"LEPASKAN AKULAH ! " tempik seorang gadis.
"Woi, lepaskan aku ! " tempiknya lagi apabila dua lelaki itu sedari tadi menarik hujung bajunya.
"Aku tak nak pergi sinilah, mangkuk ! Lepaskan aku ! " teriak gadis itu lagi.
"Diamlah, Nurul Mikayla ! Dia nak jumpa kau sekarang ! " balas salah seorang daripada lelaki itu.
"Sorang tarik dahlah ! Kenapa kau suruh Budin sekali, Fayyad oi ? ".
"Kau berat " balas Fayyad dengan selambanya.
Kayla mendengus. Dia terpaksa mengikut langkah mereka yang baru keluar dari perut lif.
"Kot ye pun janganlah tarik aku ! ".
"Alah, kitorang tak sentuh kau lah! ".
"Fayyad Jamiluddin ! " nama panjang Fayyad disebut oleh Kayla.
"Diam ! " balas Fayyad pula.
"Isy ! " Kayla mendengus.
Mahu atau tidak, terpaksa dia mengikut jejak langkah mereka ke bilik Imran. Sudahlah kononnya Imran mahu berjumpa dengannya. Entah betul atau tidak budak dua ekor itu.
"Hah, akak mulut itik jangan nak keraskan kaki. Kami sepak juga nanti " ujar Fayyad dengan nada gurauan.
Budin pula dah terkemam bibir melihat Kayla mencebik.
Mereka pun dah sampai di hadapan pintu bilik Imran. Bilik VVIP tu....
"Weh, aku tak nak masuk sini ! Nanti dia jatuhkan maruah aku ! " Kayla bertindak menarik diri. Namun pegangan dua lelaki mereng itu sangat kemas.
"Heh mak cik, banyak cekodok lah kau ni ! Masuk cepat ! " omel Fayyad.
"Cekadak lah, Jamiluddin ! Cekodok tu makanan kegemaran kau ! " Kayla sempat menyempat.
Budin pun membukakan pintu. Kayla pun diheret masuk ke dalam.
"Weh, aku tak nak ! " sekali lagi gadis itu membuat onar.
Tanpa mempedulikan gelagat manja Kayla, Fayyad dan Budin tersengih-sengih menghadap majikannya, Imran. Malah, lima orang lelaki juga ada di situ.
Langkah Kayla automatik terhenti apabila melihat mereka semua. Lebih memalukan, mereka juga melihat Kayla. Sama-sama melihat. Terutamanya Imran yang sedang bersila di atas katil. Turut merenungi Kayla.
Masing-masing membulatkan mata. Di situ ada Faiq, Young Woo, Hadi, Edward, dan Edmond. Mata Kayla automatik menangkap bibir Faiq yang tersengih-sengih. Mesti nak gelakkan Kayla.
"Hai tuan, kami dah bawakan Kayla. Jaga dia elok-elok tau. Nanti dia lari. Macam anak ayam" ujar Fayyad.
Imran pula tersenyum kecil.
"Tak apa, saya boleh handle. Korang semua boleh keluar dulu " arah Imran kepada tujuh orang lelaki yang lain.
Mereka semua pun akur. Manakala Kayla meneguk liur. Apahal sampai nak tinggalkan berdua ni ? Buatnya pihak Pejabat Agama datang macam mana?
Semua di situ beransur pergi. Bermula dengan Edward, Edmond, Young Woo, Hadi, Faiq, Fayyad, dan Budin. Paling membuat Kayla geram, masing-masing tersengih kambing. Suka lah tu.
Selepas orang terakhir menutup pintu, tinggallah Kayla dan Imran berdua. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Kayla pandang Imran, Imran pandang Kayla.
Imran yang merenungi pintu itu, beralih kepada Kayla pula.
"Cik Mikayla nak berdiri sahaja? Duduklah atas kerusi kosong ni" ujar Imran seraya tersenyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
