Malamnya, Aralyn mengintai suaminya di sebalik pintu untuk melihat Ku Zaril yang sedang duduk di pangkin hadapan rumah. Hensem nya lah suami Aralyn ni.
Kali pertama Aralyn tengok Ku Zaril pakai baju pagoda dan kain pelikat.
Terkejut juga Aralyn tengok suami dia pakai macam ni. Tapi hensem. Aralyn cair. Tolong lah. Dia dah cair sangat ni. Dari tadi asyik dok mengintai suami saja. Nasib baik intai suami sendiri. Bukan suami orang.
Berdehem seketika Aralyn apabila dia teringat yang sebenarnya dia mahu menghantar air kopi yang baru saja Aralyn buat tadi untuk Ku Zaril. Tapi boleh lupa sebab syok sangat tengok suami kacak dia.
Selepas itu, Aralyn melangkah keluar dari dalam rumah. Disarungkan selipar pada kakinya. Sebelah tangan membawa secawan kopi panas dan sebelah lagi tangannya memegang sesuatu yang disorokkan di belakang badannya.
"Abang." Panggil Aralyn. Laju Ku Zaril mengangkat kepalanya memandang isteri kesayangan dia. Terbit senyuman manis di bibir.
"Hai, sayang." Sapa Ku Zaril kembali.
"Buat apa tu?" Tanya Aralyn hanya mahu berbasa-basi. Sampai di hadapan suaminya, Aralyn meletakkan cawan kaca itu di hadapan Ku Zaril.
Setelah itu, Aralyn melabuhkan punggung di sebelah Ku Zaril. Tersenyum-senyum dia memandang suaminya. Haih.. lain macam sangat aura suami dia malam ni. Sejuta per sejuta suami dia punya kehenseman.
"Takda buat apa. Terima kasih, sayang." Jawab Ku Zaril sembari mengucapkan terima kasih kepada Aralyn yang sudah bersusah-payah membuatkan air kopi untuk dia. Sampai bawakan ke luar lagi tu.
"Sama-sama, abang." Balas Aralyn dengan menyengetkan sedikit kepalanya lalu membuat riak comel. Terkelip-kelip mata dia merenung suaminya.
Geram lah ek Ku Zaril tengok isteri dia sekarang ni. Terlampau geram sangat ni. Tapi tahan. Sabar Ku Zaril.
"Dekat sini dengan abang. Jauh-jauh pula sayang abang ni duduk." Tersengih lebar Aralyn selari mendekatkan jarak duduknya dengan Ku Zaril.
Benda yang masih belum ditunjuk kepada Ku Zaril, disorokkan dengan berhati-hati di belakangnya agar Ku Zaril tidak perasan.
Ku Zaril terus memeluk tubuh kecil sang isteri dan dikucup tepi kepala Aralyn dengan penuh rasa kasih dan sayang. Semakin hari, semakin bertambah perasaan cinta dia untuk Aralyn. Tak dapat Ku Zaril nak menafikan perkara tersebut.
Kadang-kadang Ku Zaril sendiri rasa tak percaya yang dia berkahwin dengan perempuan yang di bencikan sangat dulu. Kemain tak nak tengok muka sampai menyampah. Sekarang.. ini lah wajah wanita yang dia tatap hari-hari. Tak tengok satu hari saja mesti Ku Zaril rindu sangat.
"Abang." Seru Aralyn perlahan seraya memainkan jemarinya dengan jemari besar Ku Zaril. Sangat ketara perbezaan saiz tangan mereka.
"Ya." Sahut Ku Zaril.
Angin malam dan cuaca malam ini sangat baik. Banyak bintang yang berkelipan di bawah langit malam itu. Cantik sangat.
"Kalau kita ada anak.. abang nak namakan anak kita apa?" Tanya Aralyn tiba-tiba. Berkerut sedikit dahi Ku Zaril. Agak random tanya soalan begini. Tapi Ku Zaril layankan saja lah.
"Hm.. anak perempuan, abang nak namakan dia Ungku Sofia Zahira." Bersinar mata Aralyn saat mendengar nama anak perempuan mereka yang Ku Zaril sendiri pilih.
"Anak lelaki pula?" Tanya Aralyn lagi mahu tahu.
"Anak lelaki.. abang nak namakan Ungku Adam Zuhar." Lantas Aralyn melepaskan pelukan dan duduk menghadap suaminya. Dia suka dengan semua nama yang Ku Zaril pilih.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...