang ke arah June yang tengah memeriksa keadaan Phuwin. Jantungnya berdegup kencang, menunggu kata-kata yang keluar dari bibir June. Dia berharap, dia sempat menyelamatkan Phuwin.

June memandang ke arah Pond dengan mata yang berkaca-kaca.

Pond melihat June dengan pandangan penuh pengharapan. Kedua tangannya, digenggam dengan erat.

" Ba.. Bagaimana ? " tanya Pond dengan suara yang bergetar.

" Dr.... " panggil June perlahan.

Semua di situ berdebar-debar bila melihat keadaan June tersebut. Kenapa ? Apakah Phuwin tidak dapat di selamatkan ?

Ttiitt... Ttiiittt.. Ttiiittt...

Garisan yang menegak di skrin mesin, kembali bergelombang.

" Phuwin selamat !! " ucap June dengan bersemangat.

Semua pekerja-pekerja hospital yang berada di dalam bilik pembedahan, mengucap syukur kepada Tuhan bila mengetahui Phuwin masih diberikan peluang untuk menjalani hidup.

Pond terdiam. Matanya berkaca-kaca, " Apakah betul Phuwin selamat ? " tanya Pond, masih tidak mempercayai apa yang didengarnya tadi.

June senyum manis dan menganggukkan kepalanya.

Setitis air mata Pond jatuh di pipi, " Syukur, Ya Tuhan... " Pond menangis di situ selepas mengetahui dia dapat menyelamatkan Phuwin daripada meninggalkannya sendirian di dunia ini. Jantungnya luruh dari tempat asal nya. Air mata mengalir di pipi.

Pond berjalan ke arah bahu Phuwin. Dia mulai merawat bahu Phuwin yang luka teruk kerana kena ditembak dan dicucuk pisau. Kadangkala, dia akan mengesat air matanya yang mengalir di pipi . Dia berhati-hati mengeluarkan peluru tersebut lalu dia memyambungkan tisu kulit Phuwin yang terpisah. Selepas itu, dia menjahit bahu Phuwin.

" Selesai... " gumam Pond dan dia meletakkan jarum dengan benang di dalam bekas perak. Dia senyum manis. Air matanya dikesat lembut.

" Bagaimana kondisi Phuwin saat ini ? " tanya June dekat Pond.

" Sebentar " Pond memeriksa kondisi Phuwin, mencari tahu apakah ada kesan sampingan daripada operasi pembedahan ini.

" Kalau Dr. lambat sesaat, mungkin Phuwin sudah tidak selamat " kata Inocencio di tepi telinga Pond.

Pond mengangguk, " Iya. Aku bersyukur sangat bila Tuhan memberikan aku peluang untuk hidup bersama Phuwin "

" Dan ini juga usaha Dr. . Dr. sudah berusaha yang terbaik untuk menyelamatkan Phuwin " Inocencio menepuk bahu Pond dan Pond hanya mengangguk sahaja.

Dahi Pond berkerut, " Apakah.... "

Tidak berapa lama kemudian, Pond terdiam bila mengetahui kondisi Phuwin saat ini. Wajahnya keruh.

Semua nurse memandang ke arah Pond dengan kerutan di dahi. Kebingungan melihat keadaan Pond yang tiba-tiba diam.

" Dr.. Bagaimana keadaan Phuwin ? Apakah Phuwin mempunyai masalah ? " tanya June dengan laju. Nadanya seperti tergesa-gesa.

Pond menghela nafasnya. Bibirnya dikemam perlahan lalu dia menganggukkan kepalanya.

" Phuwin... Dia... "

Semua pekerja yang berada di dalam bilik pembedahan itu tertunggu-tunggu dengan ayat seterusnya yang akan keluar daripada bibir Pond.

" Phuwin koma.. " beritahu Pond dengan nada yang perlahan. Perasaan sebak memenuhi dadanya.

Semua terdiam bila mendengar perkara tersebut. Semua di situ tidak menyangka yang Phuwin akan menghidap koma selepas pembedahan.

" Apakah lama ? " tanya Inocencio, memandang ke arah Pond.

Pond diam sambil biji matanya berguling, memandang wajah Phuwin yang pucat. Pond menutup matanya, menahan dari air mata jatuh di pipi bila mengenangkan keadaan isteri nya.

" Tidak tahu.. Saya tidak tahu Phuwin koma berapa lama. Kita hanya boleh menunggu sahaja " jawap Pond dengan suara nya yang serak. Kerongkong nya kering saat ini. Tubuhnya menggigil kecil, menahan tangisan di dalam jiwanya. Rahang nya diketap kuat bila mengetahui Phuwin akan tertidur pada jangka waktu yang agak panjang.

" Pindahkan Phuwin ke dalam wad dengan segera " pinta Pond dengan tegas.

" Baik Dr. " balas pekerja-pekerja tersebut. Mereka membawa Phuwin keluar daripada bilik pembedahan tersebut, mahu meletakkan Phuwin ke dalam bilik VIP kerana Phuwin adalah isteri kepada pemilik hospital ini.

Pond hanya memandang sahaja pintu bilik pembedahan tertutup rapat selepas semua pekerja keluar. Pond perlahan-perlahan, terduduk di atas lantai dengan wajah yang berserabut.

Phuwin...

Air mata Pond menitis di pipi. Pond mengenggam kedua tangannya yang menggigil. Dia menangis di situ, sendirian. Dia sedih bila mengetahui kondisi Phuwin. Phuwin koma selepas menerima operasi pembedahan darinya. Dia berharap sangat yang Phuwin tidak akan lama menjalani kehidupan di bawah alam sedar.

Pond memandang siling dengan matanya yang basah.

" Ya Tuhan.. Aku bersyukur kepadamu kerana memberikan isteri ku peluang untuk hidup. Berkati lah isteri ku. Aku berharap, dia akan bangun daripada koma dengan secepat mungkin. Aku merindukannya.... " .

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now