- BAB 12 -

2.3K 191 18
                                    

Ku Zaril memegang kertas yang sudah setengah jam berada di tangannya. Ku Zaril tahu dari siapa dan sepuluh minit yang lepas Engku Dayana menelefonnya memberitahu yang Hanis sudah tiada. Terdiam Ku Zaril apabila mengetahui itu.

Dan sekarang Ku Zaril tak tahu ke mana Aralyn pergi. Dia bangun saja tadi Aralyn dah takda di sebelahnya. Semalam elok saja dia tidur sambil memeluk Aralyn.

"Mana kau pergi ni Ara?" Soal Ku Zaril pada dirinya sendiri. Dari tadi Ku Zaril cuba mendail nombor Aralyn. Tapi satu pun tak berangkat. Hanya masuk voicemail saja.

Lama-lama Ku Zaril mencampak telefonnya di atas katil. Bengang. Rambutnya diraupkan ke belakang.

Tak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan di pintu rumahnya. Lantas Ku Zaril bangun dan bergerak menuju ke pintu. Buka saja pintu terus mukanya ditumbuk. Terjatuh Ku Zaril di atas lantai kerana tidak bersedia dengan tumbukan itu.

Ku Zaril melihat gerangan yang berani menumbuknya tadi. Ternyata Ku Kamal. Dapat Ku Zaril lihat wajah bengis Ku Kamal. Di belakang Ku Kamal ada Ku Zara dan Ku Zidan.

"Pahal kau ni?" Tanya Ku Zaril pada Ku Kamal.

"Kau memang kurang ajar, Ril." Balas Ku Kamal tanpa menjawab soalan Ku Zaril tadi.

"Apa masalah kau ni? Tak payah nak serabutkan kepala otak aku lah." Dengus Ku Zaril. Bingkas Ku Zaril bangun dan berdiri di hadapan Ku Kamal.

"Serabut yang along buat sendiri kan?" Tebak Ku Zara dan membuat Ku Zaril bingung.

Kenapa semua orang attack dia ni? Hari ni adalah hari cari masalah dengan Ku Zaril sedunia ke? Dah lah dapat penumbuk. Sakit doh. Tangan Ku Kamal dan Ku Zaril bukan jauh beza saiznya. Besar. Sekali tumbuk boleh patah gigi orang. Berguguran gigi.

"Apa maksud Zara ni?" Berkerut dahi Ku Zaril kerana dia memang tidak faham apa yang dikatakan Ku Zara.

"Zara tahu apa yang along dah buat pada Ara. Along sentuh Ara." Kata Ku Zara. Tidak lepas matanya memandang Ku Zaril.

Terdiam Ku Zaril saat itu bila Ku Zara membuka cerita tentang perkara tersebut. Ku Zaril dah boleh tahu siapa yang bagitahu pada Ku Zara.

"Kau memang bodoh, Zaril. Aku tak sangka yang aku ada sepupu bengap dan sial macam kau ni. Apa salah Ara pada kau? Apa yang dia buat pada kau? Kenapa kau benci sangat dengan dia sampai kau sanggup sentuh dia? Aku tak habis fikir lah dengan diri kau ni. Dari dulu sampai sekarang. Bodoh tu lain kali simpan sikit. Jangan nak ditunjuk sangat bodoh kau tu." Sinis Ku Kamal berkata pada Ku Zaril.

Ku Kamal dah tak kisah dengan siapa dia bercakap sekarang. Mahu pun Ku Zaril tu sepupu dia. Tapi bila dah terlalu melampau sangat. Memang kena. Ikut kan hati Ku Kamal, nak saja dia bagi lagi sebiji penumbuk pada wajah Ku Zaril. Tapi malas. Dia tak nak kotorkan dan sakitkan tangan dia.

"Ara bagitahu?"

"Zara yang paksa Ara." Laju Ku Zara menjawab.

"Mana perempuan tu sekarang? Sebab dia Hanis meninggal." Terlepas tawa sinis Ku Kamal. Menggeleng perlahan kepalanya.

"Ara tu tuhan ke? Ke dia malaikat yang boleh cabut nyawa orang? Haih.. Zaril, Zaril. Kebodohan kau ni memang tak boleh nak dibendung dah ni. Semakin menjadi. Arwah Hanis meninggal sebab dah memang ajal dia. Lagipun arwah Hanis tu memang dah sakit." Bidas Ku Kamal membela Aralyn.

Diam Ku Zaril. Nak cakap lebih pun tak boleh. Memang betul pun apa yang Ku Kamal cakap kan. Ajal tu terletak pada Allah. Bukan pada manusia.

"Mana Ara?" Tanya Ku Zaril ingin tahu ke mana Aralyn pergi. Ku Zaril nak jumpa Aralyn. Bukan sebab nak minta maaf. Tapi sebab nak hukum Aralyn. Ingat Ku Zaril ni insaf ke? Tak.

"Kak Ara dah pergi. Jauh dari sini. Along jangan berangan boleh jumpa kak Ara lagi." Beritahu Ku Zidan dengan riak selamba.

