- BAB 53 -

2.3K 159 6
                                    

Menggeliat Aralyn bangun dari lenanya. Terkenyit-kenyit mata Aralyn sembari Aralyn mengenyeh sekejap. Tapi ada satu tangan yang menahan dari Aralyn mengenyeh mata.

Berpaling kepala Aralyn memandang suaminya. Ku Zaril senyum ke arah Aralyn seraya mencium dahi Aralyn. Terpejam seketika mata Aralyn apabila mendapat ciuman itu.

Pagi-pagi dah kena cium. Suka lah.

"Lena tidur?" Tanya Ku Zaril. Ditarik tubuh isterinya supaya lebih dekat dengannya.

Aralyn berpusing menghadap suaminya. Dimainkan jawline Ku Zaril. Saja. Aralyn suka tengok jawline suami sendiri. Perfect.

"Lena. Sangat-sangat lena. Tapi lenguh badan." Tersungging terus senyuman nakal Ku Zaril. Lenguh badan kenapa? Ehem! Semalam lah punya pasal.

Galak sangat goda dia. Memang habis-habisan Ku Zaril 'kerjakan' isterinya. Merintih, meraung, mendesah, menjerit dan semuanya Ku Zaril dengar dari mulut Aralyn.

"Kenapa lenguh badan?" Saja Ku Zaril soal. Walhal dah tahu jawapan.

Malu Aralyn bila suaminya bertanya begitu. Memerah pipi dia. Aralyn menggigit bibir bawah.

"Nak goda abang lagi ke?" Aralyn mengangguk perlahan.

"Nak lagi?" Aralyn angguk sekali lagi. Saja nak mengusik suaminya.

"Nakal isteri abang ni." Tersengih lebar Aralyn. Dia pun terkejut juga dengan diri sendiri sebab pandai menggoda suami. Mungkin berkat dia belajar dari instagram dan twitter.

Itu yang terfikir nak goda suami semalam. Dah alang-alang Ku Zaril pun semalam balik dari gym gaya macam nak menerkam dia. Aralyn pun onz saja lah. Tak salah nak goda suami sendiri. Yang salah goda suami orang.

Jangan ya dek, yaaa..

"Macam mana sayang boleh terfikir nak goda abang semalam?" Soal Ku Zaril ingin tahu.

Aralyn meletakkan dagu di atas dada bidang suaminya selari mendongak merenung sang suami.

"Sebab Ara tak boleh tidur. Lepastu Ara terfikir yang.. Ara tak bagi hak abang. Ara rasa berdosa." Jujur Aralyn.

"Abang tak nak paksa sayang. Tapi kenapa sayang boleh terfikir sampai macam ni sekali? Hm?" Menjuih bibir Aralyn. Bahunya diangkat sedikit.

"Pukul berapa dah?" Tanya Aralyn.

"6 pagi, sayang." Jawab Ku Zaril. Menguap besar Aralyn. Cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu dah pukul 6 pagi.

"Jom lah bangun. Kita mandi. Nanti nak solat subuh lagi." Ujar Aralyn sembari bangun dari baringannya.

Selamba saja perlakuan Aralyn. Ku Zaril yang menelan air liur kerana terasa payau saat melihat belakang badan isterinya yang putih melepak dek kerana Aralyn masih tidak memakai apa-apa. Lingerie Aralyn semalam dah kena koyak.

Aralyn nak marah pun tak boleh. Tapi Ku Zaril dah janji nak beli yang baru. Jadi.. Aralyn akan shopping beli lingerie baru menggunakan kad suaminya. Ada suami. Kita keruk lah bagi habis.

Kalau bukan isteri yang habiskan duit suami, takut nanti perempuan lain yang tolong habiskan. Tak boleh jadi..

"What? Kenapa pandang Ara macam tu?" Memincing mata Aralyn merenung si suami yang tak berkelip memandang dirinya.

"Sayang sedar tak yang sayang.. masih lagi tak pakai baju?" Aralyn menunduk memandang badannya.

"Sedar. Kenapa pun? Kita berdua je. Lagipun abang kan suami Ara. Tak haram untuk abang pandang dan tak haram juga untuk Ara bogel depan abang." Terdiam terus Ku Zaril. Takda kata-kata yang mampu diucapkan.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now