📍 England
Rania masuk ke dalam bilik Aralyn sambil membawa sejambak bunga mawar putih. Diletakkan bunga tersebut di atas meja belajar Aralyn. Terkalih kepala Aralyn memandang Rania dan diarah pula pandangannya pada bunga mawar itu.
Bunga lagi?
Ini mesti Ku Zaril yang hantar. Walaupun bukan hari-hari. Tapi setiap satu minggu pasti akan ada satu kali atau dua kali orang hantar bunga pada Aralyn.
"Bunga mawar putih lagi?" Tanya Rania seraya melabuhkan punggung di birai katil.
"Hm. Bunga yang sama lagi." Acuh tak acuh Aralyn menjawab. Bukan malas nak melayan Rania. Tapi Aralyn bosan dengan bunga yang dihantar oleh Ku Zaril.
Rania masih tidak tahu yang bunga itu adalah kiriman dari Ku Zaril untuk Aralyn. Kalau Rania tahu apa agaknya reaksi Rania? Tentang Aralyn jumpa Ku Zaril di supermarket pun Rania tak tahu.
"Penghantar misteri? Secret admirer?" Aralyn sekadar mengangkat kedua bahunya.
"Tu ada kad. Tak nak baca?" Aralyn mengerling sekilas kad yang terselit di antara bunga-bunga tersebut. Aralyn dah nampak dari tadi lagi. Tapi diabaikan saja kad itu.
"Malas. Biar lah dulu." Balas Aralyn perlahan.
"Orang yang sama ke hantar?" Terlepas keluhan panjang dari celah bibir Aralyn.
"Entah lah, Nia. Aku tak nak ambil tahu. Kalau kau nak sangat bunga ni, kau ambil lah." Malas Aralyn nak melayan soalan-soalan dari Rania.
Mencebik bibir Rania bila Aralyn tidak mahu melayannya. Selepas itu, Rania bangun dari duduknya dan berlalu keluar dari bilik Aralyn. Sempat dia menjeling tajam ke arah Aralyn.
Aralyn memandang kepergian Rania dari ekor matanya. Tak tahu lah kenapa malas nak melayan Rania. Sejak-sejak akhir ni Rania pun dah banyak berubah. Selalu annoying. Lepastu selalu banyak tanya pasal Ku Zaril sejak dari Aralyn tunjuk gambar Ku Zaril minggu lepas. Rania lah yang beria sangat nak tahu muka Ku Zaril.
Bila dah tahu dok puji-puji hensem lah tinggi lah muka nampak baik lah dan bla bla bla. Aralyn jadi tak suka bila Rania terlalu puji Ku Zaril. That's my man! Stay away from my man!
Selepas itu, Aralyn bangun dari kerusinya lalu ditutup pintu bilik. Usai itu, Aralyn kembali semula ke meja belajarnya dan diambil bunga mawar putih itu. Dicium bauan yang terbit dari bunga tersebut. Wangi.
Kad yang terselit diambil Aralyn lalu dibuka dan dibaca. Terbit senyuman nipis Aralyn.
'Semoga Ara diberi kebahagiaan yang tak terhingga sebab Ara layak untuk bahagia ❤️. Abang Aril minta maaf. I miss you 😊.'
From - KZ
Ku Zaril tak pernah tertinggal kata maaf di dalam kad setiap kali beri Aralyn bunga. Berusaha betul dia minta maaf. Tapi Aralyn ragu-ragu nak maafkan atau tidak.
Takut sekarang saja beria minta maaf. Tapi nanti buat semula perangai lama. Aralyn dah serik. Ku Zaril red flag.
Bunga itu diletak semula di atas meja dan Aralyn menyambung menyiapkan kerjanya. Nanti-nanti lah dia letak bunga mawar tu dalam pasu bunga. Nak buang, sayang pula. Cantik. Lagipun bunga tu takda salah.
••••••••••
📍 Malaysia
Ku Zara berjalan mendekati Ku Zaril. Dekat saja terus ditepuk bahu tegap abangnya itu. Menoleh kepala Ku Zaril memandang Ku Zara yang sedang tersenyum ke arahnya.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...