- BAB 19 -

2.1K 178 4
                                    

Ku Kamal datang menghampiri Ku Zaril yang sedang duduk di meja yang agak tersorok di dalam restoran mewah ini. Dekat saja terus ditepuk perlahan bahu Ku Zaril untuk menyedarkan Ku Zaril tentang kedatangannya.

Berpaling kepala Ku Zaril memandang Ku Kamal yang sudah duduk di hadapannya. Air teh lemon yang dipesan oleh Ku Zaril untuk Ku Kamal disedut sedikit bagi melegakan tekaknya.

Ufttt.. sejuk dan lega bila air melalui rongga tekak. Dah lah cuaca tengah panas sekarang ni. Rasa macam dekat padang pasir. Tak perlu Ku Kamal nak pindah padang pasir sebab dekat Malaysia saja dah boleh rasai kepanasan yang sama seperti di padang pasir.

"Ada apa nak jumpa aku?" Soal Ku Kamal. Kedua tangannya naik memeluk tubuh dan matanya menatap tepat ke wajah Ku Zaril.

"Aku tahu apa kau buat selama ni. Kau culik budak yang aku bayar untuk cari Aralyn. Pastu kau bayar budak tu lima kali ganda dari yang aku bayar. Kenapa kau buat macam tu?" Terasa bengang Ku Zaril saat dia tahu perkara tersebut.

Berani Ku Kamal kacau kerja dia. Memang minta nak kena pijak ke macam mana? Dah lama hidup agaknya Ku Kamal ni.

"Memang aku buat. Sebab aku tak nak kau kacau Ara. Ara sendiri minta supaya kau tak tahu dia ada dekat mana. So? Kau nak pukul aku? Pukul lah. Aku tak heran." Tenang saja Ku Kamal mengaku dan berkata begitu pada Ku Zaril.

Ku Zaril menahan rasa berangnya. Kalau tak di ingat yang mereka berada di tempat umum. Memang dah sebiji Ku Kamal kena.

"Aku dah jumpa Ara. Aku jumpa sendiri tanpa perlu bayar orang untuk cari." Ternaik kedua kening Ku Kamal. Jumpa dah? Hm..

"Bila jumpa?" Tanyanya. Saja nak tahu.

"Masa aku flight pergi England." Mengangguk mengerti Ku Kamal. Sia-sia saja lah Ku Kamal lindungi Aralyn kalau akhirnya Ku Zaril sendiri yang jumpa.

"Good for you. Tapi aku nak kau jangan kacau dia. Biar dia bahagia dengan kehidupan dia yang sekarang." Pesan Ku Kamal pada Ku Zaril.

Mengeluh Ku Zaril dibuatnya. Walau macam mana pun, Ku Kamal tetap sepupunya merangkap kawan baik dia. Kalau bukan dengan Ku Kamal dia nak bercerita, dengan siapa lagi Ku Zaril nak meluah?

"Aku tak janji yang aku boleh berhenti kacau dia. Tapi aku nak dia. Jujur aku cakap.. bukan hanya sekadar nak. Tapi aku nak miliki dia. Bukannya miliki dari maksud yang salah. Aku nak jadikan dia sebagai isteri aku." Terkejut Ku Kamal dengar bicara Ku Zaril.

Ku Zaril nak jadikan Aralyn sebagai isteri? Biar betik?

"Kau biar betul, Ril?" Rasa tak percaya yang Ku Zaril bercakap begini.

"Aku serius." Tergelak Ku Kamal. Lucu. Ku Zaril boleh cakap macam ni.

"Atas sebab apa kau nak jadikan dia isteri?" Tanya Ku Kamal ingin tahu.

Ku Zaril diam seketika sambil memandang Ku Kamal sebelum membuang pandangannya ke arah luar restoran.

"Sebab aku dia pergi. Sebab aku juga hati dia sakit. Jadi biar aku yang pujuk dan bagi kebahagiaan tu pada dia." Ujar Ku Zaril.

Ku Kamal menaikkan kedua alisnya. Wow. Ku Zaril yang cakap tentang kahwin. Ku Zaril yang dia kenal tak pernah macam ni. Tiba-tiba saja. Pelik bin ajaib. Tapi bagus. Cuma satu lah masalah. Aralyn nak ke?

"Aralyn tahu?" Menggeleng kepala Ku Zaril. Mengeluh Ku Kamal.

