"Assalamualaikum." Ucap Aralyn yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihat ada Engku Dayana dan Nenda Zuraidah yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama-sama.
Ku Zara tiada. Mungkin di dalam bilik sebab Ku Zara kata ada banyak kerja yang perlu dia siapkan. Ku Zidan pula di rumah sewanya yang diduduki bersama kawan-kawannya yang lain.
Saja Ku Zidan nak merasa duduk luar dengan kawan-kawannya. Kalau ada masa lapang atau dah lama tak balik. Baru Ku Zidan balik. Tapi Ku Zaril pula ke mana? Tak nampak.
"Waalaikumussalam." Jawab Engku Dayana dan Nenda Zuraidah serentak.
Engku Dayana mengukir senyuman manis kepada Aralyn. Ini mesti banyak kerja. Itu yang pukul lapan malam baru balik. Dari tadi Ku Zaril menunggu Aralyn balik.
"Banyak kerja?" Tanya Engku Dayana pada Aralyn.
Aralyn membawa langkahnya mendekati bonda dan nenda. Dekat saja, terus disalam tangan bonda dan nenda sembari mencium kekura tangan kedua orang tua itu dengan penuh rasa hormat.
"Banyak juga lah. Dapat pula Datin Suriani tu. Complain macam-macam. Nak tukar design itu lah ini lah. Pening Ara. Tapi kena layan juga. Klien kan." Beritahu Aralyn selari melabuhkan punggung di single sofa.
"Hm.. patut lah." Dah dapat Engku Dayana agak.
"Kenapa bonda?" Tanya Aralyn.
"Biasa lah. Aril tu. Dari tadi dok menunggu Ara. Call Ara, Ara tak jawab. Chat Ara pun Ara tak balas. Baca je. Merajuk dekat dalam bilik dia." Menggeleng perlahan Engku Dayana apabila mengingat kerenah anak sulungnya itu.
Memang Ku Zaril menunggu Aralyn balik. Dia menghantar mesej dan membuat panggilan terhadap Aralyn pun takda respon. Aralyn hanya baca saja. Lama-lama Ku Zaril merajuk sebab Aralyn kata sekejap. Siap kerja balik.
Tapi sekarang tak. Sampai ke malam Ku Zaril menunggu. Pukul lapan baru balik. Bila nampak kereta Aralyn masuk ke dalam perkarangan rumah tadi. Cepat-cepat Ku Zaril berjalan masuk ke dalam biliknya.
Nak merajuk! Mengada. Lempang kau karang Zaril.
"Nanti Ara pujuk abang Aril." Kata Aralyn sambil mengukir senyuman kecil. Sudah dapat dia agak yang Ku Zaril mesti merajuk dengan dia.
"Haih.. Ara ni rajin melayan perangai mengada Aril tu." Sampuk Nenda Zuraidah dengan matanya masih setia menonton drama.
"Sekejap je tu abang Aril merajuk. Abang Aril mana boleh merajuk lama-lama dengan Ara. Kalau dia merajuk juga, Ara merajuk semula dengan dia." Terletus tawa Engku Dayana dan Nenda Zuraidah.
Macam-macam hal dua orang ni. Yang sorang kuat merajuk. Yang sorang ni balas balik merajuknya. Selalu perempuan yang kuat merajuk. Ini terbalik. Lelaki jadi kuat merajuk.
"Suka hati korang berdua lah. Bonda nak tanya sikit. Boleh?" Mengangguk Aralyn memberi izin kepada Engku Dayana untuk bertanya soalan.
"Ara kan dah terima Aril. Dah pakai cincin yang Aril bagi. Kiranya Ara dan Aril dah bertunang walaupun takda majlis. Tadi bonda ada juga tanya pada Aril sama ada nak buat majlis tunang atau tidak. Aril kata dia ikut Ara. Kalau Ara nak ada majlis tunang, kita buat majlis tunang. Tapi kalau Ara tak nak, Aril nak terus proceed pada majlis nikah. Jadi Ara macam mana?" Ikutkan hati Engku Dayana mahu terus ke majlis nikah.
Tapi tak boleh lah macam gitu. Kena tanya pada tuan badan juga. Kalau Aralyn kata terus ke majlis nikah, mereka akan terus buat majlis nikah. Takda masalah. Money? No problem. Small matter.
"Ara rasa.. terus buat majlis nikah. Lagi satu, Ara cuma nak majlis yang simple. Tak nak bersanding. Buat yang wajib je. Cukup nikah. Itu pun dah memadai bagi Ara." Ujar Aralyn perlahan menyatakan hasratnya yang hanya mahu dibuay majlis nikah sahaja.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...