Sudah dua hari Ku Zaril terlantar baring di atas katil. Langsung tiada tanda mahu sedar. Dua hari juga Aralyn ulang-alik dari rumah ke office dan ke hospital. Setiap hari sama saja keadaan Ku Zaril. Takda perubahan. Hanya sesekali tubuh Ku Zaril memberi respon dalam keadaan mengejut.
Bila terjadi hal begitu, cepat-cepat siapa yang menjaga Ku Zaril perlu memanggil doktor. Takut terjadi apa-apa. Doktor hanya membenarkan dua orang sahaja yang boleh masuk ke bilik wad yang menempatkan Ku Zaril ini. Bila malam hanya seorang sahaja.
Aralyn duduk di kerusi sebelah katil. Tangan Ku Zaril dipegang dan diusap kekura tangan besar itu. Dipandang sayu wajah Ku Zaril. Rindunya dia pada lelaki ini. Tak dapat Aralyn nak menafikan tentang perasaan rindunya itu. Aralyn sangat rindu Ku Zaril.
"Assalamualaikum, abang Aril. Hari ni Ara datang lagi. Abang Aril tak nak bangun ke? Tak rindu Ara? Ara rindu abang Aril. Bangun lah.. abang Aril kata nak kahwin dengan Ara. Ara dah bersedia. Ara minta maaf sebab lambat terima abang Aril semula. Ara cintakan abang Aril.. isk.." Mengalir sayu air mata Aralyn seraya meletakkan dahinya pada tangan kekar itu.
Aralyn sangat menyesal dengan apa yang telah terjadi. Kalau dia tahu jadi begini, Aralyn akan terima Ku Zaril.
Kedengaran suara tangisan Aralyn di ruangan bilik wad itu.
Dalam masa yang sama, mata Ku Zaril mula bergerak dan jemari Ku Zaril turut sama bergerak. Terhenti suara tangisan Aralyn. Pantas Aralyn mengangkat kepalanya dan melihat ke arah Ku Zaril. Dia tak mimpi kan? Ku Zaril bergerak. Dia rasa jari-jari Ku Zaril tadi bergerak.
"Abang.. abang Aril.." Beberapa kali Aralyn memanggil Ku Zaril. Tapi takda jawapan dan tiada respon dari lelaki itu.
Mengeluh Aralyn. Dia mimpi ke tadi? Ke dia berkhayal? Mungkin Aralyn terlalu penat. Ya, dia penat. Itu yang sampai ingat Ku Zaril dah sedar.
Sekali lagi Aralyn meletakkan kepalanya di sisi Ku Zaril. Tangan Ku Zaril setia dipegang dan diusap lembut. Dia rindu pada Ku Zaril. Rindu nak berbual dengan Ku Zaril. Rindu kata-kata dan luahan cinta dari Ku Zaril. Rindu nak tengok Ku Zaril senyum. Rindu nak dengar suara ketawa Ku Zaril. Rindu Ku Zaril yang selalu usik dia. Rindu semua tentang Ku Zaril.
Lama-lama Aralyn terlelap bila asyik melayan perasaan. Sebenarnya dari tadi lagi Aralyn dah mengantuk. Cuma ditahan sebab mahu melihat wajah Ku Zaril.
"Ara.." Perlahan suara Ku Zaril memanggil Aralyn. Tapi mata masih belum dibuka.
"Ara.. jangan tinggal abang.." Ke kanan dan ke kiri kepala Ku Zaril. Dia bermimpi yang Aralyn meninggalkan dirinya.
Cuma malangnya, Aralyn tak dengar kerana sudah lena.
••••••••••
Terjaga Aralyn apabila Ku Zara mengejutkannya. Lantas Aralyn mengangkat kepala lalu direnggangkan sedikit. Rasa sakit leher pula tidur macam ni.
"Pergi balik lah Ara. Malam ni biar aku jaga along. Kesian lah pula dah dua malam ni kau yang jaga." Kata Ku Zara seraya menggosok perlahan belakang badan Aralyn.
