- BAB 4 -

1.8K 148 5
                                    

Perlahan-lahan Aralyn melangkah mendekati Engku Dayana yang sedang duduk berseorangan di balkoni. Dekat saja Aralyn menegur Engku Dayana. Berpaling kepala Engku Dayana memandang Aralyn.

Terbit senyuman di bibir Engku Dayana saat melihat Aralyn. Tangannya menggamit Aralyn untuk datang lebih dekat padanya. Aralyn akur.

"Bonda nak air? Ara buatkan untuk bonda." Pelawa Aralyn. Mana lah tahu Engku Dayana haus dan ingin minum sesuatu.

"Tak. Bonda tak haus. Duduk sebelah bonda." Engku Dayana menarik perlahan tangan Aralyn untuk duduk di sebelahnya.

Aralyn akur lagi. Dia duduk di sebelah Engku Dayana. Tiba-tiba hatinya dirundung rasa rindu pada arwah Puan Jasnita. Engku Dayana ni bagaikan arwah Puan Jasnita kerana mempunyai sikap yang hampir sama. Disebabkan itu lah Aralyn rasa selesa sangat bila berada dekat dengan Engku Dayana.

"Anak bonda yang cantik manis ni sihat?" Tanya Engku Dayana seraya membelai lembut kepala Aralyn.

"Sihat. Kenapa bonda tanya Ara soalan tu?" Pelik Aralyn bila Engku Dayana menanyakan soalan tersebut.

"Saja. Kepala ni okay? Sakit lagi?" Menggeleng perlahan Aralyn. Kepalanya disentuh dan diusap oleh Engku Dayana. Aralyn tak dapat nak tangkap kenapa Engku Dayana tanya soalan begini.

"Kamal bagitahu bonda yang Aril baling bola kena kepala Ara. Bonda risau. Tapi syukur lah kalau Ara rasa dah okay. Kalau Ara kata tak okay. Memang bonda pergi jumpa Aril, bonda pulas-pulas telinga dia. Biasa buat anak bonda ni." Tergelak kecil Aralyn saat mendengar kata-kata Engku Dayana.

Ku Zaril nak kena tarik telinga? Lambat lagi. Ki Zaril tu pandai mengelat dan cari alasan. Nanti mula lah dia bagi alasan tak perasan lah, tak nampak lah dan blah blah blah. Takda guna pun pulas telinga Ku Zaril sampai putus sekali pun.

Sebab Aralyn tak rasa yang Ku Zaril akan berubah dan mula jadi baik pada Aralyn. Ku Zaril nak tengok muka Aralyn pun tak nak. Walhal tinggal sebumbung. Tapi Ku Zaril kan.. hm.

"Tak sakit pun bonda. Sikit je. Abang Aril tak baling kuat sangat pun." Tipu. Padahal sakit awal-awal kena tu. Cuma sekarang dah tak rasa sakit lah.

"Lega bonda dengar. Lepas ni.. kalau abang Aril ada buat apa-apa pada Ara. Bagitahu bonda. Tahu lah bonda nak ajar dia." Tergelak perlahan Aralyn bila melihat Engku Dayana memasang wajah garang. Comel lah bonda ni.

"Terima kasih, bonda." Ucap Aralyn seraya memeluk Engku Dayana.

Engku Dayana senyum sambil membalas pelukan Aralyn. Dicium puncak kepala Aralyn dan dibelai lembut. Walaupun Aralyn bukan anaknya. Tapi Engku Dayana sayang sangat pada Aralyn.

"Dah. Pergi masuk tidur. Esok nak sekolah lagi. Karang bangun lambat." Kata Engku Dayana selari melepaskan pelukan tersebut.

"Okay, bonda. Selamat malam. Assalamualaikum." Kekura tangan Engku Dayana dicium Aralyn. Sejuk hati Engku Dayana melihat perlakuan Aralyn. Mesti arwah ibu bapa Aralyn yang ajar Aralyn. Anak-anaknya takda pun yang macam ni.

Tapi Engku Dayana tak boleh nak membandingkan anak sendiri dengan anak orang. Semua orang ada cara didikan masing-masing. Sama juga dengan Engku Dayana.

Selepas itu, Aralyn berjalan masuk ke dalam rumah. Engku Dayana memerhati anak angkatnya itu sehingga hilang figura Aralyn di sebalik pintu.

Engku Dayana melepaskan nafas lelah. Dipandang langit malam yang diterangi bintang-bintang. Cantik langit malam ini. Cuaca pun rasa segar.

"Abang tengok lah Aril tu. Buli anak orang je kerja dia. Kalau ada abang ni.. mesti dia tak berani nak buat. Yana dah tegur banyak kali. Satu pun tak masuk dalam kepala otak dia." Kata Engku Dayana sendirian seakan sedang mengadu pada suaminya, Ungku Zaki.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now