- BAB 50 -

2K 147 6
                                    

Memuncung bibir Aralyn melihat biskut Tiger dan biskut chipsmore di tangan kiri dan kanannya. Dia tak tahu nak ambil yang mana satu. Dua-dua kegemaran dia. Selalunya Aralyn akan ambil dua-dua. Tapi hari ini Aralyn rasa nak buat pilihan. Walaupun macam tak menjadi.

Lama-lama Aralyn mula mengeluh bila pilihannya tidak berjaya. Kedua-dua makanan ringan itu dimasukkan ke dalam troli. Aralyn dan Ku Zaril bergerak ke supermarket untuk membeli barang dapur selepas mereka berdua selesai makan di restoran.

Tapi sekarang ni, Ku Zaril mana? Hilang pula orang tua tu. Tadi kata nak ke tandas sekejap. Nasib baik mereka pergi ke mall yang dalamnya ada supermarket.

Masalahnya dah nak dekat setengah jam Ku Zaril menghilang ni. Mana lah pergi suami hensem dia ni? Aralyn merasa keseorangan sangat.

Handphone nya yang berada di dalam handbag, Aralyn bawa keluar lalu mendail nombor suaminya. Tapi tidak dapat. Ku Zaril tak mengangkat panggilannya. Tiga kali Aralyn call, takda satu pun yang berjawab.

"Mana abang pergi ni?" Gumam Aralyn sendiri. Rasa macam nak menangis lah pula. Nanti karang orang-orang tanya mana mak. Dah lah Aralyn ni muka babyface. Tinggi pun tak membantu dia. Haih..

Baru saja Aralyn mahu mendail sekali nombor Ku Zaril. Namanya dipanggil dari arah belakang. Lantas Aralyn berpusing memandang figura yang memanggilnya itu.

Ternyata Farhan, musuh Ku Zaril dari zaman sekolah. Boleh pula terserempak masa ni. Dah lah Ku Zaril takda. Aralyn masih ingat apa yang Farhan pernah cakap pada dia beberapa tahun lepas di restoran hotel itu.

"Kau Aralyn kan?" Farhan bertanya sekali lagi kerana mahukan kepastian. Tapi rasanya dia tak silap orang ni. Dia kenal wanita di hadapannya ini.

Aralyn membiarkan saja soalan Farhan. Matanya meliar mencari keberadaan sang suami. Harap-harap lah Ku Zaril cepat. Aralyn takut ni.

"Aku tahu. Kau Aralyn walaupun kau tak jawab soalan aku tadi." Terbit senyuman senget Farhan seraya mendekatkan dirinya dengan Aralyn. Aralyn perasan akan pergerakan Farhan yang mahu merapatkan jarak mereka.

Pantas Aralyn berjalan menjauhi Farhan lalu beredar dari tempat itu. Farhan yang melihat Aralyn pergi, Farhan tidak duduk diam. Dia mengejar langkah Aralyn dari belakang. Bahkan dilajukan kakinya supaya dapat berjalan berdampingan dengan Aralyn.

"Kau nak pergi mana? Aku ada depan mata kau ni." Farhan memegang troli yang ditolak Aralyn. Serta-merta kaki Aralyn terhenti. Semakin berdebar hati Aralyn kerana merasa takut sangat.

"Le-lepas. Saya takda masalah dengan awak." Balas Aralyn berani. Padahal hati dia dah dipalu rasa takut yang sangat kencang.

Aralyn hanya mahukan Ku Zaril. Tolong lah Ku Zaril cepat.

Ketawa Farhan saat mendengar suara lembut Aralyn meminta lepas. Rasa kelakar dan comel sangat. Farhan macam nak ngap Aralyn. Yalah, Ku Zaril dah dapat. Takkan dia tak. Mesti lah kena 'rasa' juga.

"Cantik sangat kau ni. Untung siapa yang dapat kau." Ujar Farhan selari mendekati Aralyn dan mengepung Aralyn sehingga Aralyn tak boleh lari.

"A-awak nak apa? Sa-saya takda m-masalah dengan awak. Le-lepaskan saya." Jujur Aralyn takut sangat. Dia berharap agar ada yang membantunya. Tapi malang sebab dia berada di hujung rak. Jauh dari orang ramai walaupun orang dalam supermarket ni ramai.

Sekali lagi Farhan mengetawakan Aralyn. Rasa lucu sangat. Farhan menilik seraut wajah yang cantik dan mulus di hadapannya sekarang. Patut lah Ku Zaril overprotective sangat dengan Aralyn dan tak bagi sesiapa ganggu Aralyn.

