Episod 141

36 6 0
                                        

"HEI, bangun ! ".

"Bangunlah, jangan tidur di sini ! ".

"Hei, bangunlah ! "

"Bangunlah wahai teruna yang segak dan bergaya... ".

Sedari tadi aku terdengar suara seseorang menyapa diriku. Awalnya aku anggap ini khayalan. Tapi ternyata semakin bergema suara itu memanggil diri. Malah, aku terasa pipiku ditampar perlahan.

Perlahan-lahan aku membuka mata sambil mengerutkan kening. Sinaran matahari yang menerobos masuk ke dalam mata membuatkan mata ini tidak terdaya untuk membuka. Sudah berapa agaknya aku tertidur?

"Bukalah mata kau perlahan. Sinaran itu adalah masa depan kau.. " kata suara itu lagi. Aku syak dia seorang lelaki.

Lalu aku pun membuka kelopak mataku dengan perlahan buat kali kedua. Dan aku berjaya membuka mata sepenuhnya. Mataku membulat apabila terlihat langit biru yang cerah.

Malah, aku terdengar seperti bunyi pokok yang sedang bergoncang. Juga bunyi desiran ombak. Aku menggenggam tanah. Rasanya seperti pasir. Adakah aku berada di pantai ?

"Bangun juga kau akhirnya ! " satu kepala muncul di atas. Jantungku hampir pecah melihat siapa gerangannya.

"Cepat, bangun ! Biar aku yang menarik kau" dia menghulurkan tangan.

Walaupun dahiku berkerut, aku tetap menurut. Kedudukan aku yang berbaring tadi kini, duduk melunjur. Aku tersentak apabila sangkaanku benar. Di hadapanku, terlihat sebuah pantai yang indah dan cantik. Seperti di syurga.

Tetapi, bukankah aku sepatutnya di neraka?

"Hei, kau tak apa-apa, Indra? " dia menegurku di sebelah.

Aku mengerutkan dahi. Siapa lelaki ini? Dia berpakaian seperti orang Melayu pada zaman dahulu. Dia memakai tanjak hitam, memakai baju layang berwarna hitam,persis pakaian untuk bersilat. Lengkap dengan capal berwarna coklat.

"Kenapa kau merenung aku? Apa kau lupa siapakah aku, wahai Indra Sujiwa? " soalnya lagi.

"Kau siapa ? " aku menyoal. Aku langsung tidak mengenali lelaki yang tampan itu.

Lelaki itu tergelak. Aku ternampak barisan giginya yang cantik tersusun. Entah kenapa aku mengaguminya.

"Kau lupa ya, siapa aku? Kita pernah bemusuhan ketika dahulu. Kemudian kita berbaik. Cuba kau fikir, siapakah orangnya? " dia menjongketkan kening.

Aku melarikan pandangan ke arah lain. Cuba mengingati siapa yang dia maksudkan. Aku rasa aku pernah berjumpa. Tetapi di mana?

Mataku terbeliak lantas menoleh ke arahnya. Dia masih tersenyum menawan.

"Zahid ? ".

Dia tersenyum lebar.

"Kita bertemu lagi" ujar Zahid.

Aku lantas merentap Zahid untuk mendakap erat. Zahid pula mengusap belakangku dengan lembut. Ya Allah, aku tidak pernah bertemu dengan Zahid di dalam mimpi. Kali terakhir aku melihatnya adalah ketika menolongnya mencuci pinggan di rumah Indah. Selepas itu, aku sudah tidak bertemu dengannya lagi.

"Indra, boleh kau lepaskan? Kita tiada banyak masa.. " kata Zahid.

Aku pun meleraikan pelukan. Ya Tuhan, aku rindukan wajahnya. Walaupun kami jarang bertemu, tetapi dia seorang yang baik.

"Di mana kau selama ini, Zahid? Mengapa aku sudah tidak melihat kau? ".

Zahid tertunduk lantas tersenyum.

"Indra, kita ke hujung sana dahulu " ujarnya sambil menuding jari. Jarinya menghala ke pesisiran pantai. Aku pun mengangguk.

Kami sama-sama bangun dan berjalan. Baru aku perasan pakaianku berubah. Daripada berbaju hitam kepada pakaianku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sama seperti Zahid cuma warna yang berbeza.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang