- BAB 67 -

1.4K 165 5
                                    

Ku Zaril memandang isterinya. Sedari tadi Aralyn senyap saja. Tak bercakap apa pun. Selalunya Aralyn paling ceria setiap kali menyambut Ku Zaril balik dari kerja.

Tapi tadi tak. Wajah Aralyn monyok. Bila ditanya atau diajak berbual. Aralyn hanya balas sepatah atau geleng atau angguk. Itu saja respon yang Aralyn beri pada setiap soalan dan perbualan Ku Zaril.

Selepas itu, Ku Zaril menarik isterinya lebih rapat dan dicium tepi kepala Aralyn. Tersentak Aralyn apabila Ku Zaril memeluk dia lebih rapat dan menciumnya. Menoleh kepala Aralyn merenung Ku Zaril.

"Abang tahu sayang ada fikir sesuatu. Nak tanya abang? Ke sayang masih nak mendiamkan diri?" Terus-terang Ku Zaril bertanya. Lagipun malas Ku Zaril nak senyap macam ni.

Kalau Aralyn nak tanya, tanya saja. Ku Zaril sedia menjawab dengan jujur. Takda satu pun Ku Zaril tipu dan nak tipu. Apa untung Ku Zaril dapat kalau tipu isteri? Tak dapat apa pun.

"Tengah hari tadi.. Ara ada pergi jumpa Rania." Jeda Aralyn seraya melihat suaminya. Ku Zaril menjatuhkan kepalanya sekali. Dia tahu.

"Pastu?" Soal Ku Zaril ingin tahu lebih lanjut.

"Dia cakap yang dia pregnant. Anak tu anak abang." Berubah riak wajah Ku Zaril. Berani perempuan tu cakap budak dalam perut tu anak dia? Celah mana? Ku Zaril tak sentuh pun lah perempuan tu. Berangan lebih.

"Bullshit. That's not mine. Sayang percaya dia?" Laju Aralyn menggeleng. Memang tak lah nak percaya. Gila ke? Aralyn lebih percayakan Ku Zaril.

"Ara lebih percayakan abang. Pastu.. nah. Dia bagi gambar. Kononnya bukti. Ara tahu lah badan abang macam mana." Aralyn menghulurkan gajet nipis itu kepada Ku Zaril.

Lantas Ku Zaril mengambil dan melihat isian chat dari Rania untuk isterinya. Melampau. Biadap betul perempuan ni. Tapi Ku Zaril rasa nak tergelak pula bila tengok isterinya balas.

"Wow! Daring juga sayang abang ni. Dah lah semua gambar tu lepas kita habis.. ehem!" Memerah pipi Aralyn apabila Ku Zaril mengingatkan tentang aktiviti panas mereka.

Cepat-cepat Aralyn menyorokkan mukanya di dada sang suami. Nasib baik Ku Zaril pakai baju. Kalau tak, kena bahan lagi. Ku Zaril dah lah suka membahan dia sekarang. Menyampah. Buat-buat merajuk baru nak berhenti mengusik.

Tergelak Ku Zaril melihat tingkah malu si isteri. Dah banyak kali buat pun malu lagi. Padahal selalu sangat Ku Zaril mention bab tu. Masa goda tak malu. Dah habis buat, baru tahu rasa malu.

Haih.. isteri lah isteri. Nasib baik sayang bini.

"Tak payah lah sebut benda tu." Omel Aralyn. Tak suka. Tapi suka. Cuma malu.

Hm.. dah boleh lah ni ruqyah kan diaorang. Dulu kemain bergaduh. Sekarang jadi kucing gatal pula.

"Comel lah sayang ni. Goda abang tak malu." Tak lama selepas itu, Ku Zaril berdesis sakit. Tertunduk badan dia sambil memegang perutnya. Mana taknya, Aralyn tumbuk perut Ku Zaril.

"Haaa.. padan muka. Eiii.. tak suka." Terus Aralyn bangun dan membawa langkahnya naik ke atas. Tercemar telinga dia dengan kata-kata Ku Zaril.

Tapi tak lama tu, Aralyn berlari ke arah dapur dek kerana tekaknya mula merasa mual. Tiba-tiba rasa nak muntah. Walhal takda apa pun. Tapi nak muntah.

Ku Zaril yang melihat isterinya berlari ke dapur. Cepat-cepat dia mengikut. Terbongkok-bongkok badan Aralyn di hadapan sinki seraya memuntahkan segala isi. Tapi takda satu pun yang keluar. Hanya muntah angin.

"Sayang okay?" Aralyn menggeleng perlahan kepalanya.

Setelah itu, Aralyn berdiri menghadap Ku Zaril. Tersebik bibir dia saat memandang suaminya. Alolo.. comelnya. Geram pula Ku Zaril tengok.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now