- BAB 52 -

2.3K 155 14
                                    

Terkejut Aralyn tatkala mendengar bunyi pintu dibuka dengan kuat. Nasib baik remote yang dipegang tidak tercampak ke atas. Aralyn mengurut dadanya.

Kusss.. semangat.

Setelah itu, Aralyn melihat suaminya yang melangkah masuk ke dalam rumah. Paling Aralyn tak faham kenapa muka suaminya bengis sangat? Ada apa-apa yang terjadi ke? Tadi Ku Zaril kata nak jumpa Ku Kamal di gym.

"Abang." Aralyn menegur suaminya. Terhenti langkah Ku Zaril. Berpaling kepala Ku Zaril memandang sang isteri yang turut merenungnya.

Laju Ku Zaril mengorak langkah mendekati Aralyn. Dekat saja terus dirangkul pinggan Aralyn dan dicium bibir Aralyn. Terkejut Aralyn dengan tindakan tiba-tiba suaminya ini. Dan secara tiba-tiba juga Aralyn teringat tentang hal yang lalu.

Sama seperti sekarang. Ku Zaril mencium bibir dia dan memaksa diri dia untuk melakukan hubungan intim itu. Aralyn takut dengan Ku Zaril yang sekarang.

"Ab-abang.. l-lepas.. abang!" Aralyn menolak badan tegap suaminya. Dia berusaha untuk melepaskan dirinya. Tapi tenaga Ku Zaril lebih kuat jika mahu dibandingkan dengan dirinya.

Aralyn memukul-mukul bahu Ku Zaril sampai lah Aralyn dan Ku Zaril terpisah lalu Aralyn menampar pipi kanan Ku Zaril. Baru lah Ku Zaril sedar dengan apa yang dia lakukan.

"S-sayang." Perlahan-lahan Ku Zaril cuba mendekati isterinya. Tapi Aralyn mengundur tidak mahu Ku Zaril datang dekat dengannya.

"A-Ara tak nak. Ja-jangan de-dekat den-dengan Ara." Pinta Aralyn selari menitik setitis air matanya.

Ku Zaril yang melihat isterinya menangis mula merasa bersalah. Kenapa dia bodoh sangat buat isteri dia macam ni? Kenapa dia lepaskan pada Aralyn? Kenapa dia perlu berkasar dengan Aralyn? Bermacam-macam soalan yang bermain di fikirannya.

"Sayang, abang tak sengaja. Abang minta maaf. Jangan jauhkan diri dari abang." Ku Zaril merayu sangat supaya Aralyn tidak menjauhkan diri darinya. Sakit hati Ku Zaril saat melihat air mata sang isteri yang jatuh kerananya.

"Ab-abang buat Ara takut.." Menggigil suara Aralyn.

Langsung Ku Zaril menghampiri sang isteri lalu dipeluk Aralyn dengan sangat erat. Puncak kepala isterinya dicium dengan penuh kelembutan. Ku Zaril sedar yang dia dah buat salah dan membangkitkan semula rasa trauma Aralyn.

"Abang minta maaf, sayang. Abang minta maaf sangat." Belakang badan Aralyn diusap lembut. Bahu Aralyn dicium juga.

Menggogoi Aralyn menangis di dalam dakapan Ku Zaril. Walaupun Aralyn tidak memberontak saat Ku Zaril memeluknya, Aralyn tetap mahu lepas. Tapi badannya menjadi kaku. Malah Aralyn berasa selamat bila dipeluk oleh Ku Zaril.

Ku Zaril pula setia memujuk isterinya. Selepas itu, Ku Zaril melabuhkan punggung di atas sofa dan dibawa Aralyn duduk di atas pahanya. Pelukan masih lagi tidak lepas.

"Abang minta maaf.." Ucap Ku Zaril lagi. Pelukan dileraikan dan Ku Zaril menekup kedua pipi Aralyn lalu diusap lembut kedua pipi isterinya.

Sungguh Ku Zaril sangat merasa bersalah ketika berkasar dengan isterinya tadi. Matanya menatap penuh ke dalam mata Aralyn. Mereka berdua saling berbalas pandangan. Sebik bibir Aralyn.

"Abang minta maaf. Sayang maafkan abang?" Menggeleng kepala Aralyn.

"Tak nak maafkan abang?" Aralyn menggangguk pula.

"Abang janji yang abang takkan buat lagi. Maafkan abang, please? Hm? Sayang manja abang ni." Ku Zaril menggeselkan hidungnya dengan hidung Aralyn.

"Kalau abang buat juga?" Tanya Aralyn perlahan.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now