Ku Zaril melihat kesan lebam di leher dan lengan Aralyn. Tak sampai hati Ku Zaril melihat isterinya dalam keadaan sakit begini. Dari tadi Aralyn mengadu kata sakit. Sekarang tidur dah.
Perlahan-lahan Ku Zaril menyapu ubat di leher dan lengan Aralyn supaya isterinya tidak merasa sakit. Bila Aralyn merengek, cepat-cepat Ku Zaril menepuk punggung si isteri agar Aralyn tertidur semula.
Ini pun Ku Zaril keluar pergi ke farmasi selepas Aralyn tertidur. Kalau tidak.. Aralyn mana bagi Ku Zaril pergi mana-mana. Ku Zaril kena duduk dengan dia 24 jam.
"Tsk.. aw, sakit." Mengerang sakit Aralyn jadinya bila Ku Zaril tidak sengaja menekan kesan lebam di leher sang isteri.
Sumpah Ku Zaril tak sengaja. Dia tak perasan yang dia tertekan kuat.
"Shhh.. sorry, sayang. Abang tak sengaja." Ku Zaril memujuk isterinya sembari mendodoikan isterinya lagi. Begitu lah dia sejak tadi.
Rambut Aralyn yang terjuntai di bahagian hadapan muka. Ku Zaril selitkan ke belakang telinga. Ditatap dalam wajah di isteri. Jelas kelihatan kesan lebam yang Farhan buat di leher dan lengan Aralyn.
Aralyn tu dah lah kulitnya putih. Bila kena macam ni. Sangat-sangat jelas kesan tu. Perlahan-lahan Ku Zaril memegang lengan si isteri lalu dicium lengan serta leher isterinya. Kesian Ku Zaril tengok isteri dia. Ku Zaril tak suka tengok Aralyn sakit.
"Abang.." Merengek Aralyn kerana dia merasa susah untuk bergerak ke kiri. Lehernya terasa sangat sakit. Aralyn membuka matanya.
"Ya, sayang." Laju Ku Zaril menyahut panggilan si isteri.
"Sakit." Adu Aralyn dengan wajah berkerut.
"Yang mana sakit? Cakap dengan abang." Dahi Aralyn disentuh Ku Zaril lalu dicium sayang.
"Leher. Sakit.." Terpejam sekejap mata Ku Zaril apabila mendengar suara merintih isterinya ketika itu.
"Abang dah sapu ubat tadi. Nanti hilang sakitnya. Abang jaga sayang." Mengangguk kecil Aralyn.
Setelah itu, Ku Zaril membaringkan dirinya di sebelah sang isteri lalu dibawa Aralyn ke dalam pelukan. Aralyn menyembamkan wajahnya di ceruk leher sang suami. Ku Zaril menepuk perlahan belakang badan isterinya.
"Abang minta maaf sebab lambat. Kalau abang cepat, mesti sayang tak sakit macam sekarang." Kata Ku Zaril dengan rasa bersalah.
Bagi Ku Zaril apa yang terjadi pada isterinya ialah kesalahan dia. Ku Zaril tak boleh nak jaga Aralyn. Sepatutnya Ku Zaril sebagai suami harus melindungi isteri. Tapi tadi? Ku Zaril lambat.
"Ara okay. Abang jangan lah macam ni. Ara sakit sikit je." Balas Aralyn cuba memujuk suaminya. Walaupun dia sendiri tengah sakit.
Aralyn tahu mesti Ku Zaril merasa bersalah dengan atas apa yang terjadi pada dia. Tapi ini bukan salah Ku Zaril. Aralyn sendiri pun tak tahu yang Farhan boleh bertindak gila seperti tadi.
"Tadi bonda call. Abang kena marah dengan bonda. Bonda suruh bawa sayang balik sebab bonda nak jaga sayang. Sementara ni sayang cuti kerja dulu dan stay di rumah family. Abang pun kena pergi Penang. Ada kerja. Okay?" Lantas Aralyn mendongak memandang suaminya.
Terbit senyuman tipis Ku Zaril saat matanya bertembung dengan mata si cantik kesayangan dia. Kenapa lah cantik sangat ni? Tak puas Ku Zaril nak pandang.
"Tak nak.. Ara nak dengan abang." Merengek Aralyn tidak mahu. Sebik bibirnya.
"Sementara je sayang. Bila sayang dah sembuh nanti, abang bawa balik. Abang pergi Penang sekejap je." Bergenang air mata Aralyn bila Ku Zaril tetap dengan keputusan itu.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...