Dah seminggu kehidupan Aralyn dihantui oleh bunga-bunga yang dihantar oleh Ku Zaril. Setiap hari bahkan setiap masa akan ada seseorang yang menghantar bunga kepadanya.
Tak kira lah Aralyn ada dekat mana pun. Di kolej ke, di rumah ke dan di mana-mana. Ada saja orang yang datang hantar bunga. Sampaikan Rania tanya Aralyn. Aralyn tak tahu nak jawab apa. Bukan Aralyn tak nak bagitahu pada Rania. Cuma Aralyn malas nak bagitahu. Tak penting.
Nak kata Aralyn tak takut. Dia takut. Tapi Aralyn tak boleh nak lama-lama rasa takut tu kawal diri dia.
Macam sekarang lah. Aralyn tengah elok duduk di perpustakaan baca buku dan buat rujukan. Tiba-tiba ada seorang perempuan ni tadi hantar bunga. Bila ditanya, katanya kiriman dari seorang jejaka kacak.
Kacak ke? Memang kacak. Tapi menyakitkan hati. Ku Zaril ni nak apa sebenarnya dari dia? Kenapa susah payah sangat hantar bunga bagai ni? Membazir duit lah. Tak perlu pun susah-susah nak hantar.
Mengeluh berat Aralyn. Diambil juga bunga mawar putih itu. Dibaca kad yang terselit di antara bunga-bunga itu.
'Beautiful flowers for beautiful girl❤️.'
From - KZ
Berkerut sedikit dahi Aralyn. Terbit senyuman nipis Aralyn. Aralyn tak tahu apa motif Ku Zaril buat semua ni. Nak ambil hati dia pastu nak main-main kan hati dia ke macam mana? Bila dah dapat nanti dibuang? Ke saja nak mainkan perasaan orang?
"Kalau dari dulu abang Aril macam ni. Ara terima dengan hati yang terbuka. Tapi sekarang semuanya dah lain. Ara dah tak rasa apa." Gumam Aralyn seorang diri. Dipandang bunga mawar itu. Cantik.
Tak lama selepas itu, kerusi kosong di sebelah Aralyn ditarik seseorang. Lantas Aralyn melihat gerangan tersebut. Ku Zaril!
"Hai." Sapa Ku Zaril bersama senyuman kacak mautnya. Ini kalau perempuan lain mesti dah tersungkur jatuh. Tapi Aralyn tak. Dulu ya. Sekarang tak. Hati Aralyn dah keras. Macam batu.
Yeke? Boleh percaya?
Menjeling Aralyn memandang Ku Zaril. Bila masa pula Ku Zaril ada dekat sini? Macam mana dia boleh muncul? Tak reti balik Malaysia ke? Menyemak lah. Sakit mata tengok.
"Ara dah makan?" Tanya Ku Zaril lembut. Disengetkan sedikit kepalanya untuk merenung wajah cantik milik Aralyn.
"Awak nak apa Zaril?" Soalan dibalas soalan. Malas nak layan Ku Zaril.
"Aku nak kau." Menjelek muka Aralyn mendengar ayat Ku Zaril.
"Jijik. Awak tak geli dengan saya ke? Oh lupa. Awak kan yang dah ambil 'dara' saya. Mesti awak nak lagi. Rindu kan tubuh saya. Itu yang awak nak? Sebab tu hantar semua bunga-bunga ni? Buat baik. Tunjuk baik. Bila saya cair, mula lah awak ambil kesempatan lagi. Kan? Betul apa saya cakap?" Hati Ku Zaril terasa dengan bicara Aralyn.
Tapi salah Ku Zaril. Ku Zaril sedar perkara tu. Itu sebab lah Aralyn bercakap seperti sekarang. Ku Zaril tak boleh nak salahkan Aralyn.
"Ara.. aku nak ajak kau lunch je. Takda niat apa pun." Sinis ketawa Aralyn. Buku yang dibaca terus ditutup lalu berpusing menghadap Ku Zaril.
