Bergelak ketawa Aralyn bersama Kak Shima di dapur. Kak Shima lah cerita zaman-zaman dia sekolah dulu. Selalu sangat buli orang dan kenakan orang. Lepastu kena panggil masuk bilik disiplin.
Tapi Kak Shima pandai. Dia putar belit cerita. Jadi nampak lah yang dia tak salah. Cikgu disiplin pun percaya. Budak yang laporkan Kak Shima tu pula jadi mangsa. Dia yang dipersalahkan. Kesian..
"Ara macam mana pula? Ada cerita nak share dengan kak Shima?" Tanya Kak Shima. Mana tahu Aralyn ada juga cerita yang nak dikongsi. Boleh gelak lagi.
"Hm.. takda apa yang menarik pun pasal Ara. Biasa je." Balas Aralyn sambil menolong kak Shima mengopek kulit udang.
Kak Shima kata tadi nak masak spaghetti tom yam. Tapi campur udang dan ayam. Kebetulan Kak Shima balik awal hari ini. Itu yang dapat masak dekat rumah. Rania pula jangan ditanya.
Entah ke mana lah perginya si budak Rania tu. Sejak-sejak akhir ini, Rania suka keluar malam. Pastu balik awal pagi. Dalam keadaan mabuk lagi.
Kak Shima dan Aralyn dah selalu sangat tegur Rania. Tapi Rania hanya buat tidak tahu saja. Malah dia endahkan dan tutup telinga. Apa yang Kak Shima dan Aralyn cakap hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Langsung tak penting bagi Rania.
"Takkan takda. Cerita lah. Tak kisah cerita apa pun. Kak Shima dengar." Dari tadi asyik dengar cerita Kak Shima saja. Kak Shima nak juga dengar cerita daripada Aralyn. Kak Shima tak tahu-menahu pun pasal Aralyn.
Yang Kak Shima tahu hanya nama penuh Aralyn, umur Aralyn, Aralyn asal dari Malaysia, Aralyn ada keluarga yang baik, makanan kegemaran Aralyn dan Aralyn suka melukis. Selebihnya Kak Shima tak tahu. Sebab itu lah Kak Shima nak lebih mengenali Aralyn.
Kak Shima selesa bila berada dekat dengan Aralyn. Aralyn budaknya baik dan sopan. Suka menolong orang. Walaupun sebelum ini Rania ada cakap Aralyn bukan-bukan pada Kak Shima. Tapi satu pun Kak Shima tak percaya. Kak Shima lebih suka kenal dengan orang tu dulu berbanding dengar kata orang lain.
"Takda kak. Hidup Ara takda apa yang menarik pun. Tapi apa yang Ara boleh cakap.. keluarga Ara yang sekarang bukan keluarga Ara. Diaorang semua keluarga angkat Ara. Nenda Zuraidah ambil Ara dari rumah anak yatim masa Ara umur lapan tahun. Alhamdulillah, Ara bersyukur sebab keluarga nenda baik sangat. Layan Ara pun baik. Diaorang semua terima Ara masuk dalam keluarga diaorang." Jelas Aralyn sambil mengukir senyuman.
Terkejut Kak Shima mendengar kata-kata Aralyn. Jadi Aralyn ini diambil dari rumah anak yatim. Tapi bagus. Sebab keluarga angkat Aralyn baik.
"Oh. Kak Shima ingat memang keluarga Ara." Perlahan Aralyn menggeleng.
"Bukan, kak. Keluarga angkat. Tapi Ara sayang diaorang." Ucap Aralyn tenang.
"Alhamdulillah. Bagus lah kalau diaorang terima Ara. Rugi sangat kalau keluarga angkat Ara tak terima Ara. Ara baik. Kak Shima pun suka bersembang dengan Ara. Selesa sangat. Nak berkongsi cerita pun senang." Terang Kak Shima jujur.
"Terima kasih, kak." Senang hati Aralyn rasa bila Kak Shima dapat menyelesakan diri dengannya. Aralyn sendiri pun awal-awal agak kekok. Tapi Kak Shima orangnya pandai ajak bergaul.
