- BAB 24 -

2.3K 164 6
                                    

Menyenget kepala Ku Kamal memandang Ku Zaril di sebelah dan Aralyn yang nun jauh di sana. Dah dua hari dia teman Ku Zaril jadi stalker. Menyeramkan pula bunyinya.

Tapi sampai bila Ku Zaril nak usha dari jauh saja ni? Tak nak pergi dekat ke? Tegur ke apa ke? Tak penat asyik tengok dari jauh?

Mengeluh Ku Kamal jadinya. Dia pula yang penat. Sepatutnya dia datang England ni nak tenangkan fikiran dan release tension. Tapi bertambah tension pula. Ku Zaril bukan nak pergi jalan-jalan. Asyik mengendap anak dara orang.

Setelah itu, Ku Kamal mencuit bahu tegap Ku Zaril. Berpaling Ku Zaril memandang Ku Kamal sekilas sebelum dia kembali melihat Aralyn. Tersenyum Ku Zaril bila menengok Aralyn ketawa. Cantiknya.

"Kalau dekat Malaysia ni kan.. aku rasa kita dah dalam jail." Kata Ku Kamal.

"Diam lah kau. Bukan kita buat jenayah pun." Balas Ku Zaril dengan masih setia memandang Aralyn. Bibirnya pula tak pudar dari menyunggingkan senyuman.

"Haih.. susah lah bercakap dengan kau ni. Aku nak pergi beli air kejap. Kau nak air tak?" Malas Ku Kamal nak melayan Ku Zaril. Angau teruk dah tu.

Padan muka. Best kan jilat ludah sendiri? Dulu kemain cakap tak suka lah benci lah. Sekarang usha dari jauh. Macam orang tak betul.

"Beli je lah."

"Air apa?"

"Apa-apa je." Ku Kamal buat muka di belakang Ku Zaril. Nasib baik sepupu.

Selepas itu, Ku Kamal bingkas bangun dan berlalu pergi untuk membeli air buat dirinya dan Ku Zaril. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Macam nak kenakan Ku Zaril. Heheh..

••••••••••

Tengah seronok Aralyn bersembang dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba namanya diseru seseorang dari arah belakang. Lantas Aralyn berpusing dan melihat gerangan yang memanggilnya itu. Ternyata Ku Kamal.

Langsung terbit senyuman di bibir Aralyn saat meliang adanya Ku Kamal di hadapan mata dia. Lama tak jumpa.

"Abang Mal." Ceria Aralyn menyebut nama Ku Kamal.

"Hai, Ara. Apa khabar?" Lebar senyuman Ku Kamal seraya berpaling melihat Ku Zaril di seberang sana. Dia nampak muka Ku Zaril berkerut memandangnya.

"Alhamdulillah, sihat. Abang Mal buat apa dekat sini? Bercuti ke?" Tanya Aralyn. Saja ingin berbasa-basi.

Kawan-kawannya yang berbual dengan Aralyn tadi masing-masing meminta diri. Mereka ingin beri ruang kepada Aralyn untuk meluangkan waktu bersama lelaki ini.

Ku Kamal duduk di hadapan Aralyn. Dipandang wajah Aralyn. Lama tak jumpa makin cantik Aralyn. Kalau Ku Zaril lambat ni.. Ku Kamal yang kebas. Biar haru hidup Ku Zaril. Padan muka.

"Nak kata bercuti macam tak. Tapi bercuti juga lah." Gelak Ku Kamal. Aralyn turut ketawa sama.

"Abang Mal sorang je?" Tanya Aralyn ingin tahu.

"Tak. Abang Mal datang dengan Aril." Aralyn yang mendengar nama Ku Zaril disebut terus terdiam sekejap. Ada Ku Zaril? Dah lama dia tak jumpa Ku Zaril.

"Oh.. mana abang Aril?" Memincing mata Ku Kamal merenung Aralyn.

"Tanya-tanya ni rindu dia ke?" Laju Aralyn menggeleng. Mana ada. Tanya saja pun.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now