- BAB 74 -

1.1K 138 2
                                    

Ku Zaril memarkirkan keretanya di kotak parking setelah sampai di kawasan rehat. Hari ini, mereka berdua bergerak menuju ke Terengganu seperti yang Ku Zaril rancang sebelum ini mahu membawa isterinya balik ke Terengganu.

Lagi pula Terengganu tempat kelahiran Aralyn dan kampung Aralyn. Aralyn membesar di sini. Tapi selepas kematian arwah Encik Fakrul dan arwah Puan Jasnita. Aralyn dibesarkan di kota besar, Kuala Lumpur dan menjadi cucu angkat kepada Nenda Zuraidah serta anak angkat Engku Dayana.

Dan sekarang diangkat menjadi isteri kepada Ku Zaril. Ku Zaril lah yang memandai angkat tu. Tak memasal Aralyn kena jadi bini dia.

Berpaling Ku Zaril memandang sang isteri yang lena di sebelahnya. Kemain nyenyak isteri dia tidur. Macam takda hari esok. Ku Zaril pula terpaksa memandu seorang diri.

Walhal Aralyn dah janji nak teman dia memandu. Alih-alih baru setengah jam dan terlentok kepalanya. Nasib baik isteri. Sayang isteri. Ku Zaril hanya mampu senyum saja.

"Sayang.. bangun. Kita pergi makan dulu." Ku Zaril mengejutkan si pujaan hatinya dengan lembut. Pipi montel Aralyn diusap perlahan. Ditatap wajah sang isteri dari tepi.

"Sayang.. bangun lah. Sayang tak lapar ke?" Sekali lagi Ku Zaril mengejutkan isterinya dari lena. Kesian pula Ku Zaril tengok isterinya yang lena begini. Nyenyak sangat sampai dia kejutkan pun Aralyn langsung tak sedar.

"Mengantuk sangat sayang abang ni. Takpa lah. Abang keluar sendiri. Sayang tunggu dalam kereta. Abang beli makanan sekejap je." Kata Ku Zaril dan terus mencium pipi kanan Aralyn.

Aralyn langsung tak sedarkan diri. Hanya bergerak untuk menggaru pipi dia yang terasa gatal saja. Padahal bukan sebab nyamuk. Sebab Ku Zaril cium pipi tadi.

Tersungging senyuman kacak Ku Zaril tatkala melihat tingkah si isteri yang tidak mahu lenanya diganggu. Ku Zaril bungkus makanan saja lah.

Setelah itu, Ku Zaril melangkah keluar dari perut kereta. Enjin kereta ditutup dan dibuka sedikit tingkap supaya angin masuk ke dalam. Terpaksa tinggalkan isteri dia sekejap dan biarkan Aralyn kepanasan.

Keluar saja Ku Zaril dari dalam kereta, terus Ku Zaril melangkah mendekati tempat orang menjual pelbagai lauk-pauk. Semuanya sedap-sedap. Tapi Ku Zaril tak tahu nak belikan Aralyn lauk yang mana. Takut tak kena selera pula.

Setelah ditimbang tara baik dan buruknya. Akhirnya Ku Zaril mengambil lauk untuk Aralyn yang sama sepertinya. Nasi kosong berlaukkan sambal kerang, sayur kangkung tumis belacan dan telur masin. Air pula Ku Zaril hanya membeli air kosong di dalam botol saja.

Sempat juga Ku Zaril membeli asam-asam kerana semasa gerak tadi, Aralyn dok pot pet pot pet nak asam bila mereka singgah di kawasan rehat. Sebab itu lah Ku Zaril tak lupa nak belikan. Untuk isteri kesayangan, Ku Zaril takkan pernah lupa.

Ada juga waffle dan beberapa jenis makanan ringan untuk dijadikan snack semasa di dalam kereta nanti.

Selesai saja semuanya, Ku Zaril kembali semula ke keretanya. Dari jauh Ku Zaril melihat Aralyn yang sudah keluar dari dalam kereta sambil mengibas-ngibas tangan di hadapan muka.

Ku Zaril melajukan langkah dia mendapatkan sang isteri.

"Sayang." Sapa Ku Zaril bersama senyuman yang tidak lekang apabila melihat kecantikan si isteri.

"Abang.. abang pergi mana?" Lega Aralyn. Dari tadi dia mencari Ku Zaril.