Tak lama kemudian, pintu rumah dibuka dari luar. Dapat Aralyn dan Kak Shima mendengar suara tapak kaki seseorang yang berjalan dengan langkah yang tidak berapa betul. Mereka berdua saling berpandangan. Kak Shima dan Aralyn tahu siapa gerangan tersebut.
Lantas Kak Shima berjalan ke ruang tamu untuk melihat Rania yang baru saja balik. Malam tadi tidak tahu lah tidurnya di mana.
"Nia, baru balik?" Rania memincingkan matanya memandang Kak Shima yang menegurnya barusan. Di belakang Kak Shima adanya Aralyn.
Tergelak perlahan Rania sambil menggelengkan kepala. Dia berdecit seraya merenung Aralyn dengan wajah sinis. Menyampah dia tengok Aralyn.
"Baru balik lah. Buta ke kak Shima ni?" Kasar nada suara Rania membalas soalan Kak Shima.
"Dari mana?" Tanya Kak Shima lagi.
Rania menyerabutkan rambutnya. Apa benda tanya banyak soalan ni?
"Tak payah banyak bunyi lah kak. Semak betul. Sama je dengan perempuan tu." Ternaik kedua alis Aralyn. Kenapa tiba-tiba dia yang kena pula ni? Aralyn tak cakap apa pun.
Kak Shima mengerling Aralyn sekilas. Aralyn mengangkat kedua tangannya dan menggelengkan kepala sebagai tanda tidak tahu apa-apa. Polos sahaja wajah Aralyn ketika itu.
"Sampai bila Nia nak jadi macam ni? Setiap malam keluar. Pastu balik je mabuk. Kak Shima dan Ara ni penat lah tengok Nia macam ni." Merengus kasar Rania bila Kak Shima menyibuk hal nya.
"Suka hati aku lah. Kau tak payah nak sibuk. Kau urus je hal kau. Aku urus hal aku."
"Nia.." Cepat Rania memotong bicara Kak Shima.
"Kau tak payah banyak cakap lah. Memekak. Aku nak tidur. Mengantuk ni. Faham?" Sejurus itu, Rania berjalan dengan gaya tak betul nya menuju ke arah bilik tidurnya.
Menggeleng kepala Kak Shima menengok perangai Rania. Dulu bukan main baik lagi budak ni. Baik ke? Tak lah sangat. Tapi baik lah juga. Takda sampai buat perangai macam ni.
Sekarang lain sangat. Keluar pergi kelab malam. Asal balik saja mabuk. Haih.. apa nak jadi pun tak tahu lah. Bila Aralyn tegur, Aralyn pun kena balik. Niat nak menegur saja. Member pula sensitif. Tak boleh kena tegur. Walau macam mana pun, Aralyn masih ingat yang mereka berdua pernah berkawan baik. Aralyn sedih tengok Rania berubah sampai macam ni.
"Penat Kak Shima tengok perangai Nia ni. Kita tegur dia baik-baik. Kita pula yang dimarahnya." Tersenyum nipis Aralyn seraya mengusap lembut lengan Kak Shima.
Mesti Kak Shima terasa dengan perlakuan Rania barusan. Aralyn terkejut juga bila Rania bersikap kurang ajar dengan Kak Shima.
"Takpa lah. Biar je dia kak. Bagi dia rehat dulu." Aralyn menenangkan Kak Shima. Aralyn nak cakap lebih pun tak boleh.
Aralyn tak tahu apa yang Rania tengah alami sekarang. Mungkin Rania ada banyak masalah. Kalau Aralyn minta Rania berkongsi dengan dia pun mesti Rania tak nak. Hubungan kawan diaorang kan dah tak baik.
Mengeluh Aralyn bila melihat sikap Rania yang berubah 360 darjah. Pergi kelas pun dah jarang. Pakai pula pakaian yang seksi. Kalau Aralyn tegur nanti di cop menyibuk. Hm.. entah lah.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...