"BINTANG malam setia, seperti dirimu...
Tetap pudar menghilang, tiada gantimu...
Dan ku masih terasa, degupan jantungmu..
Tanpamu, ku kan... rapuh... ".
Imran menoleh ke kiri. Terlihat seorang remaja buta bercermin mata hitam sedang menyanyikan lagu Rapuh bertemankan gitar akustiknya. Itulah pemuda buta yang dibantunya untuk mendapatkan duit yang banyak.
Imran tersenyum. Nyanyian lelaki itu sangat baik. Malah, ada juga yang sudi menonton dan memberinya sedikit sumbangan. Namun, kutipan yang diperoleh mungkin dalam RM 20. Kerana di dalam tabungnya, hanya kertas not biru yang banyak.
Pada malam indah yang bertemankan purnama bercahaya, sekali lagi dia berada di Jambatan Saloma. Antara tempat kegemarannya juga. Imran menoleh ke kanan, masih ada lagi beberapa orang yang rajin berkunjung.
Hari ini dia terlalu lega dan tenang, kerana apa yang dia mahu semuanya sudah termakbul. Hanya satu sahaja impian yang dia mahukan, iaitu memiliki seorang peneman hidup.
Sedang dia merenung bulan dengan pandangan redup, tiba dia merasakan kehadiran seseorang di belakang. Apabila berpaling, mereka sama-sama memberi senyuman.
"Hai Imran, dah kenapa ajak orang datang sini pula? Rindu? " soal Kayla yang berpakaian kasual berwarna coklat. Dengan memakai bawal berwarna coklat gelap, sweatshirt berwarna coklat pastel, seluar cargo bercoklat gelap dan sneakers putih.
"Cantik pakaian awak. Macam budak-budak, tapi comel" puji Imran.
Kayla tergelak kecil.
"Nama pun generasi Z kan? Awak yang lagi tua dari baby boomer pun, nampak macam old money punya gaya. Eh kejap, kenapa kita sama-sama warna coklat ni? " Kayla pura-pura terkejut sambil menekup mulut.
"Eh, haahlah ! " Imran pun berpura-pura terkejut.
Walhal, dua-dua sudah merancang.
"Awak ni walaupun nak jumpa sekejap, pakaian kemain macam baru balik dari kerja. Dengan dark brown long coat, nude turtle neck, seluar slack dark brown lagi, kasut kulit hitamnya itu ! Sejuk sangat ke Malaysia ni? " Kayla berpura terpinga-pinga pula. Tapi, sumpah nampak segak.
Imran tergelak-gelak.
"Saya kan memang klasik? Lagipun,memang dari kerja pun".
"Eh, tapi hari ni cuti".
Imran tergelak kecil.
"Awak nak dengar berita gembira tak? " soal lelaki itu.
"Berita apa? ".
"Tadi, saya baru je habis urusan di mahkamah. Tentang perbicaraan kes tuduhan saya itu. Hakim dah putuskan bahawa lelaki yang mendakwa anaknya dicabul itu dihukum penjara selama beberapa bulan. Anaknya pula disaman ".
"Wait a second, kenapa diorang pula yang kena ? Bukan ke ini semua rancangan babun tu? ".
"Jantan tu jadikan mereka sebagai kambing hitam. Hadi dah siasat. Rupanya lelaki itu berhutang dengan Hazarol. Dia miskin, jadi Hazarol ambil kesempatan untuk merancang benda ni pada saya. Anak perempuannya pula terpaksa diheret sekali. Itulah kenapa mereka beria-ria menuduh yang bukan-bukan. Sebab, mereka takut diancam Hazarol".
"Isy, jahatnya babun tu. Tapi, mereka ada sebut tentang Hazarol tak semasa kes dibicarakan? ".
"Tak, sebab mereka dah dibayar. Kalau mereka sebut juga, Hazarol akan bawa keluar dari penjara. Dan... " Imran tidak mampu meneruskan kata. Takut wanita di hadapannya trauma.
"Dan apa? ".
Imran mengalihkan pandangan.
"Ermm, maksud saya... Takut Hazarol akan bakar penjara itu".
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
