Chapter 67

232 12 0
                                    

2 tahun kemudian....

Kelopak mata berkulit tan bergerak-gerak perlahan lalu mata itu terbuka menunjukkan biji mata hitam nya yang mempesonakan tetapi ia sungguh suram dan gelap, penuh dengan kesedihan.

Pond memandang ke arah kanan dan melihat tempat sebelahnya yang kosong. Masa itu, matanya berkaca-kaca sambil tangannya mengusap katil di sebelahnya yang kosong. Hatinya sakit. Pedih.

Pond menutup matanya kembali dan dia menghelakan nafas. Dia terus bangun daripada tempat tidur dan dia berjalan ke arah bilik mandi.

Setengah jam kemudian, dia sudah siap berpakaian kerja. Dia melihat ke arah cermin, melihat wajahnya yang datar. Kedua tangannya digenggam bila matanya ternampak getah rambut hitam di atas meja solek.

" Phuwin... " panggil Pond dan dia mengemam bibirnya. Dia menelan salivanya dengan susah payah seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkong nya.

Pond terus mengambil beg dan dia memakai kasut pantofel. Dia keluar daripada kondominum itu selepas mengunci pintu lalu dia masuk ke dalam kereta nya.

Pond menancap gas dan kereta hitam nya meluncur laju di atas jalan yang masih kosong kerana jam baru menunjukkan pukul 6:30 pagi.

Sekali lagi, helaan nafas keluar.












Pond memarkirkan keretanya lalu dia keluar dari kereta. Di tangan kanannya memegang sejambak bunga rose. Dia menolak pintu kaca hospital dan semua pekerja yang baru sampai, menunduk dekat Pond, menghormati Pond.

" Selamat pagi Dr. Pond "

" Selamat pagi Dr. "

" Selamat pagi Dr. Pond "

" Selamat pagi Dr. Pond "

" Selamat pagi Dr. "

" Good morning Dr. "

Pond memandang ke arah Inocencio yang menunduk ke arahnya. Pond menepuk bahu Inocencio.

" Kenapa kau menunduk ? Kau bukan pekerja aku lagi. Kau adalah CEO di hotel yang terkenal di Asia ini " kata Pond dengan senyuman nipis.

Inocencio ketawa kecil, " Tidak mengapa. Saya sudah terbiasa melakukan perkara itu kerana dahulu saya bekerja dengan awak. Awak tidak keberatan, bukan ? "

Pond menggeleng, " Tidak. Lakukan sesuka mu "

Inocencio mengangguk dengan senyuman manis di bibirnya.

" Apakah June sudah datang ? " tanya Pond sambil memandang sekeliling.

Inocencio menggeleng, " Tidak "

Pond mengerutkan dahinya, " Bukan semalam dia cakap dia mahu datang pagi ni, bantu saya ? " tanya Pond sambil melipat kedua tangannya di dada sambil kening sebelah terangkat tinggi.

June baru pulang dari belajar luar negara sebulan lepas dan June mendapat kerja di sebuah syarikat yang agak popular. Kadangkala, jika June ataupun Inocencio mempunyai masa luang, mereka berdua akan menolong Pond di hospital. Kalau tiada kerja untuk mereka berdua, June dan Inocencio akan berbual dengannya untuk menghilangkan kesedihannya terhadap sang isteri yang belum bangun daripada koma.

Inocencio tersengih, " Tadi June call.. Dia tidak dapat datang kerana dia tengah menyiapkan breakfast untuk View "

Pond hanya mengangguk bila mengetahui June sibuk dengan kekasih nya, " Baiklah kalau begitu. Aku mahu masuk dahulu "

Inocencio mengangguk.

Pond berjalan pergi dari situ.











Pintu wad perlahan-perlahan dibuka dari luar. Kepala bersurai hitam yang cantik dipotong pendek, menjengukkan kepalanya, melihat keadaan wad itu yang sunyi dan kosong.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now