Dah tiga bulan Aralyn balik ke Malaysia dan mula berkerja. Alhamdulillah.. semuanya dilancarkan. Hubungan dia dengan Ku Zaril semakin hari bertambah rapat. Selalu saja keluar berdua. Ku Zaril kata dating.
Orang-orang di syarikat pun dah mula bercakap tentang mereka berdua. Tapi bercakap hal yang baik saja lah. Kalau dengar hal yang buruk tu masing-masing senyap.
Pernah sekali ada seorang perempuan ni bercakap buruk tentang Aralyn. Katanya Aralyn saja rapat dengan Ku Zaril sebab nak goda Ku Zaril. Masa tu juga kena pecat. Berani-berani cakap macam tu pasal Aralyn.
Sejak dari hal yang itu lah, takda siapa berani nak bercakap buruk tentang Aralyn. Sebab yang diaorang kena hadap bukan Aralyn. Tapi Ku Zaril.
Dan hari ni adalah hari minggu. Hari untuk berehat setelah lima hari berkerja. Dapat lah Aralyn berehat dengan membuat aktiviti yang dia suka. Apa dia? Melukis lah. Itu kan hobi dia.
Menyenget kepala Aralyn tatkala sedang fokus pada lukisannya yang sedang membuat sungai. Comot tangannya dengan watercolor.
Satu lagi, Aralyn langsung tak perasan yang kegiatannya itu diperhati oleh seseorang. Mata orang tersebut langsung tak berkelip. Intens dia merenung Aralyn. Dari jauh pun Aralyn tetap kelihatan cantik.
"Haih.. along, along. Dulu benci. Sekarang angau." Tegur Ku Zidan setelah berdiri di sebelah abangnya.
Berpaling sekejap kepala Ku Zaril memandang si adik. Ku Zidan lengkap memakai baju T dan berseluar track. Nak pergi latihan lah ni. Tapi berhenti sekejap nak usik abang yang tengah usha anak dara orang.
"Along akui yang dulu along bodoh." Puas hati Ku Zidan saat mendengar pengakuan abangnya itu.
Ya. Abangnya memang bodoh dulu. Bodoh sampai tak boleh nak hargai orang. Lagi-lagi orang tu ialah Aralyn. Teruk sangat Aralyn kena dulu dengan Ku Zaril.
"Ini yang Idan nak dengar. Bagus lah sebab along mengaku yang along ni dulu bodoh. Sia-siakan perempuan secantik dan sebaik kak Ara." Santai saja Ku Zidan membalas dan mengiyakan kata-kata abangnya.
"Idan nak pergi mana? Training?" Ku Zaril tak boleh nak marah adik dia. Apa yang Ku Zidan cakapkan barusan memang betul. Nak membantah atau menafikan pun tak boleh.
"Hm. Along tu." Berkerut dahi Ku Zaril. Kenapa dia pula? Apa yang dia buat? Dipandang adiknya.
"Kenapa dengan along?" Ku Zaril menunjuk diri dia.
"Cepat-cepat lah propose kak Ara. Dari asyik usha kak Ara jauh-jauh je buat apa? Dah jadi suami isteri kan senang. Boleh tengok dekat-dekat." Sengaja Ku Zidan mengusik Ku Zaril.
Toya muka Ku Zaril jadinya. Kalau lah senang. Dah lama dia propose Aralyn. Mungkin sekarang dah jadi suami isteri pun.
"Dah banyak effort along bagi. Along harap cepat lah lembut hati Ara." Menjuih bibir Ku Zidan. Memang jelas dia tengok effort yang Ku Zaril beri kepada Aralyn.
Tapi Aralyn sengaja keraskan hati. Mungkin Aralyn takut nak tunjuk perasaan sebenarnya lagi. Itu yang Ku Zidan nampak lah. Dan bila ditengok-tengok pun Aralyn seperti tidak pernah buang pun perasaan cinta untuk Ku Zaril.
"Semoga ya? Kak Ara tu sejenis lembut hati. Along kena usaha lebih. Along kena ingat.. apa yang along buat dulu, sakit tau. Kak Ara yang hadap benda tu. Nasib baik lah kak Ara tak mengandung. Cuba along bayangkan kalau kak Ara mengandung. Agak-agak lah apa yang kak Ara kena buat? Apa lagi yang dia kena tanggung? Lain kali along.. fikir sebelum buat. Dulu Idan tak boleh cakap macam ni sebab Idan rasa tak perlu Idan masuk campur. Lagipun Idan muda lagi masa tu. Sekarang ni.. Idan perlu cakap supaya along boleh sedar. Walaupun along dah sedar kesalahan along." Macam mana sekali pun, Ku Zidan bangga dengan perubahan Ku Zaril.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...