📍 Rumah Cahaya Kasih
Termenung Aralyn sendirian di buaian. Kawan-kawan yang bermain di hadapannya hanya diendahkan. Muram saja muka Aralyn. Tidak lagi seperti dulu. Aralyn berubah watak setelah kepergian Encik Fakrul dan Puan Jasnita dua bulan yang lalu.
Satu kejadian telah menimpa dirinya dan membuat Aralyn kehilangan aboh dan ibu nya. Dua orang yang paling Aralyn sayang.
Kehilangan mereka ibarat Aralyn kehilangan jati diri Aralyn. Aralyn kerap mengigau dan mimpi tentang arwah Encik Fakrul dan arwah Puan Jasnita.
Aralyn rindu sangat dengan aboh dan ibu. Aralyn yang baru berusia sebelas tahun harus menghadap ujian sebesar seperti ini.
Tak lama selepas itu, Puan Hanum datang mendekat dengan Aralyn. Puan Hanum melabuhkan punggungnya di sebelah gadis kecil itu.
"Ara.. kenapa tak main sama dengan kawan-kawan?" Tanya Puan Hanum selaku pemilik kepada Rumah Cahaya Kasih ini.
Aralyn mengerling Puan Hanum sekejap sebelum menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Puan Hanum mengeluh perlahan. Puan Hanum faham situasi yang dihadapi Aralyn. Tapi Puan Hanum tak nak Aralyn terlalu larut dengan kesedihan. Apa lagi Aralyn masih kecil.
"Kalau Ara tak nak main dengan kawan-kawan. Ara main dengan umi. Ara nak main apa? Dam ular? Batu seremban? Ke.. Ara ada nak main yang lain? Umi teman Ara main." Puan Hanum masih memujuk Aralyn.
"Tak nak. Ara tak nak main. Ara nak aboh dan ibu." Kata Aralyn dengan nada suara yang sangat perlahan.
Terbit senyuman tipis Puan Hanum apabila mendengar kata-kata Aralyn. Sejurus itu, Puan Hanum memeluk tubuh kecil Aralyn. Dibelai kepala Aralyn.
Di Rumah Cahaya Kasih itu, bukan hanya Aralyn sahaja yang kehilangan ibu bapa. Ramai. Dengan macam-macam kejadian. Ada yang dah dibuang dari kecil, ditinggalkan di merata tempat, terjadinya kemalangan sama seperti Aralyn dan berbagai lagi.
Tapi Puan Hanum kagum dengan anak-anaknya ini. Mereka semua kuat. Termasuk Aralyn. Cuma Aralyn masih baru lagi. Aralyn masih lagi tak dapat nak menerima. Jadi Puan Hanum akan buat Aralyn terima dengan redha apa yang telah terjadi.
~ Flashback ~
Lebar senyuman Aralyn apabila melihat ke luar tingkap kereta. Hari ini adalah hari jadi Puan Jasnita. Jadi mereka sekeluarga memutuskan untuk keluar makan dan menyambut hari jadi Puan Jasnita bersama-sama.
Encik Fakrul mengamati anaknya dari cermin pandang belakang. Terbit senyuman di bibir Encik Fakrul melihat anaknya itu.
Setelah enam tahun pernikahan, akhirnya mereka dapat seorang anak perempuan. Suri Aralyn ini lah satu-satunya anak mereka berdua. Ini lah pengarang jantung mereka. Aralyn selalu dimanjakan oleh Encik Fakrul dan Puan Jasnita.
"Happy birthday ibu.. Ara sayang ibu." Kata Aralyn sambil mengalungkan kedua tangannya di leher Puan Jasnita dari belakang.
"Terima kasih, sayang. Ibu pun sayang anak ibu ni." Balas Puan Jasnita sambil tersenyum manis kepada Aralyn. Tangan kanannya naik mengelus lembut pipi si anak.
Terpejam seketika mata Aralyn bila mendapat usapan lembut di pipinya dari Puan Jasnita. Setelah itu, Aralyn beralih memeluk aboh. Ketawa kecil Encik Fakrul dengan tingkah manja anak gadisnya ini.
"Manja betul anak aboh." Kata Encik Fakrul sembari Aralyn melentokkan kepala di bahu Encik Fakrul.
Sedang elok mereka sekeluarga menikmati perjalanan yang menyenangkan ini. Tiba-tiba ada satu kereta yang memandu secara laju di arah belakang dan sebuah lori pasir yang memandu secara bertentangan laju menghentam kereta yang dipandu Encik Fakrul.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...