Aralyn terlalu cantik. Kulit putih mulus. Tangan kanan Farhan naik mengusap pipi kiri Aralyn. Tetapi Aralyn menepis kasar tangan Farhan dari terus mengusap pipinya.

"Patut lah.. Zaril tu jaga kau. Kau cantik sangat. Jujur ni. Tapi.. lagi cantik bila kau.. bagi aku badan kau. Baru cun." Menelan air liur Aralyn mendengarkan hal tersebut.

Gila! Lelaki ni gila.

Baru saja Farhan mahu memegang tangan Aralyn. Ada satu tangan kekar menarik kolar bajunya. Tercampak ke belakang Farhan. Nasib baik tidak jatuh. Farhan melihat figura yang berani menariknya. Rupa-rupanya Ku Zaril.

Bengis wajah Ku Zaril. Tajam mata dia merenung Farhan. Memang panas hati dia apabila melihat Farhan dekat dengan bininya. Punya lah Ku Zaril mencari Aralyn sampai pusing satu supermarket besar ni. Rupa-rupanya isteri dia kena tahan dengan jantan tak guna ni. Ku Zaril nampak muka ketakutan isterinya.

"Apa hak kau nak sentuh isteri aku?" Tanya Ku Zaril dengan nada tertahan. Ku Zaril tak nak sampai dia hilang sabar dekat sini.

Kalau dia hilang sabar, memang pecah muka Farhan dia kerjakan. Jangan dibuat gila baran Ku Zaril. Sikap baik, romantik, lembut, manja dan penyayang itu semua hanya untuk Aralyn saja.

"Isteri?" Terkejut Farhan saat mendengar bicara Ku Zaril. Farhan tak salah dengar kan? Aralyn.. isteri kepada Ku Zaril?

"Ya. Isteri. Perempuan yang kau nak sentuh ni isteri aku. Masalah bagi kau?" Cepat-cepat Aralyn menghampiri suaminya lalu dipeluk dari belakang. Aralyn menyembamkan mukanya di badan belakang suaminya.

Dapat Ku Zaril rasa badan Aralyn yang menggeletar. Mesti Aralyn takut sangat. Ini semua salah Ku Zaril. Kalau dia tak lambat tadi, mesti Aralyn tak rasa takut macam sekarang.

"Wah.. dah jadi isteri. Serius kau dengan perempuan ni? Aku ingat kau buat macam pakaian buruk. Dah guna, buang. Rupanya tak. Jadi kesayangan terus." Sinis Farhan berkata. Tersenyum senyuman senget di bibirnya.

Bengang pula Ku Zaril dengar begitu. Isteri dia kena hina. Tapi sabar Ku Zaril. Ini tempat awam. Kau nak belasah dia sampai lunyai sekali pun, jangan dekat tempat begini. Bahaya. Lagi pula ramai yang kenal Ku Zaril.

"Mulut kau diam. Sebelum aku pecahkan muka kau." Kata Ku Zaril seraya memandang lebih tajam ke arah Farhan sambil tangannya menindih tangan kecil sang isteri yang berada di pinggangnya.

"Haduh.. macam mana ek? Aku boleh diam kalau.. kau bagi aku rasa isteri kau." Farhan menjilat bibir sambil matanya menatap ke belakang Ku Zaril. Dilihat Aralyn yang menyorokkan diri di belakang Ku Zaril.

"Kau memang babi, sial." Aralyn menahan suaminya dari maju ke hadapan untuk menghajar Farhan.

Bukan kerana Aralyn takut atau apa. Tapi ini di tempat awam. Kalau boleh jangan menimbulkan sebarang kekecohan. Aralyn tak nak suaminya kenapa-kenapa.

Ku Zaril yang faham akan isterinya. Langsung mematikan niat dia. Tapi Ku Zaril tahu apa yang dia perlu buat.

Tanpa sebarang kata, Ku Zaril meleraikan pelukan si isteri lalu digenggam tangan isterinya. Dibawa Aralyn pergi menjauh dari tempat itu. Semua barang yang berada di dalam troli tadi, Ku Zaril menolak menggunakan satu tangannya lagi.

Suka Farhan melihat wajah bengang Ku Zaril. Selepas itu, Farhan mengalihkan pandangannya memandang Aralyn. Kecil molek. Badan mantap. Cuma bezanya Aralyn dah bertudung. Itu yang Farhan tidak berapa cam pada mulanya.

"Aku akan dapatkan kau, Aralyn." Gumam Farhan perlahan.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now