Laju langkah Ku Zaril berjalan di sepanjang koridor hospital. Tadi Ku Zaril dapat panggilan dari Hawa, adik Hanis beritahu yang Hanis dimasukkan ke hospital. Hanis pengsan di rumah.
Ku Zaril yang berada di tempat kerjanya terus bergegas balik dan bergerak ke hospital. Hati Ku Zaril rasa tak tenang bila diberitahu Hawa tentang Hanis.
"Hawa." Panggil Ku Zaril. Menoleh kepala Hawa memandang Ku Zaril yang baru sampai.
Pantas Hawa bangun dan merapati Ku Zaril. Dapat Ku Zaril lihat riak kerisauan yang terpeta di wajah Hawa ketika itu.
"Hanis mana? Macam mana dia boleh masuk hospital?" Tanya Ku Zaril risau.
"Kak Hanis pengsan. Hawa takut. Ibu dan abi on the way ke mari." Kata Hawa dengan mata yang bergenang dengan air mata.
"Hanis sakit apa?" Tanyanya lagi. Hawa diam. Hawa tak tahu nak cakap apa. Walaupun dia ada jawapan. Tapi Hawa bukan orang yang tepat untuk beritahu penyakit Hanis pada Ku Zaril.
"Hawa, cakap pada abang Ril. Hanis sakit apa?" Hawa diam lagi.
"Hawa." Tegas suara Ku Zaril menyebut nama Hawa.
"Kak Hanis memang ada cakap pada abang Ril yang dia sakit. Tapi dia tak bagitahu sakit apa. Tolong lah Hawa. Kak Hanis sakit apa?" Memang Hanis ada beritahunya tempoh hari yang dia sakit. Tapi Hanis tak beritahu tentang penyakitnya. Hanis hanya cakap yang dia inginkan Aralyn menjadi pengganti dirinya dan menjadi isteri kepada Ku Zaril. Itu saja.
Tak lama kemudian, Aralyn sampai dan berdiri tepat di belakang Ku Zaril. Hawa yang melihat kedatangan Aralyn terus pergi ke Aralyn. Dipeluk Aralyn dengan erat. Aralyn membalas pelukan Hawa.
Berpusing Ku Zaril melihat Aralyn yang berada di sini. Lagi terkejut bila melihat Hawa memeluk Aralyn. Hawa dan Aralyn saling kenal? Berkerut dahi Ku Zaril. Apa semua ni?
"Kak Hanis dah okay?" Tanya Aralyn pada Hawa. Menggeleng kepala Hawa.
Selepas itu, Hawa merenggangkan pelukan dan dipandang wajah Aralyn. Ada setitis air mata yang jatuh di pipi Hawa. Aralyn usap air mata itu.
"Kak Hanis kuat. InsyaAllah, dia boleh lawan penyakit tu. Hawa jangan risau. Hawa kena percayakan kak Hanis." Ujar Aralyn memberi kata-kata semangat kepada Hawa.
Ku Zaril yang mendengarkan itu langsung menyunggingkan senyuman sinis. Aralyn tahu tentang penyakit Hanis. Sedangkan dia tunang Hanis pun tak tahu. Aralyn siapa pada Hanis?
"Apa semua ni? Kau tahu pasal penyakit Hanis?" Bengang Ku Zaril rasakan sekarang.
Beralih pandangan Aralyn kepada Ku Zaril. Kosong perasaannya saat dia melihat Ku Zaril di hadapan mata. Bukan lagi seperti dulu.
"Memang Ara tahu. Kak Hanis sakit kanser rahim tahap 4." Jujur Aralyn tanpa gentar dan membalas renungan tajam dari Ku Zaril. Buat apa juga Aralyn nak rasa takut pada Ku Zaril? Lepas ni Aralyn akan pergi jauh dari Ku Zaril. Jadi Aralyn kena berani.
"Kenapa semua orang kena sorokkan benda serius ni dari aku?" Tanya Ku Zaril. Aralyn hanya sekadar mengangkat kedua bahunya. Dia takda jawapan untuk soalan Ku Zaril barusan.
Mendengus kasar Ku Zaril. Dijeling tajam wajah Aralyn sebelum Ku Zaril duduk di kerusi menunggu. Hawa dan Aralyn diam seraya duduk juga di kerusi menunggu. Aralyn ada di sini juga kerana Hawa yang menelefonnya.
Hawa dan Aralyn memang saling kenal kerana Hanis yang mengenalkan mereka berdua. Sejak dari itu lah Aralyn dan Hawa jadi rapat. Aralyn dah anggap Hawa seperti adik sendiri.
Tak lama kemudian, Ku Zaril bangun selari menarik tangan Aralyn untuk mengikutnya. Ketat genggaman tangan Ku Zaril pada pergelangan tangan Aralyn. Aralyn tak boleh nak lepaskan dirinya dari Ku Zaril.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...