- BAB 36 -

1.9K 149 4
                                    

Royale High

"Perhatian semuanya." Ucap Rashid tegas selaku ketua di bahagian HR untuk mengenalkan Aralyn pada pekerja-pekerja di bahagian interior art designer sebagai director baru mereka.

Semua pekerja yang berada di ruang department itu masing-masing berpaling dan memandang ke arah Rashid. Semuanya bangun untuk memberi sepenuh perhatian kepada Rashid.

"Kenalkan, ini Suri Aralyn. New director interior art designer department. Harap awak semua boleh beri kerjasama." Tersenyum masing-masing saat Rashid mengenalkan Aralyn kepada mereka semua.

Aralyn disambut dengan hangat. Semuanya menerima Aralyn dengan baik. Ada yang mengucapkan tahniah serta mengajaknya untuk berkawan. Lega hati Aralyn apabila semua perkerja di sini baik-baik dan menerimanya dengan baik juga.

Selepas itu, masing-masing mengenalkan diri mereka kepada Aralyn sambil berbual kosong dan bergurau-senda.

Tak lama kemudian, kedengaran suara tapak kasut yang melangkah masuk dan mendekati Aralyn. Semua perkerja di situ yang melihat kedatangan Ku Zaril terus beriak serius. Pelik Aralyn menengok mereka. Ku Zaril punya muka pun serius. Memang macam ni ke Ku Zaril bila berkerja?

"Dah selesai kenal?" Tanya Ku Zaril pada semua perkerja di situ. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar sambil berdiri tegak di sebelah Aralyn. Terkebil-kebil mata Aralyn tatkala mendengar nada suara Ku Zaril.

Tegas dan serius. Nampak macho betul. Dengan pakaian formal. Kemeja hitam yang dipakai Ku Zaril sangat menampakkan aura yang.. urghhh! Boleh menggoda semua wanita dekat luar sana.

"Dah, Ku Ril." Jawab Husni.

"Boleh saya pinjam director baru korang ni sekejap?" Tanya Ku Zaril lagi.

"B-boleh.. boleh.." Gagap-gagap Husni nak menjawab.

Tanpa banyak kata, Ku Zaril memeluk bahu Aralyn lalu dibawa ke arah bilik pejabat Aralyn yang akan menjadi bilik untuk Aralyn berkerja. Semua yang ada di situ memandang penuh curiga. CEO dan director baru diaorang ni macam ada sesuatu.

"Korang nampak tak apa yang aku nampak?" Soal Husni sambil terus memandang ke arah Ku Zaril dan Aralyn sehingga hilang kelibat mereka berdua yang sudah masuk ke dalam bilik pejabat Aralyn.

"Nampak. Sesuatu lah." Jawab Azira, rakan sekerja Husni.

"Hm.. gosip panas ni." Sampuk Qistina pula selari merenung Husni dan Azira.

••••••••••

Masuk saja ke dalam bilik pejabat Aralyn. Ku Zaril terus memeluk Aralyn dengan erat. Mukanya disembamkan pada bahu Aralyn. Terpinga-pinga Aralyn dibuatnya. Bingung dengan sikap Ku Zaril yang sekarang.

"Awak okay ke?" Tanya Aralyn.

"Tak." Jawab Ku Zaril sepatah.

"Kenapa?" Soal Aralyn lagi.

"Abang takut." Berkerut sedikit dahi Aralyn. Takut? Ku Zaril takut apa?

"Awak takut kenapa?" Tanyanya lagi.

"Abang takut Ara pergi. Pagi tadi abang bangun, Ara takda. Masa breakfast.. abang tak nampak Ara. Abang ingat Ara pergi tinggalkan abang." Luah Ku Zaril sembari mengeratkan lagi pelukannya itu.

Aralyn yang mendengar bicara Ku Zaril barusan terus merasa kasihan. Sebelah tangannya naik mengelus belakang badan tegap Ku Zaril bagaikan mahu menenangkan dan meredakan rasa takut yang Ku Zaril hadap sekarang.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now