Selepas 3 bulan
Engku Dayana perhati saja perlakuan Aralyn yang sedang menyusun pinggan makan di atas meja. Rajin budak ni. Dari hari pertama jejak masuk ke dalam rumah, Aralyn memang rajin. Engku Dayana tak nafikan perkara tersebut.
Tersenyum Engku Dayana saat melihat kepolosan dan kecantikan yang ada pada wajah Aralyn. Muka budak suci. Kulitnya pun putih sangat. Warna mata Aralyn adalah warna hazel. Jarang sekali untuk berjumpa dengan seseorang yang bermata warna hazel.
Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi kaca pecah di atas lantai. Bingkas Engku Dayana bergerak mendekati Aralyn. Dilihat Aralyn sedang mengutip kaca yang terburai di atas lantai. Ada juga Ungku Zaril di situ. Tapi hanya sekadar melihat tanpa beriak.
Engku Dayana tahu kerja siapa. Pasti Ungku Zaril. Sejak dari hari pertama lagi Ungku Zaril memang tak suka akan kedatangan Aralyn. Ungku Zaril pasti akan buat kacau. Seperti sekarang.
"Ungku Zaril Bin Ungku Zaki." Tegas suara Engku Dayana memanggil nama penuh anak sulungnya.
"Ini mesti kerja along. Kenapa along tak puas hati sangat dengan Ara? Apa salah Ara pada along? Kenapa kejam sangat pada Ara?" Bertubi-tubi soalan Ungku Zara kepada abangnya.
Ungku Zara ialah adik kepada Ungku Zaril. Satu-satunya adik perempuan Ungku Zaril. Dia turut mempunyai seorang adik lelaki iaitu Ungku Zidan.
"Salah dia ialah dia masuk dalam keluarga ni. Entah siapa-siapa yang nenda bawa masuk ke dalam keluarga kita. Dah lah takda asal-usul." Kata Ungku Zaril selamba tanpa berfikir tentang perasaan Aralyn.
Aralyn yang mendengar kata-kata sinis Ungku Zaril hanya membuat endah. Malas nak beriak lebih. Aralyn pun sedar diri. Dan lagi satu, dia ada asal-usul. Aralyn tahu asal-usul dia. Bukannya Aralyn dari anak buangan orang tua yang tak mahukan dirinya.
Aralyn hanya anak yang kehilangan kedua orang ibu bapa dalam satu kejadian kemalangan tragis. Itu saja. Hina ke diri dia ni? Haih.
Ungku Zara membantu Aralyn mengutip pecahan kaca yang berterabur di atas lantai.
"Biar Zara buat. Ara pergi ambil penyapu dan penyodok. Bawa sekali kain basah. Kita lap lantai ni. Nanti baru Mak Timah mop." Arah Ungku Zara pada Aralyn.
Tanpa bantahan, Aralyn bangun sambil membawa beberapa serpihan kaca yang berada di tangan menuju ke arah dapur.
"Bonda tak suka bila Aril buat perangai macam ni. Ara tu anak yatim piatu. Tak kisah lah asal-usul dia dari mana pun. Dia tetap manusia yang patut kita layan elok. Bukannya Aril layan dia teruk macam ni. Dah berapa banyak kali Aril cari pasal dengan Ara? Tapi satu pun Ara tak balas. Ara diam. Dan Ara diam bukan bermakna dia mengalah atau takut pada Aril. Tapi sebab dia tahu diri dia. Aril kalau tak tahu apa-apa tentang Ara. Lebih baik Aril diam je. Tak perlu nak buat masalah. Pening kepala bonda dengan perangai kamu ni." Bebel Engku Dayana panjang lebar.
Harap-harap lah dengan bebelan dia ini, Ungku Zaril dapat dengar dan tidak membuat masalah lagi pada Aralyn. Tapi Ungku Zaril tetap lah Ungku Zaril. Dia hanya beriak selamba dan membuat tidak tahu saja dengan bebelan bonda nya.
Menggeleng kepala Engku Dayana dengan sikap anaknya ini. Entah apa yang sakit hati sangat dengan Aralyn pun tak tahu. Padahal Aralyn tu budak baik. Pendiam. Ceria. Rajin. Suka menolong. Tapi Ungku Zaril suka cari masalah.
"Suka hati kamu lah, Aril. Penat bonda dengan kamu." Mengeluh Engku Dayana.
Aralyn dan Ungku Zara siap mengemas lantai. Setelah itu, Aralyn membawa penyapu dan penyodok ke dapur. Manakala Ungku Zara membawa tuala basah sambil mengikut Aralyn dari belakang. Sempat Ungku Zara menjeling abangnya.
Sejak bila entah Ungku Zaril muka bersikap begini. Dulu Ungku Zaril tak pernah ada perangai macam ni. Tapi sejak kedatangan Aralyn, Ungku Zaril berubah. Bukan lagi Ungku Zaril yang dulu.
Kembali saja Ungku Zara dan Aralyn ke ruang makan, Engku Dayana menyuruh Aralyn untuk duduk sama.
