- BAB 69 -

1.5K 159 3
                                    

Rania menghentak kasar stereng keretanya. Dia tak suka. Semua rancangan dia, semuanya tak berjaya. Takda satu pun yang berjaya. Dari dulu sampai sekarang asyik Aralyn saja yang dimenangkan.

Mendengus kasar Rania apabila teringat tentang wajah Aralyn yang tersenyum suka saat di dalam pelukan Ku Zaril. Aralyn menangis. Tapi senyum pada dia. Itu tandanya apa? Aralyn puas. Aralyn suka dia kena tindas.

Rania benci Aralyn. Mungkin sekarang ni Aralyn rasa yang dia dah menang. Tapi tunggu lah. Rania akan balas semuanya. Rania takkan biarkan Aralyn menang lagi.

"Kurang ajar." Marah Rania. Mukanya jelas terpancar rasa amarah.

"Kenapa? Kenapa semua orang kena pilih kau? Eii.. aku benci kau!" Menjerit Rania di dalam kereta seorang diri.

Dia memukul-mukul stereng kereta sehingga langsung tak kisah tangannya yang sakit. Sebab hati dia lagi sakit. Bagai dirobek-robek gayanya tu. Sakit sangat.

••••••••••

Berdehem Ku Zaril saat melihat isterinya melamun dan duduk di birai katil. Tersentak Aralyn. Berpaling kepala Aralyn memandang suaminya yang sedang berdiri sambil bersandar pada dinding.

"Buat apa tu?" Tanya Ku Zaril pada Aralyn.

"Takda buat apa. Duduk je." Jawab Aralyn perlahan seraya mengukirkan senyuman kecil untuk suaminya.

Selepas itu, Ku Zaril berjalan mendekati sang isteri. Dia tahu yang Aralyn ada apa-apanya. Mana mungkin isteri dia boleh kata takda apa-apa lepas apa yang berlaku tadi. Ku Zaril tahu juga Aralyn terasa dengan kata-kata perempuan durjana tu.

Tapi ingat Ku Zaril akan diam? Jawapannya tak. Awal-awal lagi Ku Zaril dah menelefon Ikram untuk settle kan Rania. Hanya sebut nama saja. Ikram tahu apa akan buat.

Bila Ku Zaril dah sebut nama. Maka, Ikram tahu apa yang dia perlu lakukan. Ku Zaril bukan orang yang lepas tangan bila melibatkan keluarga. Terutama melibatkan Aralyn. Kesayangan dia tu.

Dekat saja, terus Ku Zaril duduk di hadapan isterinya. Aralyn merenung wajah tampan milik Ku Zaril. Tangan kanan Ku Zaril naik mengelus lembut pipi Aralyn sebelum dihadiahkan senyuman manis buat isterinya.

"Abang tahu sayang tak okay. Tapi abang nampak apa yang sayang buat tadi." Berkerut sedikit Aralyn. Ku Zaril nampak apa? Nampak yang Aralyn tarik rambut Rania? Halah.. benda kecil.

Memang patut Aralyn tarik rambut Rania sebab kurang ajar sangat. Bagus.

"Abang nampak yang sayang senyum dekat dia masa dia nak balik. Senyuman kepuasan. Tapi abang suka. Good, wife. I am proud of you." Ku Zaril membelai atas kepala Aralyn.

Ku Zaril sangat bangga pada isterinya. Dalam diam isteri dia ni ganas juga. Bukannya lembut semata. Bagus. Ku Zaril suka bila tengok isteri dia menarik rambut Rania tadi.

Masa awal Ku Zaril sampai dan melihat kejadian tersebut. Serius Ku Zaril terkejut yang isteri dia seganas itu. Tapi Ku Zaril sangat bangga. Sekurang-kurangnya isteri dia pandai melawan. Ku Zaril suka tengok isteri dia seperti itu.

"Abang bangga dengan Ara?" Ku Zaril mengangguk.

"Tapi Ara dah malukan abang." Terbit senyuman tipis Ku Zaril.

"Nope. Sayang tak malukan abang pun. Malah sayang buat abang bangga. Abang suka tengok sayang tarik rambut perempuan tu. Kalau abang yang tarik.. entah-entah botak dah perempuan tu." Terletus tawa Aralyn. Kelakar.

