"HALU halu halu... " muncul kepala Fayyad di mula pintu.
Kebetulan Imran pula baru keluar dari bilik air.
"Eh, Fayyad dan Budin? ".
Fayyad sengih manakala Budin pula tersenyum.
"Kami datang nak beraya. Ehehehehehe" ujar Fayyad lagi.
"Oh, nak raya? Boleh aje. Tapi duit raya tak ada " balas Imran sambil menjongketkan kening.
"Hehe, tak apa. Tapi, kami yang akan bagi duit raya ".
"Ok. Kalau macam tu, masuklah. Yang tercegat dekat situ apa hal? " balas Imran lagi sambil melabuhkan duduk di birai katil.
Malu-malu mereka nak masuk. Budin pula meletakkan kedua-dua tangan di belakang. Seperti menyorok sesuatu. Imran pula sedari tadi melihat gelagat mereka yang asyik tersengih. Selepas itu, Budin meletakkan sesuatu itu di hujung katil. Jauh dari pandangan Imran.
"Apa yang ada kat belakang tu, Budin? " soal Imran sambil memanjangkan leher untuk melihat.
"Itulah duit raya. Nanti kami bagi" balas Fayyad sambil melabuhkan duduk di atas kerusi. Budin turut melakukan perbuatan yang sama. Mujur sahaja dua buah kerusi disediakan.
Imran pun menggeleng kepala. Ada-ada sahaja mereka berdua ni.
"Err... Assalamualaikum tuan " ujar Fayyad dengan sopan. Sekarang baru bagi salam. Isy.
"Waalaikumussalam. Ingat dah lupa cara nak bagi salam. Ini tidak, dia halu halu je " perli Imran dengan nada gurauan.
Fayyad dan Budin pun tergelak kecil.
"Oh ya, macam mana korang tahu saya di sini? ".
"Mestilah saya tanya Abang Faiq. Takkanlah mak cik cleaner pulak " sempat Fayyad berseloroh.
"Cis, dia ni" bibir Imran ternaik.
Kadang-kala gurauan Fayyad mengingatkan dia pada Udin. Sahabatnya yang paling kuat berjenaka. Dia merasakan rindunya terubat apabila bertemu dengan Fayyad walaupun wajahnya iras dengan Fannani.
"Err.. Tuan Imran " malu-malu Fayyad berkata.
"Ya ? " Imran terlihat wajah Fayyad tiba-tiba berubah.
"Kami berdua nak minta maaf tau sebab dah bersangka buruk dengan tuan selama ni. Kami tak sangka pula ada orang fitnah tuan. Ermm.. Jahat kan orang yang buat macam tu? ".
Budin pula sedari tadi memandang Imran.
"Eh, tak pe lah. Yang penting korang tak tuduh saya melulu.. " Imran sengaja menyindir Kayla dan pekerja-pekerja yang lain.
Fayyad dan Budin berpandangan. Mereka tahu siapa yang Imran maksudkan.
"Err.. Tuan dah maafkan ke mereka semua? " soal Fayyad.
"Tak tahulah. Kadang-kadang sakit hati juga bila terkenangkan balik ".
"Err.. Tapi kan, sekurang-kurangnya ada kan seorang dua yang datang minta maaf? ".
Imran terdiam. Ada, namanya Kayla.
Kemudian, Budin pula yang memberi isyarat.
'Kalau-ada-yang-datang-minta-maaf, tuan-maafkanlah-dia. Manalah-tahu-dia-rasa-menyesal-sangat ? Tuan-maafkan-tau ? '.
Imran mengerutkan kening apabila cuba memahami maksud Udin. Sudahlah bahasa isyarat dia sudah ingat-ingat lupa. Lebih-lebih lagi selepas koma. Fayyad pula membantunya.
"Err Budin kata, kalau ada orang datang minta maaf, tuan maafkanlah kesalahan dia. Siapa tahu kalau orang tu betul-betul menyesal sangat ? Tuan maafkan dia tau? ".
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Ficção GeralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
