"TUAN, dah bersedia nak kerja semula? " soal Faiq di tempat pemandu.
"Kalau tak bersedia, tak adanya aku datang sini" balas Imran di sebelah.
Faiq mengangkat kening. Imran masih dengan wajah mendatar walaupun sudah pulih. Nampaknya, aura tegasnya sudah mula keluar.
"Alright, welcome back to TidH" ujarnya bersama senyuman.
"Hm" itu sahaja yang dibalas.
"Jom tuan, saya nak matikan enjin ni".
Mereka berdua pun keluar dari perut kereta. Hari ini Faiq sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pemandu Imran. Tidak berbayar pun tak apa kerana dia tidak mahu membayar grab. Pasal keretanya rosak. Mujur sahaja Imran tidak kenakan bayaran kepadanya.
Mereka pun berjalan beriringan menuju ke dalam bangunan. Suasana di situ agak lenggang memandangkan masih di awal pagi. Biasanya pada waktu-waktu sebeginilah Imran akan hadir.
Mereka berjalan lagi merentasi dobi. Seperti biasa akan disapa oleh si gadis kecil molek.
"Eh, assalamualaikum Tuan Imran dan Encik Faiq. Tuan pergi ke mana selama ni? Lama tau tuan menghilang " sapa Nisa dengan sikap peramahnya.
Gila Nisa tak terkejut. Tuan Imran buat comeback weh dengan suit hitam kesayangannya. Digandingkan pula warna emas di kolar dan tali leher. Entah kenapa Imran nampak kacak maut berbanding Faiq. Namun, sesaat kemudian dia sedar bahawa tunangnya di belakang.
"Waalaikumsalam, Nisa. Nothing happened to me. Thank you for your concerns " balas Imran lalu pergi ke lif.
Faiq di belakang hanya membuntuti. Sesekali bertentang mata dengan Nisa. Dia lantas memberikan senyuman.
"Hai tunang, kerja elok-elok tau ! " kata Faiq.
Berbunga pula hati Nisa. Nasiblah dia memilih Faiq.
"Okey oppa, kau pun ".
Mereka pun sama-sama melambai tangan.
"Faiq ! ".
"Err.. Saya datang tuan! ".
Nisa pun menggeleng kepala dengan cara Faiq terkedek-kedek berlari.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
Berita kembalinya Imran telah menggemparkan seluruh pekerja TidH. Bermula dari dobi, sebenarnya gerak-geri Imran telahpun diperhatikan oleh beberapa orang pekerja wanita. Mereka yang terkejut terus menyebarkannya ke WhatsApp.
Para pekerja yang membenci Imran pula menyebarkan berita itu ke dalam Twitter. Maka, kekecohan sekali lagi berlaku berkenaan tuduhan palsu itu. Dan ini pastinya menarik perhatian wartawan untuk ke TidH. Terutamanya wartawan yang menemuramah Imran semasa di balai polis hari itu.
Sedang Imran membaca segala laporan syarikat, Faiq mengetuk pintu biliknya. Imran yang tenang membenarkan orang itu untuk masuk.
"Ada apa, Faiq? ".
"Tuan, wartawan hari tu datang sini pulak, tuan ! ".
"Then, apa gunanya pengawal keselamatan kita ? " soalnya selamba.
"Pengawal kita pun tak mampu nak halang. Mereka datang beramai-ramai. Dah macam nak tunjuk tanda protes saya tengok tadi".
Imran yang tenang bingkas bangun lalu berjalan ke tingkap besar. Benarlah kata Faiq. 'Tetamu-tetamu' yang tidak diundang itu sesuka hati sahaja masuk ke kawasan ini.
Maka, bersiap-sedia lah mereka menerima akibat !
"Siapa yang benarkan mereka masuk ?! " mula dah perangai baran Imran.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Ficción GeneralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
