"INDRA, Indra ! ".
Aku terdengar seseorang memanggil namaku. Tika itu aku masih melelapkan mata.
"Indra, Indra ! ".
Sekali lagi namaku dipanggil. Persoalannya, siapa yang memanggilku ? Sedangkan ini bukan waktu melawat. Hari pun sudah larut malam.
Aku memutuskan untuk membuka mata dan bangun dari pembaringan. Aku memandang sekeliling. Keningku berkerut apabila tiada sesiapa di sini. Hanya sinaran bulan yang setia menemani dari tingkap.
Aku pun turun dari katil lalu berjalan menuju ke tingkap. Di situlah di mana aku terdengar seseorang memanggil aku. Aku pun menyentuh permukaan kaca tingkap itu sambil menoleh ke bawah.
Ternyata jalan raya di sana agak lenggang. Maklumlah, jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Ah sudah, siapa yang memanggilku pada malam-malam begini?
Aku pun menoleh dan terperanjat. Aku tersentak ke belakang dan mataku terbeliak. Jantungku tiba-tiba berdebar hebat melihat seseorang yang mustahil berada di dunia ini.
"U.....udin ? " suara hampir terputus tatkala menyebut namanya.
Udin hanya tersenyum menawan. Lebih mengejutkan, dia berpakaian seperti pengantin lelaki. Dengan bertanjak, berbaju Melayu, bersamping dan memakai capal kulit. Semuanya serba putih dan bersinar-sinar.
Sungguh aku terpegun dengan penampilan baharunya.
"Apa khabar, wahai sahabat? " dengan lembut dia menyapaku.
Lambat-lambat aku mengangguk.
"Ba... bagaimana kau ada di sini? " soalku padanya.
Udin tergelak kecil.
Saat itu juga, munculnya Fannani di sebelah kiriku. Jantungku hampir tercabut. Dari mana dia ke mari ?
"F.. Faa.. Fannani ? " aku terperanjat dengan penampilan baharunya juga. Wajahnya berseri-seri. Pakaiannya sama seperti Udin.
Ya Tuhan, mereka sangat tampan. Aku yang lelaki pun terpegun dengan mereka. Sungguh indah ciptaan-Mu Ya Rabbi.
Mataku berkaca melihat mereka.
"Hei , janganlah menangis.. " ujar Fannani.
Aku menekup mulut.
"K..kau bisa berbicara ? ".
Fannani kelihatan bersahaja.
"Aku sudah di alam lain. Sudah tentu tiada yang mustahil. Malah, aku gembira dapat berbual dengan Udin sepanjang kami di taman syurga " balas Fannani.
Air mataku mula bertakung di tubir. Ya Tuhan, aku sangat cemburu dengan mereka...
"Indra, usahlah kau bersusah hati. Kan kami ada di sini. Buat menemani kau. Ya kan, Fannani wahai kekasihku? " kata Udin pula.
Sungguh aku merindukan kata-kata itu.
"Ya benar ! Kami senang dapat bertemu dengan kau, Indra " balas Fannani.
Aku tersenyum kerana terlalu terharu. Sesekali ditemani dengan air mata dingin.
"Apa kalian tidak marahkan aku lagi? ".
Udin dan Fannani tergelak-gelak.
"Hei, buat apa kami mahu marahkan kau? Engkaulah sahabat terbaik kami, tahu? Tapi, kalau kau sayangkan kami, janganlah kau membunuh diri lagi. Itu perbuatan yang sia-sia " balas Fannani dengan lembut.
"Benar. Walaupun selama mana pun kau hidup, kami setia menanti ketibaan kau di dunia kami. Kami akan tunggu kau, Indra. Kerana di sana, semua orang-orang yang kau sayang sedang berbahagia " celah Udin pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Ficción GeneralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
