- BAB 40 -

2.1K 171 17
                                    

Aralyn baru saja selesai dari acara mandiannya. Dia melangkah keluar dari bilik air lalu berjalan ke arah penggantung. Digantung tuala mandinya lalu Aralyn bergerak menuju ke katil.

Sampai saja di katil, terus Aralyn merebahkan badannya di atas katil. Terasa lega sangat. Segala rasa sengal dan lenguh, hilang serta-merta.

"Huh! Leganya." Aralyn merenggangkan sedikit badannya. Dia menggeliat di atas katil.

Tiba-tiba Aralyn teringat Ku Zaril. Rindu. Tapi Ku Zaril di hospital. Masih belum sedar. Agak-agak bila lah Ku Zaril nak sedar? Walau macam mana pun, Aralyn tak boleh bosan untuk menunggu Ku Zaril bangun dari tidurnya itu.

Aralyn perlu bersabar dan terus bersabar. Kalau selama ini Ku Zaril dah boleh sabar tunggu dia. Kenapa Aralyn tak boleh nak sabar tunggu Ku Zaril? Kan?

Selepas itu, Aralyn mencapai handphone miliknya lalu dibuka aplikasi whatsapp dan dicari nama kontak Ku Zara. Jumpa saja terus Aralyn menghantar beberapa mesej kepada Ku Zara.

Aralyn
- Zara, abang Aril okay?
- Dia tak apa-apa kan?

Ku Zara 🌸
- Along okay.
- Kau jangan risau. Dia selamat dengan aku😂.
- Takut sangat buah hati dia tu kenapa-kenapa. Halah.

Aralyn
- Mesti lah. Kesayangan aku tu. Jaga elok-elok.
- Esok pagi aku datang sana tengok ada calar sikit, aku sekeh kepala kau.

Ku Zara 🌸
- 🙄🙄🙄
- Yalah. Mana nak sayang aku dah sekarang. Asyik sayang along je.

Ketawa Aralyn apabila membaca mesej dari Ku Zara. Merajuk pula mak cik seorang ni. Biar lah. Nanti-nanti saja Aralyn pujuk. Lagipun tahu yang Ku Zara bukannya merajuk betul. Main-main saja.

Gajet nipis itu ditutup lalu diletakkan di sebelah. Penat melanda diri. Kantuk pun sudah menjegah. Dah pukul 10 malam. Patut lah mata ni terasa berat sangat.

Dalam sedar tak sedar. Mata Aralyn mulai merasa kuyu. Perlahan-lahan mata cantik itu tertutup.

••••••••••

Ku Zara memandang Ku Zaril yang sedang duduk di atas katil. Ku Zara menaikkan kedua keningnya sebagai tanda bertanya puas hati. Terbit senyuman nipis Ku Zaril membalas adiknya.

"Kenapa tak nak Zara bagitahu Ara yang along dah sedar?" Tanya Ku Zara.

Alhamdulillah. Ku Zaril dah sedar. Selepas satu jam Aralyn balik. Tiba-tiba Ku Zaril meracau dan membuka mata. Ku Zara yang jadi kelang-kabut masa tu. Panggil doktor. Tekan button merah banyak kali. Keluar bilik wad Ku Zaril sambil jerit-jerit panggil doktor dan nurse.

Mana tak kelang-kabut Ku Zara jadinya bila Ku Zaril tiba-tiba meracau. Dah lah dia sorang-sorang. Kalau ada peneman, okay lagi.

"Saja. Esok kan dia datang." Jawab Ku Zaril dengan gaya bersahaja.

"Kena heart attack lah esok dia tengok along dah sedar. Along tahu tak? Ara tu hari-hari tunggu along bangun. Masa along accident tu, dia pun hampir nak accident sebab drive dalam keadaan menangis dan kelang-kabut. Kalau tidak, dah ada dua katil dalam bilik ni. Nasib baik dia tak apa-apa. Sekarang along buat dia macam ni pula. Ara dah rasa bersalah sangat-sangat sampai salahkan diri sendiri sebab rasa diri dia tu punca along accident. Dua hari dia jaga along. Makan tak teratur. Tidur pun tak cukup. Baru tadi ni dia balik pergi rehat dan tidur. Itu pun Zara paksa dia." Beritahu Ku Zara panjang lebar.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now