Royale High
Selepas beberapa hari kejadian yang berlaku di rumah keluarga Ku Zaril. Hari ini, Rania datang lagi ke syarikat Ku Zaril dengan beraninya. Rania berjalan masuk ke dalam lobi syarikat dengan memakai baju kurung, tudung dan spek mata hitam.
Menunduk kepala Rania sambil berjalan ke arah kaunter pertanyaan. Dia perlu berjumpa dengan Ku Zaril untuk meminta bantuan dari lelaki itu. Tapi ada rancangan lain di sebaliknya.
Ingat Rania datang ke syarikat Ku Zaril ni saja-saja ke? Tidak mungkin.
"Ya, cik. Nak jumpa siapa?" Tanya Sofia yang bertugas di kaunter pertanyaan itu.
"Saya nak jumpa Ku Zaril. Ada hal." Jawab Rania sambil masih menutup sedikit wajahnya dengan menggunakan tudung yang dipakai.
"Cik ada buat appoiment?" Tanya Sofia lagi.
"Takda."
"Em.. saya tak boleh bagi cik naik kalau cik tak buat sebarang appoiment untuk berjumpa dengan Ku Ril. Ini prosedur bagi sesiapa yang datang nak berjumpa dengan Ku Ril." Kata Sofia dengan sopan.
Harap-harap perempuan depan dia ni faham. Takda nak timbulkan drama ke lakonan atau apa-apa sekali pun. Sofia malas nak melayan. Bukan malas nak buat kerja. Malas nak layan orang gila yang dok sibuk nak jumpa dengan Ku Zaril.
"Tapi saya ada call Zaril cakap nak jumpa. Dia bagi. Dia benarkan saya untuk jumpa dia walaupun takda appoiment." Sengaja Rania menipu. Asalkan dia dapat jumpa Ku Zaril.
Serba-salah Sofia jadinya. Nak bagi ke tak? Nak percaya ke tidak? Menggaru kepala Sofia.
Baru saja Sofia mahu bersuara. Ada satu suara mencelah dan menahan supaya Sofia tidak membenarkan Rania naik ke atas untuk berjumpa dengan Ku Zaril.
Rania tahu ini suara siapa. Kenapa? Kenapa setiap semua rancangan dia perlu gagal? Rania benci Aralyn.
"Hai, Rania." Sapa Aralyn seraya mencabut tudung dan spek mata hitam yang dipakai oleh Rania.
Dapat Aralyn melihat wajah lebam Rania. Tapi Aralyn tahu itu bukan lebam sebenar. Hanya lebam yang di make up oleh Rania sendiri. Macam mana Aralyn tahu Rania ada di sini? Sebab Aralyn memang dari pagi mengikut Ku Zaril ke pejabat. Bosan katanya.
Lepastu Aralyn merengek mahu ikut sampai menangis bila Ku Zaril tak bagi. Tapi disebabkan Aralyn dah menangis. Nak tak nak, Ku Zaril bawa saja lah isteri dia ni. Nasib Ku Zaril sayang dan cinta mati pada isteri dia yang seorang ini.
"Kenapa kau perlu ada dekat sini?" Tanya Rania bengang.
"Lah? Ini syarikat suami aku. Jadi suka hati aku lah. Kau tu yang buat apa dekat sini?" Aralyn memulangkan semula soalan Rania.
"Saja. Nak datang melawat." Terletus ketawa Aralyn. Kelakar.
"Datang melawat? Ke.. nak datang ambil suami orang dengan cara merayu dan buat muka simpati sambil tunjuk muka lebam kau ni? Halah.. taktik murahan sangat." Selamba Aralyn mengutuk Rania.
Jagung cup yang berada di tangannya, Aralyn sesuap ke dalam mulut. Dia baru lepas balik dari kedai seberang jalan beli jagung cup. Tapi tak seorang diri. Ada Ikram teman. Cuma Ikram kena ambil barang dalam kereta Ku Zaril. Tadi Ku Zaril ada menelefon. Itu yang sekarang Aralyn seorang.
Sakit hati Rania saat mendengar bicara Aralyn. Macam mana Aralyn tahu? Aralyn intip dia ke?
"Jelas lah. Jelas sangat taktik kau nak merampas suami aku, Rania. Tapi.. haih. Sayang sangat. Asyik kantoi je. Kenapa ek? Mungkin sebab Allah tak redha kan kerja haram kau ni kot. Itu yang selalu kantoi. Pastu kalah. Kesiannn.." Saja Aralyn bercakap begini. Biar Rania bertambah sakit hati.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...