- BAB 41 -

2K 156 9
                                    

Diam saja Aralyn menyuap Ku Zaril makan. Ku Zaril pula yang rasa tak tenang. Selepas sahaja sesi luahan pagi tadi, Aralyn terus senyap.

Bercakap hanya sepatah saja bila Ku Zaril bertanya. Ku Zaril merasa sangat bersalah dan tidak tenang apabila Aralyn bersikap begini. Ku Zaril mahukan Aralyn yang ceria dan banyak bercakap. Bukan senyap.

"Abang dah kenyang." Kata Ku Zaril seraya menolak perlahan tangan Aralyn yang baru saja ingin menyuapnya lagi.

"Okay." Balas Aralyn lalu diletakkan semula sudu itu ke dalam pinggan.

"Ara." Seru Ku Zaril apabila Aralyn mahu bangun. Tangan Aralyn dipegang. Berpusing Aralyn memandang Ku Zaril dengan riak biasa. Walhal Aralyn rasa nak menangis.

Ku Zaril tipu dia. Ku Zaril boleh pura-pura berlakon hilang ingatan. Aralyn dah rasa macam nak pengsan tadi kalau Ku Zaril betul-betul sampai hilang ingatan dan lupakan Aralyn. Aralyn tak tahu nak buat apa.

"Ara marah abang?" Menggeleng perlahan kepala Aralyn.

Mukanya dihadapkan ke bawah. Antara malu dan sedih. Malu untuk tunjuk muka sendu dia. Sedia kerana ditipu oleh Ku Zaril. Apa pasal Ku Zaril boleh terfikir nak tipu dia ni? Mana dapat idea kurang bernas tu?

"Pandang lah abang. Abang tengah cakap dengan Ara ni." Menggeleng lagi kepala Aralyn tidak mahu.

Mengeluh berat Ku Zaril dibuatnya. Salah dia. Ya, salah dia. Kalau dia tak tipu Aralyn mesti Aralyn asyik pandang dia. Tidak seperti sekarang. Menunduk. Muka sendu. Sedih. Haih..

"Dah tak sudi nak tengok muka abang ke?" Soal Ku Zaril sengaja bertanya soalan itu.

Lantas Aralyn mengangkat kepalanya untuk memandang Ku Zaril. Bukan tak sudi nak pandang. Tapi Aralyn malu.

Terukir senyuman kecil di bibir Ku Zaril saat melihat segenap wajah cantik itu. Mata mereka berdua saling bertaut rapat seakan memberi panahan cinta antara satu sama lain.

"Ara nak pulangkan barang abang." Kata Aralyn selari mematikan renungan mereka berdua.

Aralyn mengeluh poket baju cardigan miliknya lalu diambil barang yang ada di dala poket dan dihulur kepada Ku Zaril. Ku Zaril sekadar memandang sahaja. Takda niat untuk ambil pun.

"Ini barang abang. Ara pulangkan semula." Ujar Aralyn lagi sembari mendekatkan barang tersebut kepada Ku Zaril.

Sekotak cincin baldu yang berwarna merah itu diberi kepada Ku Zaril. Ku Zaril kenal kotak cincin ni.

"Ini barang Ara. Bukan barang abang." Mengangguk perlahan kepala Aralyn tanda mengerti. Tapi tetap saja Aralyn mahu memulangkan semula.

"Tapi Ara tak nak." Terngadah seketika Ku Zaril apabila Aralyn berkata begitu.

"Kalau orang tu berniat nak bagi pada Ara. Sepatutnya orang tu kena sarungkan cincin ni dekat jari manis Ara. Bukannya suruh Ara sendiri yang sarungkan. Hm.." Sambung Aralyn seraya mencebikkan bibirnya. Matanya dikelipkan beberapa kali.

Muka Ku Zaril yang beriak serius tadi mula berubah. Tersimpul senyuman manis yang terukir cantik di bibirnya.

"Main-main lah. Abang ingat Ara tolak abang lagi." Ketawa perlahan Aralyn. Takut sangat Aralyn tolak Ku Zaril lagi.

"Ara tak boleh jauh dari abang Aril. Abang Aril dah seumpama separuh nyawa Ara. Jadi tolong jangan letakkan diri abang Aril dalam bahaya lagi. Cukup lah yang sekarang. Ara tak sanggup nak hadap perkara yang sama. Ara masih belum bersedia untuk hilang abang Aril dari hidup Ara. Jadi janji dengan Ara untuk jaga diri abang Aril selalu." Terharu Ku Zaril mendengar.

"Abang pun tak boleh jauh dari Ara. Janji juga dengan abang jangan tinggalkan abang lagi. Ara pun separuh dari nyawa abang. I love you, my sweetheart." Balas Ku Zaril seraya mengambil cincin itu dari tangan Aralyn lalu disarungkan pada jari manis kanan Aralyn.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now