Royale High
Farhan melangkah masuk ke dalam syarikat besar milik Ku Zaril dengan sungguh bergaya. Hari ini dia ada kerja di syarikat ini dan perlu berjumpa dengan director art design untuk berbincang tentang kerjanya.
Sampai saja di tingkat yang menempatkan bahagian art design, Farhan terus melangkah keluar dari lif. Mukanya sangat berlagak saat disapa oleh perkerja-perkerja di bahagian itu. Langsung tidak membalas sapaan mereka.
"Good morning, Mr Farhan. Saya Izzati. PA kepada Puan Aralyn." Izzati mengenalkan dirinya kepada Farhan setelah Farhan berhenti di hadapannya.
Tapi Farhan pula merasa senang saat mendengar nama Aralyn. Aralyn adalah director dan berkerja di sini? Wah! Sungguh Farhan tak sangka. Ini satu kejutan yang sangat bagus untuk dia. Farhan suka. Mungkin hari ini ialah hari bertuah untuk Farhan.
Dah lama Farhan cari waktu untuk bertemu dengan Aralyn lagi. Hari ni tiba juga. Bagus. Farhan suka dan Farhan senang hati.
Setelah itu, Izzati membawa Farhan menuju ke bilik pejabat Aralyn. Bibir Farhan tak berhenti menyunggingkan senyuman. Dia tak sabar nak tengok reaksi Aralyn apabila melihat dia. Farhan tak sangka yang Aralyn berkerja di sini.
Farhan ingat Aralyn berkerja di syarikat lain. Ternyata di sini. Farhan turut ingat yang Farhan perlu berurusan dengan orang lain selain director. Rupanya tidak. Perlu berurusan dengan director terus.
Bagus. Ini yang Farhan mahu kan.
Izzati membuka pintu bilik pejabat Aralyn setelah mendapat keizinan dari Aralyn.
"Maaf puan, saya menganggu. Klien kita dah sampai." Kata Izzati seraya mempersilakan Farhan masuk.
Aralyn mengangkat kepalanya memandang gerangan klien tersebut. Matanya terbeliak sedikit tatkala melihat Farhan. Air liurnya ditelan kesat. Ini klien dia? No! Tapi Aralyn perlu bersikap professional.
"Silakan duduk." Ujar Aralyn senada. Langsung takda riak mesra untuk menyambut kedatangan Farhan sebagai klien nya.
"Puan nak air? Saya buat kan." Tanya Izzati. Selalunya Aralyn memang akan menyuruh dia untuk membuat air jika ada klien yang datang.
"Tak payah. Klien ni tak lama dekat sini. Awak boleh keluar." Arah Aralyn. Terdiam Izzati saat mendengar arahan dari Aralyn. Tak pernah dia nampak Aralyn seserius sekarang.
Bagi Farhan pula hanya sekadar melepaskan tawa kecil. Dia tahu punca kenapa Aralyn berkata begitu. Farhan melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil menyilangkan sebelah kaki.
Keluar sahaja Izzati dari ruangan bilik kerja Aralyn. Farhan menatap Aralyn dari atas sehingga bawah. Bibir bawah dijilat sekejap. Lama tak jumpa, makin cantik dia tengok Aralyn. Nampak lagi montok.
"Jaga pandangan kau, Farhan." Tegur Aralyn. Bukan dia tak nampak cara Farhan memandang dia. Nampak sangat. Kemaruk perempuan.
"Wow. Garang. Ini yang aku suka. Bagus lah kau ni. Memang kena dengan citarasa aku." Geli-geleman Aralyn dengar kata-kata Farhan barusan.
"Ini kontrak projek antara syarikat kau dan syarikat suami aku. Aku dah batalkan. Jadi.. kau boleh berambus." Tergelak sinis Farhan apabila mendengar hal tersebut.
"Kau tahu kan.. kalau kau batalkan secara sepihak, syarikat suami kau perlu bayar pampasan pada syarikat aku atas sebab kerugian dan lebih teruk aku boleh saman. Aku kalau nak saman, aku tak saman minta bayaran sikit. Aku saman minta bayaran yang banyak." Saja Farhan berkata begitu supaya Aralyn dapat mengubah fikiran.
Aralyn duduk bersandar pada kerusinya lalu dia menyunggingkan senyuman senget. Ingat Aralyn takut? Sama sekali jawapannya tak.
"Bayar je lah. Nak saman? Silakan. Takda masalah bagi aku." Balas Aralyn selamba. Pantas Farhan bangun dan bergerak mendekati Aralyn.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...