"Ara, duduk. Kita sarapan sekali." Kata Engku Dayana.
"Takpa, bonda. Ara makan dekat dapur. Ada makanan tadi Ara ambil sikit." Aralyn menolak ajakan Engku Dayana setelah melihat pandangan tajam dari Ungku Zaril.
"Eh. Ada pula makan seorang dekat dapur. Makan sekali. Takpa, makanan kamu tu kamu simpan je." Balas Engku Dayana tetap kekeh mahu Aralyn untuk makan bersama.
"Takpa. Ara boleh makan dengan Mak Timah." Aralyn masih lagi menolak. Bukannya saja ingin menolak ajakan Engku Dayana. Tapi Aralyn rasa seram dengan pandangan Ungku Zaril.
Memang lah Ungku Zaril ni mempunyai wajah yang kacak. Tapi sekali pandang, tajam macam mata helang. Itu yang Aralyn tak nak. Bukan takut. Cuma seram. Lagi satu Aralyn tak nak cari masalah dengan Ungku Zaril atau Ungku Zaril cari masalah dengan dia. Biarlah Aralyn saja yang mengalah. Aralyn nak hidup dengan tenang dalam rumah ni.
"Bonda dah suruh duduk tu. Ara duduk. Abaikan je mata Aril. Biar nenda korek mata dia tu nanti." Sampuk Nenda Zuraidah yang tak tahu datang dari mana.
Sempat Nenda Zuraidah memukul bahu Ungku Zaril seraya menjengilkan matanya kepada Ungku Zaril. Kemain takut kan anak orang.
Ungku Zara mengemam rapat bibirnya. Kelakar tengok nenda marahkan abangnya itu.
"Ara, duduk sebelah aku." Ungku Zara memanggil Aralyn duduk di sebelahnya.
Tanpa bantahan, Aralyn berjalan ke kerusi kosong di sebelah Ungku Zara. Dah kalau Nenda Zuraidah yang bersuara, memang Aralyn tak boleh nak bantah atau menolak. Nenda Zuraidah tu nampak saja lembut di luaran. Tapi tegas dan garang orangnya.
Mendengus kasar Ungku Zaril apabila melihat Aralyn yang duduk berhadapan dengannya. Kedua matanya dijulingkan ke atas.
"Mana Zidan? Tak bangun lagi?" Tanya Nenda Zuraidah tentang cucunya yang lagi seorang.
"Macam biasa lah, bonda." Jawab Engku Dayana sambil mengeluh perlahan.
Nenda Zuraidah mengangguk faham. Ungku Zidan memang begitu. Orang kata.. I am not morning person. Hanya bangun untuk solat subuh. Lepastu sambung tidur. Tapi selalu kena tarik telinga dengan Nenda Zuraidah dan dipaksa untuk mengaji. Dalam keadaan malas Ungku Zidan buat juga sebelum telinga dia hilang betul-betul.
"Bonda, Zara nak minta izin keluar boleh? Nak cari barang sekolah." Pinta Ungku Zara sambil membuat comel agar Engku Dayana beri izin kepadanya.
"Boleh. Pergi lah." Kata Engku Dayyan memberi izin kepada anaknya.
"Zara bawa Ara juga. Boleh nenda?" Nenda Zuraidah mengangguk sebagai tanda beri izin untuk Ungku Zara membawa Aralyn bersama.
"Yeayy.. terima kasih bonda dan nenda. I love you two so much." Gembira Ungku Zara bila sudah mendapatkan izin dari Nenda Zuraidah dan Engku Dayana.
Aralyn hanya diam dan memberi senyuman nipis kepada Ungku Zara. Bagi Aralyn nasib dia baik sangat kerana diterima dalam keluarga ini walaupun cuma Ungku Zaril yang selalu buat masalah padanya. Kadang-kadang Aralyn nak juga melawan.
Tapi Aralyn sedar yang dia hany menumpang dalam keluarga ni. Aralyn takda tempat nak pergi. Aralyn perlu sedar juga yang dia diambil dan dikutip oleh Nenda Zuraidah. Jadi Aralyn perlu buat baik. Tak kisah lah apa pun yang Ungku Zaril nak cakap.
Aralyn akan jadi diri dia. Suri Aralyn akan menjadi Suri Aralyn. Bukan jadi orang lain. Arwah aboh dan ibu pernah ajar dia supaya jangan kurang ajar pada orang. Terlebih lagi orang yang dah buat baik pada kita. Biar pun umur Aralyn baru 11 tahun. Tapi Aralyn faham sangat.
"Buat semak je bawa budak ni." Tutur Ungku Zaril perlahan. Tapi masih dapat didengari oleh Nenda Zuraidah.
"Zaril." Panggil Nenda Zuraidah sambil memberi jelingan tajam pada cucunya sebagai tanda amaran.
Ungku Zaril diam dan langsung makan. Malas nak kisah dengan amaran Nenda Zuraidah. Bukannya dia takut pun. Ungku Zaril dah bertekad yang dia akan buat Aralyn menyesal tinggal dalam rumah ni.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...