Selepas dua tahun lagi berlalu
📍 KLIA 2
Syukur, Alhamdulillah. Aralyn rasa lega kerana selamat sampai di Malaysia setelah hampir lima tahun dia di England dan menyambung pelajarannya di Manchester. Akhirnya dia balik juga ke negara kelahirannya.
Aralyn rindu sangat dengan Malaysia. Tak sabar nak jumpa Nenda Zuraidah, Engku Dayana, Ku Zara dan Ku Zidan. Mereka semua tahu hari ini Aralyn balik. Cuma Ku Zaril saja yang tak tahu.
Selama beberapa tahun ini mana ada Ku Zaril dan Aralyn berkomunikasi. Walaupun masing-masing ada nombor telefon. Hanya sekadar memantau kegiatan dari laman sosial masing-masing saja.
"Aralyn!" Menjerit Ku Zara memanggil Aralyn. Berpusing kepala Aralyn mencari dari mana punca suara itu datang.
Setelah kelihatan kelibat Ku Zara yang berlari ke arahnya. Aralyn melebarkan senyumannya. Kedua tangan didepakan bagai sedia mahu memeluk Ku Zara.
Ku Zara yang semakin dekat dengan Aralyn langsung dipeluk tubuh Aralyn. Mereka berdua saling berpelukan di tengah-tengah ramainya orang di bangunan KLIA 2 itu. Semua memandang ke arah mereka. Ku Zidan yang berada di belakang sudah menepuk dahinya. Malu lah ada dua orang kakak macam ni.
Boleh ke tak Ku Zidan nak lari? Pastu tak nak mengaku yang dua orang ni kakak dia? Boleh ke? Tolong lah kata boleh. Dah tebal muka dia sekarang. Bukannya orang tak kenal Ku Zidan. Pemain bola sepak Malaysia. Ramai perempuan yang tergila-gilakan Ku Zidan.
Setiap hari ada saja perempuan yang direct message dia di instagram. Tapi semuanya Ku Zidan tak layan. Dan lagi diaorang kenal Ku Zara. Kakak kepada Ku Zidan. Setiap kali ada perlawanan bola sepak. Ku Zara akan hadirkan diri di stadium sebagai bentuk sokongan untuk Ku Zidan.
"Ha!! Rindunya!! Kau sihat ke weh? Makin menaik siak badan kau. Berapa berat? Mesti satu tan." Toya muka Aralyn bila Ku Zara kata berat badan dia satu tan.
Agak-agak lah satu tan. Kalau satu tan.. memang tak lepas aku nak naik kapal terbang. Bukan kata naik saja. Nak masuk dari pintu pun tak lepas. Hish!
"Kuat mengutuk lah kau sekarang ni. Siapa ajar? Astaghfirullah.. kau bergaul dengan siapa ni? Makin buruk perangai kau." Bidas Aralyn semula. Kali ini, Ku Zara pula yang membuat muka toya.
Hampeh betul. Kena balik. Hm..
"Welcome back, kak Ara. I miss you so much." Ucap Ku Zidan seraya memeluk badan kecil Aralyn. Dulu Aralyn rasa dia tinggalkan Ku Zidan takda lah besar macam sekarang.
Sekarang ni.. Ku Zidan semakin membesar ya. Berganda besar dari Aralyn. Tenggelam Aralyn dalam pelukan Ku Zidan. Makin mantap badan Ku Zidan. Sado. Mentang-mentang lah atlet. Kemain badan kau.
"Hari-hari pergi gym ke?" Tanya Aralyn setelah pelukan mereka dilepaskan.
"Asal? Nampak Idan sado en?" Ceh.. bangga lah tu.
"Sado.. memang sado. Apa kata lepas ni Idan jadi player rugbi. Dengan badan saiz besar macam ni boleh dah jadi pemain rugbi. Rempuh orang sana sini. Baru kak Ara sokong. Mantap, Dan." Tergelak Ku Zidan mendegar lawak hambar dari Aralyn.
Ada-ada saja lawak dia. Tak tahu pula duduk England bertahun boleh jadi pelawak.
"Pandai kak Ara bergurau sekarang. Dah lah. Jom." Malas Ku Zidan nak lama-lama dekat situ.
Kamera sana sini. Semua orang dok nak tangkap gambar lah. Ambil video lah. Tahu lah dia hensem. Tapi sabar. Cuba rilek. Jangan kabut. Ku Zidan tak ke mana. Lagi pula kepulangan Aralyn ini tak boleh diketahui oleh Ku Zaril.
Kalau Ku Zaril tahu.. tak jadi lah suprise diaorang. Suprise apa? Suprise hari jadi Ku Zaril hari ini. Aralyn yang nak buat suprise untuk Ku Zaril.
Ikutkan Ku Zara dan Ku Zidan tak nak. Nenda Zuraidah dan Engku Dayana lagi lah tak mahu. Membuang masa. Ku Zaril bukan suka bab-bab kejutan ni. Cukup sambut ala kadar sudah lah. Tak perlu melebih sampai nak beri kejutan tu semua.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...