"Pergi mana?"

"Tak payah tahu. Kalau along tahu pun nak buat apa? Nak cari Ara? Nak seksa Ara? Nak 'hukum' Ara?" Perli Ku Zara. Langsung tak peduli tentang perasaan abangnya sendiri.

Mendengus kasar Ku Zaril jadinya. Sebelah tangannya naik menumbuk di dinding. Ku Zaril tak kisahkan tangan dia yang sakit itu. Sekarang ni dia nak tahu mana Aralyn.

Ku Zara terkejut apabila melihat perlakuan abangnya itu. Ku Zara tak pernah nampak Ku Zaril berkelakuan begini. Memang Ku Zaril tu kasar. Tapi tak pernah lagi bersikap begini di hadapannya.

"Susah sangat je nak cakap mana Ara pergi?!" Tengking Ku Zaril.

Pantas Ku Zidan menghalangi Ku Zaril dari mendekati Ku Zara. Ku Kamal pula menahan Ku Zaril. Ditolak badan Ku Zaril. Terkebelakang Ku Zaril jadinya. Mengundur tiga tapak ke belakang.

"Senang je sebenarnya nak bagitahu. Tapi kalau orang tu kau.. jadi susah untuk kitaorang bagitahu. Dah, dah lah Zaril. Buang masa je. Jom kita balik. Nak pergi rumah keluarga arwah Hanis lagi." Ajak Ku Kamal seraya membiarkan Ku Zidan dan Ku Zara berjalan dahulu di hadapannya.

Ku Zaril punya angin bukan boleh di agak. Karang habis Ku Zara. Dah lah tengah angin kus kus dia datang. Ku Zaril ni boleh tahan baran. Sekali dia nak mengamuk. Dia dah tak kisah itu adik ke siapa.

Keluar saja Ku Zara, Ku Zidan dan Ku Kamal dari rumahnya. Ku Zaril menghentak meja makan. Nasib tak berlubang.

"Aku akan cari kau sampai dapat Ara." Bisik Ku Zaril perlahan.

Setelah itu, Ku Zaril mengambil semula surat yang sempat tercampak di bawah meja makan. Ku Zaril buka lalu dibaca setiap bait ayat yang ditulis di atas kertas tersebut.

"Assalamualaikum, Abang Aril. Pertama sekali Ara nak minta maaf jika kedatangan Ara ke dalam keluarga abang Aril adalah sebagai punca dan penyebab abang Aril selalu bergaduh. Ara takda niat nak buat abang Aril bergaduh dengan keluarga sendiri. Kalau boleh diputar waktu, Ara takkan terima nenda untuk ambil Ara sebagai cucu angkat dalam keluarga ini. Ara sedar yang Ara menumpang. Tak pernah sekali Ara lupa tentang kebaikan keluarga ni pada Ara. Terutama nenda dan bonda. Ara berterima kasih sangat. Kedua, tentang perasaan Ara pada abang Aril. Ara minta maaf jika perasaan dan hati Ara ini menimbulkan rasa ketidakselesaan pada abang Aril. Sumpah, demi Allah. Ara langsung takda niat nak rosakkan hubungan abang Aril dan kak Hanis. Malah Ara bahagia tengok abang Aril dah jumpa cinta hati abang Aril. Tapi jodoh tak panjang. Takpa.. yakin pada jodoh Allah. Mungkin Allah nak hadirkan seseorang yang lagi baik untuk abang Aril. Yang pasti bukan Ara. Ketiga, mungkin masa abang Aril baca surat ni, Ara dah pergi jauh. Ara kecewa sangat. Orang yang Ara percaya dan orang yang Ara cinta sanggup buat begini pada Ara. Ara marah. Tapi Ara tak boleh buat apa. Ara harap abang Aril sedar kesalahan abang Aril. Jangan junjung ego terlalu tinggi. Itu je pesanan dari Ara.

From : SA

Habis saja membaca surat yang diberi Aralyn. Ku Zaril menghela nafas berat. Tak tahu nak rasa apa. Semua salah dia. Ku Zaril sedar kesalahan dia. Tapi dia butakan dirinya dan tetap menyalahkan Aralyn.

Sedangkan Aralyn sikit pun takda buat apa. Hanya diam. Bila kena marah dengan Ku Zaril pun Aralyn masih lagi boleh tersenyum. Kalau Ku Zaril dah tak boleh.

Lama Ku Zaril termenung sebelum dia bangun dan pergi membersihkan dirinya. Ku Zaril tak boleh lupa tentang hari ini di mana dia ditinggalkan oleh dua orang perempuan. Yang seorang tu dia sayang, yang seorang lagi dia tak pasti. Tapi kehilangan yang seorang ini pergi tanpa tahu tujuan cukup menyakitkan hati Ku Zaril.

Ku Zaril rasa kehilangan yang melebihi dari arwah Hanis pergi meninggalkan dirinya. Ku Zaril konfius.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now