"YA ALLAH, kau tahu tak betapa rindunya aku pada kau, Ikhwan ? " bergenang air mata Pak Jefri saat melihat Imran memberikan senyuman kecil kepadanya.
"Aku tahu lah korang rindu. Tapi tak usahlah nangis macam tu. Macam budak kecil. Padahal dah tua bangka " Imran sempat memberi perlian.
"Sudah, lepasni kau jangan buat macam tu lagi. Tak baik. Dosa ! " Pak Jefri bercekak pinggang.
Imran pun tergelak kecil termasuk sembilan orang yang lain. Ketika itu, hanya Kayla yang tidak datang lagi. Hadi pun masih lagi tidak dapat datang kerana dia masih menyiasat kes Black Devil.
"Tuan Imran, tuan ni memang selalu kan buat kitorang nangis macam budak kecil haritu? Tahu tak tuan pernah meninggal 30 minit? " Faiq pula yang berkata.
"Alah 30 minit je pun. Tapi, tak dapat pula tengok korang bersedih " dengan selamba Imran membalas.
"Isy, apalah tuan ni ! Kalau tuan tak ada, siapa nak jaga mansion tu? Kitorang kan tengah sambung belajar sekarang ni ? " celah Edward pula.
"Yelah, aku minta maaf. Sekarang ni aku hidup lagi kan? Tengah bercakap dengan korang kan? Ha, nampak tak? Usahlah risau soal rumah tu. Nanti aku ambil pekerja baru ".
"Betul tu, tak adalah rumah tu berhabuk dengan harta tuan yang tak ternilai tu" balas Edmond pula.
"Amboi, harta yang tak ternilai? " Imran menjongketkan kening.
"Harta tuan kan banyak macam pasir pantai? Siapa nak jaga harta tu kalau Tuan pergi KL nanti? " soal pula Edward.
Imran memusingkan bebola mata. Isy, macam-macam lah karenah mereka ni.
Mak Nab dan Pak Afi pula berpandangan lalu tersenyum. Suka melihat Imran semakin normal. Malah, Doktor Zaidi menyatakan Imran masih dalam proses pemulihan. Dia perlu sentiasa ditemani walaupun Imran sendiri menyampah dengan keprihatinan mereka. Bukan dia tak suka, tetapi serabut.
Faiq pula berkata, "Tuan tahu tak berapa seronoknya saya jadi CEO selama satu bulan tujuh hari? Macam orang gila tau saya nak uruskan. Dengan keraneh pekerjanya lagi.. ".
"Aku minta maaflah, Faiq... Aku dah tak sanggup handle lagi. Sorry juga tak sempat carikan PA untuk kau".
"Ha, tengok ? Tuan kata dah sediakan dua orang, ini sorang pun tak ada. Nasib baik Kayla sudi tolong tau ! Kalau tidak, hmph. Memang gulung tikar lah jawabnya.. ".
"Yelah, minggu depan aku datang kerja ".
"Isy, majikan ini ! " Faiq bercekak pinggang.
Edward dan Edmond tergelak melihat muka cemberut Faiq.
Kemudian, Pak Afi sedari tadi perasan Young Woo hanya berdiri di belakang mereka. Oleh sebab itu, dari tadi Imran tidak nampak kelibat lelaki Cina itu. Pak Afi senyap-senyap mendekati Young Woo.
"Psst, Young Woo ".
Lelaki itu hanya menoleh sambil menyorok di belakang Faiq, Edward dan Edmond. Maklumlah tinggi mereka lebih kurang sama.
"Cepatlah bagi hadiah " bisik Pak Afi.
"Malulah.. " balas Young Woo.
Pak Afi membuat muka garang. Dia dengan selamba mengembangkan hidungnya yang mancung itu.
"Bagi cepat sebelum aku tarik kau ! ".
Lambat-lambat lelaki itu bertindak. Mujur sahaja beg kertas hitam tersimpan dalam laci di bawah meja itu. Sekarang ini, benda pertama yang dia mahu lakukan adalah meminta maaf.
Pak Afi memerhatikan sahaja gelagat budak 35 tahun itu. Umur dah macam bapak orang, tapi perangai.... malu-malu macam lima tahun.
Young Woo pun berdiri tegak. Tingginya hampir sama dengan Faiq iaitu 179 cm. Beza 1 cm. Isy.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