Bangun-bangun saja dari tidur, suami dah takda. Kereta pula berhenti. Aralyn sempat keliling dekat luar bawah ni semata-mata cari Ku Zaril. Padahal Ku Zaril dekat bahagian atas. Bukan bahagian bawah.

"Abang beli makanan ni sayang." Ku Zaril menunjukkan plastik di tangannya yang penuh dengan makanan.

"Wah.. makanan lah. Sayang lapar. Abang macam tahu-tahu je." Bersorak gembira Aralyn jadinya. Aralyn menepuk kedua tangannya kerana terlalu seronok.

"Abang tahu sayang lapar. Masa sayang tidur, perut sayang tak berhenti berbunyi. Itu yang abang belikan makanan untuk sayang." Mencebik bibir Aralyn kerana terharu dengan suaminya yang terlalu peka dengan diri dia.

"Jom pergi makan. Sayang dah lapar sangat." Ajak Aralyn dengan manja. Diusap perut dia yang sedikit membuncit.

"Jom. Tapi kita makan dekat kereta ni je lah. Abang dah bungkus makanan ni." Laju Aralyn mengangguk. Mana-mana saja. Aralyn okay.

Selepas itu, Ku Zaril membuka pintu di bahagian Aralyn lalu Ku Zaril menyuruh isterinya duduk. Barang-barang yang dia beli tadi sudah diletakkan di seat belakang. Kerusi Aralyn duduk turut diturunkan sedikit kerana mudah untuk mencapai barang yang lain nanti.

Ku Zaril pula duduk di luar berlapikkan selipar di bontot. Ku Zaril membukakan makanan untuk Aralyn. Usai itu, Ku Zaril buka untuk dirinya dan bersedia untuk membaca doa. Tapi mati perlakuan dia apabila melihat riak keruh si isteri.

"Kenapa ni? Makanan tak sedap ke?" Aralyn menggeleng menjawab sang suami.

"Lepastu?" Tanya Ku Zaril lagi.

"Makanan abang kenapa nampak lagi sedap?" Terdiam Ku Zaril sekejap. Makanan yang sama saja. Apa yang nampak lebih sedapnya? Lauk yang sama. Takda beza sikit pun makanan dia dan makanan Aralyn.

"Tapi kita punya makanan yang sama. Abang tak tahu nak ambil lauk apa untuk sayang tadi. Itu yang abang ambil lauk yang sama dengan abang. Kenapa sayang cakap makanan abang lagi sedap?" Nak tahu juga. Apa ke pelik sangat isteri dia ni?

Menelan air liur Aralyn memandang makanan suaminya bagaikan nak tembus. Sedapnya.. air liur Aralyn rasa macam nak meleleh sebab tengok makanan suami lagi sedap.

Pelik lah kau.

"Tapi.. abang punya lagi sedap. Ara punya tak sedap." Terdiam kali kedua Ku Zaril dibuatnya dengan perangai aneh si isteri.

"Sayang nak tukar makanan dengan abang?" Aralyn berkira-kira dan berfikir. Kemudian, Aralyn menggeleng tidak mahu.

"Takpa lah. Makanan kita kan sama." Kata Aralyn. Tapi muka sedih. Macam mana tu?

Ku Zaril simpan keluh. Tanpa banyak kata, Ku Zaril menukar makanannya dengan makanan milik sang isteri. Tak payah banyak cakap lah. Kalau nak tukar, cakap nak tukar. Kan senang.

Aralyn mengemam rapat bibirnya kerana merasa kesenangan bila suaminya menukar makanan mereka. Tapi Aralyn cuba mengawal riak wajah dia. Tak nak nampak seronok sangat.

"Kalau sayang suka, senyum je. Abang tak kisah. Yang penting isteri abang happy." Terus melebar senyuman Aralyn.

"Yeayyy.. thank you, cinta hati Ara." Ucap Aralun seraya memegang kedua pipi Ku Zaril lalu dikucup dahi milik suaminya.

Terbit senyuman di bibir Ku Zaril bila Aralyn mencium dahi dia. Suka.

Selepas itu, Ku Zaril dan Aralyn mula menyuap makanan ke dalam mulut sambil berbual bersama dan bergelak ketawa.

Walaupun hanya makan di tepi kereta. Mereka tetap bahagia.


Tbc..



Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now