"Takda niat apa-apa. Pura-pura lebih. Saya kenal awak, Zaril. Awak nak apa lagi dari saya? Tak puas seksa saya? Tak puas tuduh saya? Apa lagi yang awak nak tuduh? Tuduh lah. Dekat hati saya ni dah tempat untuk awak gores dan sakitkan. Saya dah lali." Baru saja Ku Zaril mahu membalas Aralyn.
Datang seorang pekerja perpustakaan menegur mereka berdua dan diarah untuk keluar segera jika berbuat bising lagi.
Aralyn yang mendengar itu terus bangun dan berjalan keluar dari perpustakaan. Ku Zaril turut bangun mengekori langkah Aralyn. Sempat Ku Zaril meminta maaf kepada pekerja perpustakaan itu.
"Ara. Ara tunggu kejap." Lengan Aralyn diselar dari belakang. Berpusing Aralyn lalu mukanya tersembam pada dada Ku Zaril. Dapat Aralyn hidu bau wangian Ku Zaril. Aralyn rindu bau ni.
"Ara." Seru Ku Zaril. Perlahan kepala Aralyn mendongak memandang Ku Zaril.
Rambut Aralyn yang menutup sebahagian wajah Aralyn diselitkan ke belakang telinga. Ku Zaril mengusap lembut pipi kanan Aralyn. Sungguh dia rindukan Aralyn.
"Abang rindu Ara." Luah Ku Zaril jujur.
Terkedip-kedip mata Aralyn memandang Ku Zaril. Berdegup laju jantungnya mendengar pengakuan Ku Zaril menyatakan rindu padanya.
Aralyn terus menolak tangan Ku Zaril dari terus menyentuh mukanya dan menolak badan Ku Zaril menjauh darinya. Terundur sedikit ke belakang Ku Zaril jadinya.
"Balik, Zaril. Awak dengan saya takda apa-apa nak dicakapkan." Halau Aralyn tanpa melihat muka Ku Zaril.
"Ara, abang nak cakap dengan Ara. Kita masih ada perkara yang nak dicakapkan. Tolong Ara." Merayu Ku Zaril meminta sedikit waktu dari Aralyn.
"Apa lagi? Awak nak apa lagi? Saya penat lah Zaril. Tolong lah jangan kacau hidup saya. Tiga bulan saya hidup tenang dekat sini. Takda awak. Saya rasa aman sangat. Tapi munculnya awak lagi.. saya rasa.. hidup saya jadi kacau. Pergi lah balik. Saya tak nak jumpa awak. Saya merayu sangat pada awak, Zaril. Balik lah." Lirih suara Aralyn supaya Ku Zaril boleh faham apa yang dia mahukan.
Hati Ku Zaril sangat terasa tatkala mendengar kata-kata Aralyn. Mesti dah banyak sakit yang Aralyn tanggung berpunca dari dia.
"Abang boleh pergi. Tapi bagi abang hari ni je untuk abang spend time dengan Ara. Lepas ni.. abang akan balik Malaysia. Abang takkan kacau Ara dah." Ku Zaril masih berusaha memujuk Aralyn.
Esok dia dah balik ke Malaysia. Sepatutnya dua hari yang lepas. Tapi Ku Zaril menunda waktu balik dia. Ku Zaril minta untuk tinggal beberapa hari lagi di sini. Nasib baik lah waktu nak ke England ada lagi seorang pilot yang mengikut.
"Saya tak nak. Anggap kita tak pernah kenal. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Tidak sempat Ku Zaril mahu menahan Aralyn.
Aralyn lebih laju berlari pergi dan meninggalkan Ku Zaril seorang diri. Bukan Aralyn tak nak spend time dengan Ku Zaril. Tapi apa yang Ku Zaril dah buat pada dia, terlalu menyakitkan.
Sampai bila-bila Aralyn takkan pernah lupa apa yang Ku Zaril dah buat pada dia.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...