- BAB 32 -

2.3K 165 8
                                    

"Bro." Ku Kamal datang menegur Ku Zaril yang sedang duduk seorang diri di sofa yang ada di ruang tamu. Dari tadi mata Ku Zaril tak lepas dari terus merenung Aralyn.

Bukan Ku Kamal tak nampak. Jelas sangat dia tengok Ku Zaril pandang Aralyn. Macam nak tembus pun ada. Kalau mata Ku Zaril ada laser, mungkin Aralyn dah terbelah dua atau tiga atau empat. Entah lah. Yang pasti Ku Zaril perlu kawal diri. Tak boleh pandang anak dara orang macam tu.

Tersentak Ku Zaril dari lamunannya. Terus dia berpaling memandang Ku Kamal yang sudah duduk di sebelahnya.

"Hm." Sahut Ku Zaril.

"Tak baik pandang Ara macam tu." Kata Ku Kamal seakan memberi hint supaya Ku Zaril tidak merenung Aralyn seperti tadi.

"Aku takut dia hilang. Sebab tu aku pandang." Tergelak perlahan Ku Kamal. Ada pula macam tu.

"Over lah kau ni. Tak ke mana pun Ara kau tu." Tersenyum Ku Zaril saat mendengar kata 'Ara kau'. Ya, Ara milik dia. Milik Ku Zaril. Takda siapa boleh ambil Aralyn dari dia.

"Hampir lima tahun dia pergi. Kau rasa aku tak takut ke nak hilang dia lagi? Mesti aku takut. Aku tak nak dah dia pergi." Jujur Ku Zaril tanpa rasa malu.

Ku Zaril dah tak kisah orang nak kata. Nak kata yang dia jilat ludah sendiri. Nak cakap yang dia terhegeh-hegeh dengan Aralyn. Nak cakap yang dia kemarukkan Aralyn. Atau sebagainya. Cakap lah. Apa yang Ku Zaril tahu.. dia cintakan Aralyn.

"Cepat-cepat lah, Ril. Tak larat aku nak tengok kau macam ni." Kata Ku Kamal seraya menyuap sesudu kek ke dalam mulutnya.

Serius Ku Kamal cakap. Dia penat tengok Ku Zaril menunggu Aralyn. Bila Aralyn ada depan mata, Ku Zaril pandang bagai nak tembus. Macam orang angau pun ada. Teruk sangat dah ni.

"Aku nak cepat. Tapi Ara. Aku perlu utamakan dia. Aku tak nak silap langkah, nanti aku juga yang hilang dia lagi." Mengangguk faham Ku Kamal. Dia yang bertahun-tahun melihat kesengsaraan Ku Zaril apabila ditinggalkan Aralyn dulu.

Macam orang gila mencari Aralyn. Tapi Ku Kamal dengan mudahnya pergi gagalkan rancangan Ku Zaril. Saja nak mengajar Ku Zaril. Biar dia tahu rasa sedih. Biar Ku Zaril faham perasaan Aralyn.

"Sekarang kau dah belajar dari kesilapan lah ni?" Tanya Ku Kamal seakan memerli pun ada. Tambah lagi dengan senyuman mengejeknya itu.

Menjeling Ku Zaril pada Ku Kamal. Nak perli orang pula. Ada yang makan kaki ni kang. Pastu senyum-senyum. Bukan senyuman ikhlas. Tapi senyuman mengejek. Tatit ati Ku Zaril.

Manja kali dia.

"Rilek lah. Lagi santai kawan." Selepas itu, Ku Kamal ketawa. Suka usik Ku Zaril. Tu lah.. dulu kemain cakap tak suka lah tak nak lah. Sekarang macam orang separuh gila bila perempuan yang dia sayang, pergi dari dia.

"Diam lah kau. Bising je." Bengang Ku Zaril.

Usai itu, Ku Zaril mengambil sebiji buah anggur merah lalu dimasukkan ke dalam mulut Ku Kamal yang tengah galak ketawa itu. Terus terbatuk-batuk Ku Kamal. Nasib baik tak tercekik.

"Uhuk! Uhuk! K-kau n-nak b-bunuh aku ke? Uhuk!" Tanya Ku Kamal.

Ku Zaril hanya membuat riak biasa. Over. Siapa yang nak bunuh dia? Ku Zaril tak hamak lagi dengan gelaran pembunuh tu. Tak terfikir pun nak jadi pembunuh.

"Balasan untuk kau. Gelak kan aku lagi." Kata Ku Zaril tanpa ada perasaan.

••••••••••

Perlahan-lahan Aralyn melangkah mendekati Ku Zaril. Di tangannya ada satu kotak yang bersaiz sederhana sebagai hadiah untuk diberi kepada Ku Zaril. Aralyn harap Ku Zaril boleh terima pemberian dia ini.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now