SEBENTUK cincin yang dihiasi jed hijau menarik perhatian Kayla. Cincin unik yang tersarung di jari Imran ditenung. Imran yang sedang memotong buah belimbing menghentikan perbuatannya seketika.
"Awak tengok apa tu, Kayla? ".
Terus terhenti lamunan Kayla.
"Eh, err... Saya tengok cincin awak. Cantik. Cincin dari zaman awak ya? " tersengih Kayla di hadapan.
Mereka berdua kini duduk di sofa yang berdekatan dengan tingkap. Disebabkan Imran berasa lapar, dia teringin untuk makan buah yang diberi Kayla.
Imran mengangguk sambil tersenyum.
"Cincin ni buatan orang bunian. Jin gua itulah yang beri. Tuan Masdur namanya. Lepas 550 tahun tak bersua muka, dia kembali datang mencari saya. Dan dia bagi cincin ni pada saya. Katanya saya akan perlukan ".
"Ohh... " ujar Kayla sambil mengangguk.
Imran pun tersenyum lalu menyambung perbuatannya itu. Setelah lama berdiam, buah pun sedia dihidangkan.
"Ambillah satu, Kayla".
"Oke" Kayla tersengih lalu menyuap potongan buah itu.
Imran turut melakukan perbuatan yang sama.
"Hmm, sedap. Pandai awak pilih buah" pujinya.
Kayla sekadar tersenyum.
Mereka pun terdiam lagi sambil mengunyah buah belimbing.
"Imran".
"Hm? ".
"Awak kata awak 25 tahun lagi kan? ".
Imran mengangguk.
"Kenapa muka awak bersih? Maksud saya, tak ada misai, janggut apa semua? Zaman dulu dah ada pencukur ya ? Ke awak pakai campuran tradisional? ".
"For your information, sejak zaman nabi lagi dah ada pencukur ".
"Tapi, kenapa mereka berjanggut? ".
"Sebab itu adalah sunnah. Pencukur dahulu digunakan untuk mencukur bulu ari-ari. Takkanlah nak pakai pisau pula kan? ".
"Hmm, masuk akal juga. Tapi, apa kes awak tak berjanggut? ".
"Sebab... Saya lagi suka nampak muda? " Imran tersengih.
"Macam tak releven je alasan tu".
"Hahaha, gurau. Sebenarnya, hormon testosteron saya kurang. Jadi, pertumbuhan bulu pun terbantut ".
Kayla tersedak apabila mendengar perkataan 'bulu'. Isy.
"Ada pula kes begitu? ".
"Mestilah ada. Nak-nak lagi, saya lagi suka macam ni. Sebab, Mawar pun suka. Nampak tampan katanya ".
"Oh, faham. Saya pun suka juga " Kayla sengih.
Imran tergelak besar.
"Lagi satu, saya ada guna ramuan khas untuk elak pertumbuhan bulu kat muka. Jadi, itulah sebab muka saya bersih. Sampai sekarang".
"Wah, cer share sikit bahan apa yang awak pakai? ".
"Adalah.. ".
Kayla mencebik.
"Oh ya, kenapa nama-nama awak semua mula dengan huruf I? Kenapa tak letak A ke, M ke, Z ke? ".
"Sebab jiwa saya dah sebati dengan huruf I".
" Cie.... " Kayla senyum mengejek.
"So, awak sure ke nak saya panggil Imran? " Kayla bertanya lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Fiction généraleIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