"Kali pertama kau jumpa dia semula apa kau rasa?" Penasaran Ku Kamal dibuatnya. Yalah.. nak tahu juga apa perasaan Ku Zaril pada Aralyn. Ku Kamal tak pernah nak menyibuk urusan Ku Zaril. Apa lagi melibatkan Aralyn. Bila dah tiba-tiba Ku Zaril cakap nak kahwin dengan Aralyn. Memang dia kepoh lah sikit.

"Rasa gembira. Aku bersyukur sebab dapat jumpa dia. Aku happy sangat. Bila aku pandang muka dia, hati aku rasa berdebar-debar. Bukan waktu kali pertama aku jumpa dia ni lepas tiga bulan tak jumpa. Tapi aku ah rasa dari sebelum aku kenal arwah Hanis dan bertunang dengan arwah Hanis sampai lah Ara pergi. Hati aku meronta-ronta nak dia. Aku mengaku yang aku ego." Ku Kamal terus memetik jarinya di hadapan Ku Zaril.

Menoleh kepala Ku Zaril memandang Ku Kamal. Dah kenapa? Apa masalah mamat ni?

"Aku dah agak.. kau memang doh. Aku sepak kepala kau. Junjung lagi ego kau tu. Aku takkan tanya apa reaksi Ara nampak kau. Dia mesti terkejut pastu halau kau pergi. Betul tak?" Dengan lemah Ku Zaril mengangguk mengiyakan Ku Kamal.

Gelak Ku Kamal. Puas dia gelak. Memang patut pun Aralyn halau. Dari dulu perangai tu menyakitkan hati. Siapa suruh sakitkan hati orang yang kau sayang? Aralyn punya lah ikhlas sayangkan Ku Zaril. Ku Zaril pula sakitkan hati Aralyn. Melampau. Siap sentuh lagi.

"Kau tak payah nak gelak sangat." Menjeling Ku Zaril pada Ku Kamal. Tapi Ku Kamal tetap gelak tanpa menghiraukan pandangan tajam dari Ku Zaril dan pandangan orang-orang yang memandang ke arahnya. Sakan betul gelak.

Malas Ku Zaril nak melayan. Lantak kau lah nak gelak pun. Ku Zaril larang makin galak Ku Kamal ketawa. Jadi biarkan saja. Buat lah suka hati kau.

"Sakit perut aku. Dulu kemain aku takkan suka dia. Aku benci dia. Aku menyampah tengok muka dia. Sekarang tiba-tiba hati aku berdebar-debar dan nak jadikan dia isteri. Oh my god.. so cliche." Kutuk Ku Kamal selamba dengan masih ada sisa tawanya.

Dah lama Ku Kamal tunggu nak gelakkan Ku Zaril ni. Ku Kamal dah dapat agak dari lama lagi yang Ku Zaril ni sebenarnya suka kan Aralyn. Tapi ego tu dijunjung tinggi. Sekarang mendapat lah kau. Orang dah tak nak baru terhegeh-hegeh.

"Diam lah kau. Aku sumbat mulut kau dengan cawan. Tak bercakap kau nanti." Marah Ku Zaril. Makin kuat Ku Kamal gelakkan Ku Zaril. Rasa lucu sangat.

Selepas itu, Ku Kamal bangun dari duduknya dan mendekatkan sedikit dirinya pada Ku Zaril. Tangan kanannya dibawa ke arah bawah dagu Ku Zaril lalu digaru-darunya dagu Ku Zaril.

"Alolo comel dia.." Laju Ku Zaril menepis tangan Ku Kamal. Apa benda ni? Jangan buat benda memalukan dekat sini.

Sudah orang-orang pandang pelik pada mereka berdua. Ingatnya diaorang berdua ni gay. Ha parah.

Pantas Ku Zaril bangun dan meninggalkan Ku Kamal. Niat tadi nak lunch sama. Bila Ku Kamal dah buat perangai mengarut dia ni. Ada baiknya Ku Zaril blah dari memalukan diri sendiri.

Ku Kamal yang nampak Ku Zaril bangun. Dia pun turut bangun dan ekori langkah Ku Zaril.

"Woi, sabar lah. Tunggu aku." Lagi laju Ku Zaril berjalan keluar dari restoran. Mahu dia tak laju. Semua orang dalam restoran tu pandang mereka berdua.

Ketawa Ku Kamal bila tengok Ku Zaril menggelabah lari. Tahu malu kena menganjing. Lagi takut sebab ramai orang pandang mereka. Padan muka.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now