Mengeluh Aralyn. Sepatutnya dia keluar dengan Ku Zara. Alih-alih kena keluar dengan Ku Zaril. Ku Zara ada kerja penting kena buat. Staff dia call tadi katanya ada masalah kena selesaikan.
Dan lagi satu masalah ialah Ku Zaril langsung tak lepaskan tangan dia. Dari dalam kereta sampai dah keluar kereta, asyik pegang tangan dia saja. Aralyn nak bergerak ke sana dan ke sini pun tak senang.
"Ara ada nak beli apa-apa?" Tanya Ku Zaril setelah berhenti dari terus berjalan. Ku Zaril berdiri memandang Aralyn.
Menjuih bibir Aralyn selari meliarkan matanya kalau-kalau dia ada yang mahu dibeli. Tak lama selepas itu, mata dia terpandangkan kedai make up sephora. Bersinar mata dia tatkala melihat kedai itu. Syurga bagi semua wanita. Masuk dalam tu.. mesti sesat.
Sebelum masuk pastikan baca bismillah. Takut tak jumpa jalan keluar.
"Tu. Saya nak pergi kedai tu." Aralyn menunjuk ke arah kedai make up sephora itu kepada Ku Zaril.
Ku Zaril mengerling sekilas. Nak pergi sephora rupanya. Tanpa banyak kata, Ku Zaril langsung menarik Aralyn dan melangkah menuju ke sephora. Berkerut sedikit ruas dahi Aralyn. Ku Zaril tak kisah ke dia nak pergi sephora?
"Sekejap awak." Terhenti kaki Ku Zaril. Dia mengangkat kedua alisnya bagaikan tanya kenapa.
"Awak tak kisah ke saya nak pergi sephora ni?" Soal Aralyn. Yalah.. lelaki kan mana suka bila perempuan pergi sephora. Malas nak teman lah. Katanya lama lah nanti bila dah masuk.
Tapi Ku Zaril ni biasa saja. Siap boleh tarik dia lagi. Langsung tak cakap apa. Komplain sikit pun tidak. Ke ni awal-awal saja? Bila dah lama nanti baru komplain? Hm?
"Tak. Kenapa abang kena kisah?" Jawab Ku Zaril mudah. Takda langsung riak malas ke serabut ke rimas ke. Hanya biasa.
"Lelaki kan tak suka bila perempuan masuk tempat-tempat macam ni. Katanya nanti lambat. Lepastu merimaskan. Takda faedah pun." Kata Aralyn seakan mengadu seperti budak kecil.
Terbit senyuman nipis Ku Zaril. Nipis saja lah. Orang lain tak nampak. Aralyn saja yang nampak. Senyum macam tu pun dah dapat memikat hati. Kalau Ku Zaril senyum lebar iaitu senyum maut kekacakan dia tu sampai keluar lesung pipi. Bukan setakat Aralyn saja yang cair. Semua perempuan yang ada dalam mall ni mesti cair.
Nanti Aralyn juga yang cemburu. Jadi lebih baik Ku Zaril senyum nipis saja. Tak perlu senyum maut kekacakan tu sehingga menampakkan lesung pipi. Aralyn tak suka kongsi.
"Lelaki mana yang cakap macam tu?" Tanya Ku Zaril ingin tahu. Lelaki mana pula yang cakap macam ni?
"Tak tahu. Tapi semua lelaki kan macam tu."
"Abang pula ada cakap?" Menggeleng Aralyn.
"Jadi bermakna abang tak kisah. Ara nak pergi sephora beli barang make up kan? Jom je lah. Abang tak kisah pun nak kena teman Ara walaupun berjam-jam dalam kedai tu. Asalkan Ara happy, abang pun happy. Sebab abang tahu.. nak bahagiakan seorang perempuan ni senang je. Diaorang ni tak perlukan barang mahal pun, cuma nak kan perhatian dan masa dari pasangan. So.. abang cuba untuk jadi seorang lelaki yang sentiasa mengutamakan perasaan dan meluangkan waktu serta beri perhatian pada Ara. Sebab abang cintakan Ara sangat-sangat." Jelas Ku Zaril supaya Aralyn faham apa yang ada di dalam hatinya.
Tersipu malu Aralyn tatkala mendengar bicara panjang lebar dari Ku Zaril. Aralyn nampak keikhlasan dan ketulusan dari sebalik mata redup Ku Zaril.
"Tapi Ara bukan siapa-siapa pada abang." Balas Aralyn dengan nada sedikit sedih.
"Siapa cakap? Suri Aralyn adalah suri hati Ungku Zaril. Bermakna Ara sangat istimewa di hati abang." Rambut Aralyn yang terjuntai di hadapan dahi, Ku Zaril selitkan ke belakang telinga.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...