Tak dapat Aralyn bayangkan kalau Rania botak. Dah lah muka awam. Pastu botak. Sangat awam. Tapi rare sebab susah nak jumpa perempuan botak.

"Ketawa pun isteri abang ni." Ku Zaril mencuit hujung hidung Aralyn. Tersengih suka Aralyn jadinya.

"Jangan sedih-sedih. Lepas ni.. kalau dia cakap sayang macam tu lagi. Sayang tampar je. Biar senget mulut." Sekali lagi Aralyn ketawa. Ku Zaril bagi izin untuk lempang muka Rania.

Yeayyyy!!!

Bagus Ku Zaril ni. Support isteri. Sukanya, sukanya.

"Terima kasih sebab ada selalu dengan Ara." Ucap Aralyn ikhlas. Tangan kanan Ku Zaril disalam lalu dicium kekura tangan suaminya.

Aralyn sayang sangat pada Ku Zaril. Ku Zaril adalah suami dia. Suami yang perlu dia taat dan sayang serta cinta sepenuh hati. Mungkin di awal perkenalan mereka agak kurang baik. Tapi Aralyn yakin di akhir cerita pasti ada kebahagiaan yang menanti.

Ini lah kebahagiaan yang dikatakan Aralyn. Aralyn tak pernah sangka yang dia akan rasa bahagia seperti sekarang. Apatah lagi dengan lelaki yang sudah meragut sesuatu yang berharga dalam diri dia. Tapi Aralyn redha, terima dan sabar. Jadi ini lah hasil dia.

Terbit senyuman Ku Zaril melihat isterinya yang mencium tangan dia. Ini isteri dia. Wanita dia. Ku Zaril perlu menjaga dan melindungi isteri dia. Tak kisah apa jua keadaan. Kalau Ku Zaril perlu korbankan nyawa. Ku Zaril sanggup.

Angkat saja kepala, dahi Aralyn disapa dengan bibir Ku Zaril. Lama Ku Zaril mencium sang isteri sebelum dia menjarakan bibirnya lalu dilekapkan dahi mereka bersama.

"You are my wife. I will protect you no matter what happen. I love you so much, sweetheart." Tersipu malu Aralyn jadinya. Memerah pipi dia. Mata mereka berdua saling berbalas renungan.

Renungan yang penuh sarat dengan rasa cinta, kasih dan sayang. Terukir senyuman manis di bibir Ku Zaril mahu pun Aralyn.

"I love you too, my husbaby." Mengecil mata Ku Zaril saat mendengar panggilan yang diberi isterinya untuk dia.

Husbaby? Wow! Aralyn tak pernah panggil dia dengan panggilan manis macam ni. This is first time. So, he should be happy and proud.

"Husbaby eh?" Aralyn angguk sambil menggigit sedikit bibir bawahnya. Dia malu. Tapi suka.

"Come here." Laju tangan Ku Zaril menggeletek pinggang Aralyn. Mengekek Aralyn ketawa. Terus terbaring Aralyn di atas katil. Nak mengelak pun tak boleh. Ku Zaril laju sangat nak geletek dia.

"Hahahahahahaha!! Abang! Stop! Hahahahah!" Ketawa besar Aralyn sambil mengelak dari digeletek Ku Zaril.

Tapi apalah sangat dia nak mengelak pun. Macam takda effort nak mengelak. Tenaga pun dah takda. Habis sebab gelak. Lama-lama Aralyn redha saja lah.

Selepas beberapa minit, Ku Zaril berhenti dari terus menggeletek isterinya. Kesian isteri dia penat. Rambut pun dah serabai. Ku Zaril membetulkan rambut sang isteri dan dicium dahi Aralyn. Ku Zaril turut membaringkan diri di sebelah Aralyn lalu dibawa Aralyn ke dalam pelukan.

"Sayangnyaaaa dengan dia ni." Kata Ku Zaril selari mengeratkan pelukannya.

Suka Aralyn mendengar bicara suaminya barusan. Dia membalas pelukan sang suami lalu diletakkan kepalanya di atas dada Ku Zaril. Dapat Aralyn dengar suara degupan jantung Ku Zaril yang sangat menenangkan jiwa dan hatinya.

"Ara pun sayanggg abang." Balas Aralyn tak kalah manis.

Seusai itu, mereka berdua saling berbalas kata-kata cinta dan mengenang perkara lama. Yang pastinya semua yang manis-manis.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now