Memuncung bibir Aralyn tatkala menghantar suaminya ke kereta. Ku Zaril dah nak pergi Penang. Aralyn tak boleh nak bermanja dah. Haih.
Ku Zaril memandang wajah cemberut si isteri. Terbit senyuman kecil apabila melihat muka comel isterinya itu.
Dekat saja dengan kereta, Ku Zaril dan Aralyn menghentikan langkah mereka. Ku Zaril berpaling menghadap Aralyn. Kedua pipi Aralyn diusap penuh sayang.
"Tak nak lah monyok. Tiga hari je. Kalau abang habis kerja awal, abang balik awal." Ujar Ku Zaril seraya menatap serata wajah sang isteri.
Mendongak kepala Aralyn menatap suaminya dan bibirnya terus mengukir senyuman manis buat Ku Zaril. Tak nak Ku Zaril jadi berat hati nak pergi Penang dan tinggalkan dia di sini.
Sepatutnya Ku Zaril gerak pagi. Tapi disebabkan aktiviti mereka semalam yang tak tahu habis pukul berapa. Jadi Ku Zaril terpaksa gerak selepas makan tengah hari.
"Kan comel senyum macam ni." Ku Zaril memuji isterinya sembari mencubit sedikit pipi sang isteri. Tak kuat mana pun. Aralyn pun takda kata sakit. Hanya cubitan manja.
"Nanti apa-apa call Ara. Sampai je dekat Penang, terus call Ara. Kalau abang tak call, nanti Ara merajuk." Ugut Aralyn sambil membuat muka garang. Walhal tak garang mana pun muka dia. Biasa saja.
"Baik lah permaisuri hati abang. Abang menurut perintah." Balas Ku Zaril. Atas kepala Aralyn digosok lembut.
"Salam." Aralyn menghulur tangan kanan untuk bersalam dengan suaminya. Ku Zaril menyambut tangan sang isteri.
Aralyn menunduk mencium kekura tangan kekar itu. Angkat saja kepala, dahi Aralyn terasa disentuh dengan bibir Ku Zaril. Lama. Selepas itu, Ku Zaril menjauhkan bibirnya dari dahi Aralyn lalu dia mengusap kedua pipi Aralyn.
"Abang pergi dulu. Jaga diri, jaga hati dan jaga makan. Assalamualaikum." Pesan Ku Zaril seraya mencuit hujung hidung Aralyn.
"Waalaikumussalam." Aralyn menjawab salam suaminya.
Sesudah itu, Ku Zaril bergerak ke kereta dan meletakkan luggage di kerusi belakang. Selesai, Ku Zaril membuka pintu di bahagian pemandu dan masuk ke dalam.
Ku Zaril menghidupkan enjin kereta seraya membuka tingkap. Aralyn berdiri di tepi sambil melihat suaminya. Kacak betul suami dia ni. Risau nak lepaskan pergi Penang sorang diri. Dah lah hensem. Nanti ramai yang mengorat pula. Haih. Payah ada suami hensem ni.
"Bye, sayang. I love you." Ku Zaril melambai pada isterinya sebelum mula memandu.
"Bye, abang. I love you too." Aralyn membalas lambaian tangan suaminya sambil tersenyum manis.
Aralyn melihat kepergian sang suami sehingga hilang menjauh kereta Ku Zaril yang memecut laju selepas keluar dari perkarangan rumah keluarganya. Mentang-mentang lah naik McLaren. Laju saja kau bawa.
"Laju betul. Nak kena bebel ni. Abang tunggu lah nanti." Geram Aralyn tengok Ku Zaril bawa kereta laju macam tadi.
Nasib semalam bawa dia, Ku Zaril tak laju sangat. Cuma kadang-kadang tu terlepas. Nak laju juga. Tapi sekarang bila dah bawa diri saja, memang pecut laju lah. Layan.. mantap boh. Bawa slow tak syok. Dah nama pun bawa sport car.
Seusai itu, Aralyn mengorak langkah masuk ke dalam rumah semula. Masuk saja terus Aralyn ditegur oleh Ku Zidan. Tersenyum Aralyn memandang adik iparnya.
