KEESOKAN harinya selepas terbitnya fajar, Imran baru sahaja selesai menunaikan solat sunat Dhuha. Selepas menyimpan sejadah, dia pun duduk di birai katil. Bermain dengan telefon.
Tiba-tiba, dia mendengar pintu diketuk dan orang itu pun masuk ke dalam. Sebaris senyuman ikhlas diberikan kepada Imran. Dan dia ialah Salwa.
" Assalamualaikum ".
" Waalaikumsalam ", balas Imran sambil mengangkat muka.
" Eh Salwa, ada apa awak datang ? ".
" Ini, sepucuk surat untuk Tuan ", sekeping surat lama dihulurkan.
" Siapa yang bagi ? ", Imran berkerut dahi. Surat itu pun bertukar tangan.
" Atuk saya ".
Lagilah dahinya berkerut.
" Siapa pula atuk awak ? Dia kenal saya ke ? ".
Senyap, tiada jawapan. Hanya senyuman nipis sahaja diberikan Salwa.
" Tuan bukalah. Dah lama saya nak bagi, tapi tak berkesempatan. Hari ni baru ada peluang ".
Makin bertambahlah Imran kehairanan. Akan tetapi, firasatnya menyatakan bahawa dia perlu membuka surat itu. Lagipun, hatinya melonjak-lonjak ingin tahu.
Perlahan-lahan, sepucuk surat dikeluarkan dari sampulnya. Surat yang dilipat tiga pun dibuka.
Usai menghela nafas, Imran pun membacanya dengan perlahan.
Ke hadapan sahabat sejatiku, Indra Sujiwa bin Ismanto Sujana yang berada jauh dari perantauan.... Apa khabar kau di sana ? Sihat atau tidak ? Bagaimana hidup kau di sana ? Aku pula di sini baik-baik sahaja..
Sahabatku,
Sungguh aku begitu merinduimu. Kalau kau sedang membaca surat ini, bermakna aku sudah tiada. Aku meninggalkan dunia yang pernah menyakiti hatiku. Aku sebenarnya menghidap penyakit barah, seperti bapak kau juga. Jika ikutkan hati, aku ingin meminta bantuan daripadamu untuk merawatku. Tapi sayangnya, kau telah tinggalkanku. Tapi tak mengapa, sahabat. Aku redha.. Mungkin inilah takdirku...
Saudaraku,
Kau umpama malaikat... Aku tahu kau berhati mulia. Aku tahu kau tidak akan mengkhianati kami... Aku sudah tahu semuanya. Seseorang telah memberitahuku. Sebab itu aku berjumpa dengan kau di kubur hari itu. Tapi, aku minta maaf... Sebab minta kau menjauhi daripadaku. Maafkan aku, Indra.
Aku pada masa itu, terlalu marah dan sedih. Ini semua salah Hazril. Disebabkan dia, aku marahkan kau. Aku marahkan kau, Indra. Bukan membenci kau. Aku minta maaf kerana menampar kau hari itu. Perasaanku itu menggelegak di kepala. Sampaiku lupa kau siapa... Mujurlah Fanani sudi membantu. Tapi, malangnya dia pula yang terkorban. Pada masa itu bukan salah kau pun, aku cuma terlalu sedih akan pemergian Fanani yang terlalu tragis.
Duhai sahabat,
Aku begitu merindukan kau. Hari-hari aku berharap supaya kau kembali semula. Namun, hampa. Terlalu jauh kau pergi. Sampaikan tiada cara untuk aku mencari kau. Entah di manalah kau sekarang. Hanya Tuhan yang tahu, bukan? Aku sangat berharap kau maafkan aku...
Sudah bertahun-tahun aku menantikan kau. Siang malam aku pergi ke rumah kau. Tapi malangnya, semuanya musnah. Orang-orang Hazril telah membakar rumah kau. Luluh hatiku melihat kebun kau musnah. Rumahmu habis rentung. Setelah dua hari kau tinggalkan Melaka, mereka bermaharajalela. Kononnya, mahu merayakan kemenangan Hazril. Itu semua cerita aku dengar daripada Kak Tipah.
Disebabkan usia mudaku dipenuhi dengan kerja keras tanpa henti, aku jatuh sakit pada hari tua. Dengan tubuh sekarat ini, harapanku untuk sihat terlalu tipis. Lama-lama, apabila umurku 50,aku sudah tidak dibenarkan bekerja lagi. Kau tahu, Indra ? Selepas peristiwa tragis itu, hidupku terlalu sunyi. Istana persabahatan yang kita bina, kini sudah roboh. Terlalu sukar bagiku untuk memaafkan Hazril. Walaupun dia sudah mati, tapi dia tidak mampu kembalikan Fannani dan Mawar.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Genel KurguIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