Tahu yang Aralyn tengah lenguh badan sebab tidur duduk sambil kepala letak atas katil. Mahu tak lenguh tidur gitu. Memang lenguh lah ceritanya.
"Takpa. Aku jaga." Aralyn menolak tidak mahu. Bagi dia, biarlah dia yang jaga. Aralyn rasa bersalah sangat pada Ku Zaril.
Mengeluh Ku Zara tatkala mendengar tolakan Aralyn. Mana boleh macam tu. Dah dua malam ni Aralyn yang jaga. Kesian Ku Zara tengok Aralyn. Dengan tak cukup tidurnya. Haih.
"Ara jangan degil, boleh? Aku tahu kau nak jaga along. Tapi tolong jaga diri sendiri juga. Ini mesti kau belum makan, kan?" Tebak Ku Zara dan tebakannya betul.
Aralyn masih belum makan lagi. Sejak dari tengah hari. Patut lah perut dia asyik berkeroncong. Sekarang dah rasa pedih sikit sebab tak makan.
"Kau pergi makan dulu. Aku ada bawakan nasi dan lauk tu dari rumah. Bonda bekal kan. Bonda pesan suruh kau makan." Kata Ku Zara sambil menunjuk ke arah mangkuk tingkat yang diletakkan di atas meja sana.
Aralyn memandang sekilas ke arah mangkuk tingkat yang dibawa Ku Zara sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Ku Zaril yang masih terbaring kaku. Pegangan tangan yang sedari tadi tidak lepas. Dipandang seketika sebelum Aralyn mengeluh kecil.
Bila lah Ku Zaril nak sedar? Aralyn tak sabar nak tunggu Ku Zaril sedar. Ada macam-macam cerita yang dia ingin beritahu kepada Ku Zaril termasuk ingin jujur tentang perasaannya dan dia sedia untuk menerima Ku Zaril.
"Ara." Terhenti lamunan Aralyn apabila Ku Zara menepuk bahunya.
"Hm." Berdehem Aralyn menyahut Ku Zara.
"Pergi makan. Pastu kau balik. Malam ni biar aku je yang jaga along." Sekali lagi Aralyn mahu membantah. Tapi cepat dipotong Ku Zara.
"Takda, takda. Dah dua malam kau jaga along. Tidur pun tak cukup. Kau balik malam ni. Biar aku je yang jaga. Kau jangan risau. Apa-apa jadi nanti, aku call kau terus. Kau kena fikir tentang kesihatan kau juga. Aku tahu kau penat ulang-alik office, rumah dan hospital." Bantah Ku Zara tidak mahu Aralyn menolak untuk balik ke rumah.
"Kau betul okay jaga abang Aril?" Tanya Aralyn. Mana tahu Ku Zara ada kerja lain yang perlu dibuat. Kalau ada, lebih baik biar Aralyn yang menjaga Ku Zaril. Biar Ku Zara yang balik.
"Okay lah. Apa yang tak okay nya? Aku semua okay. Kau je yang tak okay sekarang ni." Bukannya Ku Zara tak tahu niat Aralyn tanya dia soalan begitu. Nak halau dia balik lah tu.
Sebelum Aralyn yang halau dia balik. Lebih baik biar dia yang halau Aralyn balik.
Nak tak nak, Aralyn terpaksa akur. Takpa lah. Malam ni saja. Dia pun sangat memerlukan rehat. Dah lah satu hari ni jumpa klien. Penat.
"Okay. Nanti ada apa-apa, bagitahu aku. Call je. Jangan chat." Mengalah juga Aralyn. Malas nak berdebat panjang-panjang dengan Ku Zara. Ada betul juga apa yang dicakapkan oleh Ku Zara tadi. Aralyn perlukan rehat.
"Good. Pergi makan dulu. Pastu baru kau balik." Arah Ku Zara.
Aralyn bangun dari duduknya lalu dibawa langkahnya ke arah meja dan sofa yang ada di dalam bilik wad vvip itu. Aralyn mengambil mangkuk tingkat yang dibawa Ku Zara. Wangi dan sedap bau makanan yang menusuk ke hidungnya. Semerbak. Sungguh dapat menaikkan selera dia.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...