"Kak Ara.." Ceria Ku Zidan menyapa kakak ipar kesayangan dia. Lebar selebar-lebarnya senyuman dia tatkala melihat Aralyn.
"Hai, Idan." Aralyn membalas teguran Ku Zidan.
"Kak Ara nak buat apa lepas ni? Along dah gerak pergi Penang." Saja lah Ku Zidan tanya. Mana tahu Aralyn ada plan nak keluar ke. Ku Zidan boleh temankan. Ku Zara takda. Ada kelas dari pagi sampai petang.
Engku Dayana pula sibuk dengan urusan yang lain. Ada reunion dengan classmate semasa universiti dulu. Nenda Zuraidah pula di dalam bilik. Nak berehat. Dua tiga hari ni kesihatan Nenda Zuraidah agak menurun sedikit.
"Emm.. takda buat apa kot. Kenapa Idan tanya? Idan nak keluar ke?" Laju Ku Zidan mengangguk.
"Idan nak pergi mana?" Soal Aralyn. Bukan lah nak tahu sangat. Saja tanya. Dah adik iparnya tanya dia. Dia tanya lah balik.
"Nak jumpa.. someone. Idan nak bawa kak Ara. Nak kenalkan dengan dia. Ingatkan nak bawa kak Zara juga. Tapi kak Zara ada kelas pula sampai petang. Suruh ponteng tak nak. Hmph!" Cemberut muka Ku Zidan.
Punya lah beria dia pujuk kakak dia pagi tadi. Tapi Ku Zara langsung tak layan. Ku Zidan sampai peluk kaki Ku Zara. Tetap saja Ku Zara buat tak tahu. Malas nak melayan adik dia. Lebih baik pergi kelas.
Tahu kenapa Ku Zara tak nak layan? Dia cakap perkara yang sama lah dengan Aralyn sekarang. Alih-alih dia bawa seorang kawan teammate bola sepak dia untuk kenalkan dengan Ku Zara.
Dah tu dia tinggalkan kakak dia dengan budak teammate dia tu. Ku Zidan cakap biar kenal dulu. Mana tahu berjodoh. Bukan berjodoh. Bodoh yang ada.
Balik saja Ku Zara dari 'dating plan' Ku Zidan, memang terus dia hempuk adik dia guna handbag Gucci dia. Mengerang sakit Ku Zidan masa tu. Lebam juga lah sikit dekat pipi. Cari pasal lagi. Ku Zara tu ada black belt taekwando. Jangan main-main.
"Hmm.. kak Ara penat lah. Kak Ara nak rehat je hari ni. Leher kak Ara pun sakit lagi ni." Bukan Aralyn saja beri alasan tak nak mahu keluar bersama Ku Zidan.
Tapi serius leher dia masih terasa sakit. Kesan lebam akibat kesan cengkaman Farhan pun masih ada. Walaupun tidak kelihatan sangat kerana sudah beransur baik sedikit demi sedikit.
"Alo.. takpa lah. Idan pergi sorang je." Monyok terus muka Ku Zidan. Macam muka penyet. Bibir pula elok kejadiannya melengkung ke bawah.
Kasihan pula Aralyn melihat Ku Zidan. Tapi apa boleh buat. Leher dia serius sakit. Selalunya Aralyn akan mengadu pada Ku Zaril bagitahu yang lehernya sakit. Nanti mesti Ku Zaril sapu ubat dan manjakan dia.
Sekarang.. dah tak boleh. Ku Zaril dah pergi Penang. Hm.. rindu lah dengan suami. Baru beberapa minit lepas Ku Zaril pergi. Aralyn dah rasa rindu yang membuak-buak.
"Kak Ara naik atas. Nak rehat." Sejurus itu, Aralyn melangkah pergi meninggalkan Ku Zidan.
Ku Zidan sekadar diam dan memandang Aralyn pergi. Niat nak kenalkan Aralyn dengan seseorang yang Ku Zidan suka. Tapi Aralyn pula tak sihat. Tambah lagi Aralyn penat sebab semalam. Pandai-pandai goda suami. Itu mendapatnya.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...