" DOKTOR, kenapa pesakit macam menangis je ?", tanya seorang jururawat perempuan kepada Doktor Zaidi.
Doktor Zaidi pun memerhati muka Imran. Ya, memang benar dia seperti menangis. Walaupun masih tidak sedarkan diri.
" Saya rasa, mesti dia ada termimpi sesuatu yang pernah berlaku dalam hidupnya ", balas Doktor Zaidi.
Jururawat itu mengangguk faham. Sejujurnya dia berasa kasihan kepada Imran apabila mendapat tahu yang dia mempunyai masalah mental. Hasil daripada kisah buruk hidupnya.
" Dina, awak boleh pergi dulu. Biar saya yang periksa pesakit ni ", kata Doktor Zaidi lagi.
" Baik, doktor. Saya pergi dulu ", Dina menunduk lalu keluar pergi meninggalkan bilik.
Setelah Dina keluar, Doktor Zaidi pun memandang kembali kepada Imran. Dia mengusap ubun-ubun lelaki itu.
" Irfan, kenapalah kau suka seksa diri kau ? ", katanya perlahan.
" Kenapalah kau tak lepaskan masa silam kau? ".
Perasaan sebak telah hadir di dalam hati doktor itu. Doktor Zaidi yang berusia 58 tahun itu merupakan antara sahabat baik Imran sejak tahun 1990. Dan dari situ lah Imran mengetahui bahawa dia menghidap masalah gangguan mental. Tapi Imran hanya membiarkan sahaja dirinya diselubungi penyakit itu. Doktor Zaidi tidak tahulah apa alasannya berbuat demikian.
" Dah 32 tahun aku kenal kau. Dan selama itu jugalah kau biarkan diri kau menderita. Kenapa kau kena buat macam tu? ".
" Sebab aku sayangkan mereka... ", kendur suara Imran kedengaran. Mata Imran yang setelah sekian lama tertutup akhirnya terbuka perlahan.
" Eh, Irfan ! ", terbeliak mata Doktor Zaidi.
"Ya Allah, kau dah sedar ! Kau tahu tak berapa lama kitorang tunggu kau ?! " doktor itu kelihatan lebih teruja. Ikutkan hati, dia ingin menelefon Pak Afi dan Pak Jefri segera. Namun, waktu melawat belum tiba lagi.
Baru sahaja dia ingin mendekati Imran, dia dihalang.
"Jangan peluk aku. Aku tak suka " ingatan Imran masih lagi samar-samar. Dia sebenarnya keliru dengan dirinya sendiri tatkala sudah sedar.
Doktor Zaidi tidak mengambil hati. Dia tahu keadaan pesakit selepas koma.
"Irfan, kau sebenarnya dah satu bulan, tujuh hari koma. Kau cedera teruk lepas jatuh dari tingkat tiga. Kau tahu tak kitorang semua risaukan kau? ".
Imran hanya senyap. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Tipulah kalau dia sudah terlupa. Masih teringat saat kepalanya menerima hentakan kuat saat jatuh ke tanah. Mujur sahaja di atas rumput.
"Biar aku periksa keadaan kau dulu".
Walaupun dihalang Imran, Doktor Zaidi tetap meneruskan. Setelah memastikan Imran dalam keadaan yang baik, dia memberi segelas minuman.
" Minum air dulu ", ujar Doktor Zaidi.
Setelah minum, barulah Imran bersuara.
" Aku sayangkan mereka, Zaidi ", katanya dengan nada yang pilu.
Doktor Zaidi pun duduk di kerusi berhadapan Imran.
" Aku tahu, Irfan. Tapi tak boleh ke kau lepaskan semua tu? Kau kena terima hakikat yang mereka sudah tiada lagi di sini. Tak gunanya kau meratapi macam tu ", lembut Zaidi bercakap dengannya.
" Aku bukan meratapi.. Aku cuma... rasa bersalah. Disebabkan akulah kami berpecah-belah... Disebabkan akulah mereka berdua mati.. ", air mata laju mengalir di pipi Imran.
" Please Irfan, don't blame yourself... Ini bukan salah kau. Kan kau beritahu aku yang Hazril berdendam dengan kau.. Kau tak salah pun, Irfan. Itu salah Hazril... ", Zaidi cuba memujuknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
