Dari tadi Aralyn asyik keluar dan masuk bilik air dek kerana merasa loya di tekak. Aralyn tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni dia asyik rasa nak muntah dan mula mual bila nampak daging.
Walhal daging tu tak bersalah. Di mana letaknya kesalahan daging sampaikan Aralyn mual tengok dia? Hm.. sila bincangkan. Beri jawapan di ruangan komen. Siapa betul, tak dapat apa pun.
"Hmm.. nak abang. Tapi tak nak call abang." Kata Aralyn perlahan sambil duduk di tepi sinki. Aralyn memeluk kedua lututnya. Dia lemah sangat sekarang.
Kepala rasa pening. Tambah pula dengan rasa berdenyut. Aralyn sampai rasa nak buang kepala. Tak sanggup nak tahan sakit kepala dia ni.
Selepas itu, Aralyn meletakkan kepalanya di atas kedua lutut dia. Terpejam mata Aralyn kerana kepenatan yang melanda diri. Hampir dua jam dia dok ulang-alik masuk bilik air sebab nak muntah saja.
Perut pula asyik berkeroncong minta di isi. Tapi Aralyn tak boleh nak telan satu apa pun. Minum pun tak boleh. Aralyn perlu buat apa? Nganga mulut dan makan angin? Biar angin masuk dalam badan dia. Hm..
Tak lama selepas itu, kedengaran suara esakan tangisan Aralyn. Dia lapar. Tapi Aralyn tak larat nak jalan ke dapur. Nak jalan keluar dari bilik air ni pun dia tak larat. Sungguh Aralyn tak larat sangat. Dia rasa nak pitam.
Tadi masa sarapan pun Aralyn makan sikit saja. Bila dah masuk jam makan tengah hari ni, Aralyn langsung tak makan apa-apa. Perut dia kosong. Minta di isi.
Mengeluh Aralyn. Lama-lama Aralyn terbaring di atas lantai bilik air. Aralyn hanya mampu doa supaya suami dia balik cepat dan jumpa dia dalam keadaan lemah begini.
••••••••••
Menggerutu perlahan Ku Zaril apabila isterinya tidak menjawab satu dari panggilan telefon dia pun. Sekarang ni Ku Zaril risau sangat sehinggakan dia membawa kereta dengan laju. Langsung dah tak kisah tentang keselamatan dirinya.
Dalam kepala otak Ku Zaril hanya isteri dia. Ku Zaril risaukan jika Aralyn apa-apa. Pagi tadi dia perasan yang isterinya agak kurang sihat. Bila Ku Zaril nak cuti, Aralyn tak bagi. Dan sekarang begini lah Ku Zaril.
Bergegas balik ke rumah sambil memandu dengan laju. Semua lampu isyarat dilanggarnya. Dia dah tak kisah keadaan jalan raya macam mana. Bila ada yang lambat membawa kereta, Ku Zaril menekan hon supaya kereta di hadapan bergerak laju.
Sesampai saja di perkarangan rumah, Ku Zaril terus memarkirkan keretanya di garaj. Selepas itu, bergegas Ku Zaril menutup enjin kereta dan berlalu keluar dari dalam perut kereta.
"Assalamualaikum, sayang.." Ucap Ku Zaril seraya memanggil sang isteri.
Tapi tiada jawapan. Rumah pun sunyi sepi. Pelik Ku Zaril melihat keadaan rumah yang sangat sunyi. Memang diaorang tinggal berdua. Tapi selalunya Aralyn yang akan memeriahkan rumah ni. Pasang lagu dan nyanyi kuat-kuat. Mentang-mentang rumah jiran semua jauh-jauh.
"Assalamualaikum, sayang. Abang balik ni." Mula hati dia dirundung perasaan risau. Dekat dapur takda. Di ruang belakang pun tiada. Stor lagi lah takda. Ke mana isteri dia pergi?
Tiba-tiba Ku Zaril berfikir tentang bilik mereka berdua. Mungkin Aralyn dalam bilik. Kot-kot tidur.
Laju kaki panjang Ku Zaril mendaki tangga dan berjalan menghampiri bilik tidurnya bersama Aralyn.
Masuk saja ke dalam bilik, suasana sejuk menyapa kulit muka Ku Zaril. Sejuk. Tapi isterinya mana? Dalam bilik pun takda. Baru saja dia mahu melangkah keluar, mata Ku Zaril memandang ke pintu bilik air yang terbuka luas.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...