Termenung Aralyn duduk di buaian seorang diri. Aralyn terfikir dengan kata-kata Ku Zaril tengah hari tadi. Kenapa Ku Zaril kena cakap macam tu pada dia? Aralyn takda niat langsung nak merosakkan hubungan Ku Zaril dan Hanis.
Jadi Aralyn rasa Ku Zaril dah melampau dalam berkata-kata. Tapi selagi Aralyn boleh sabar. Aralyn akan sabar. Cuma tadi Aralyn sedikit hilang kesabarannya kerana Ku Zaril selalu berkata yang dia takda asal usul.
Mengeluh Aralyn dibuatnya. Dia dah tak tahu nak buat apa supaya Ku Zaril boleh baik dengannya. Aralyn tak minta Ku Zaril balas perasaan dia. Tapi cukup bersikap baik dengannya. Itu saja Aralyn mahu.
Tak lama kemudian, terdengar suara deruman kereta Audi R7 milik Ku Zaril mula masuk ke dalam perkarangan rumah mewah Nenda Zuraidah. Menoleh kepala Aralyn memandang kereta Ku Zaril.
Selepas itu, Aralyn bingkas bangun dari buaian dan berlalu masuk ke dalam. Aralyn tak nak bertembung dengan Ku Zaril.
Tapi baru empat langkah Aralyn berjalan, lengannya ditarik dari belakang. Merapat badan Aralyn dan Ku Zaril. Mata mereka berdua saling bertaut rapat.
Ku Zaril memandang dalam mata Aralyn. Satu kata yang muncul sewaktu Ku Zaril pandang seluruh wajah Aralyn. Cantik. Mata hazel Aralyn memukau dirinya. Lama Ku Zaril pandang Aralyn sebelum Aralyn menolak badan Ku Zaril. Baru Ku Zaril tersedar.
Belum sempat Ku Zaril nak bercakap dengan Aralyn. Aralyn lebih laju pergi dan berlari masuk ke dalam rumah.
Tangan kanan Ku Zaril naik memegang bahagian dada kirinya. Rasa berdegup laju. Kenapa dengan dirinya ni? Tiba-tiba saja. Lagi-lagi mata Aralyn tadi sungguh memukau dirinya. Ku Zaril terpukau saat melihat mata hazel Aralyn.
Selepas itu, baru Ku Zaril sedar. Dia ada perkara nak cakap dengan Aralyn. Tapi terjadinya hal tadi, Ku Zaril urungkan niatnya. Ku Zaril tak nak berlaku lagi hal seperti tadi. Sampai Ku Zaril boleh rasa perasaan seperti sekarang.
••••••••••
'Tok tok tok'
Menoleh kepala Aralyn apabila pintu biliknya diketuk lalu dibuka dari luar. Terjengul kepala Ku Zara bersama senyuman manisnya menyapa Aralyn.
"Hai, Ara.." Meleret suara Ku Zara.
"Hai.. masuk lah." Senyum lebar Ku Zara apabila Aralyn menyuruhnya masuk. Kalau Aralyn tak suruh pun dia tetap akan masuk. Bilik Aralyn ni kan dah macam bilik dia juga.
"Ya, cik Zara. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Tanya Aralyn seraya mengemas barang-barang make up nya.
"Takda apa. Saja. Nak tengok kau dah kemas-kemas ke? Kalau belum, aku nak tolong." Kata Ku Zara selari melabuhkan punggung di atas permukaan katil. Ditengok Aralyn yang ligat mengemas pakaiannya masuk ke dalam luggage.
"Tak perlu. Kau tengok je. Elok-elok aku dah kemas cantik-cantik, susun elok dalam ni. Kejap lagi sepah kalau kau tolong aku." Perli Aralyn seraya mengerling Ku Zara yang mencebik saat mendengar bicaranya tadi.
Tapi memang betul. Ku Zara mana boleh bab-bab kemas baju ni. Kejap lagi habis disumbat saja. Bukan dilipat dan susun elok. Dia lipat ala kadar pastu sumbat. Selagi boleh muat, dia sumbat lagi. Itu lah perangai Ku Zara.
"Em.. Ara." Seru Ku Zara memanggil Aralyn. Berdehem Aralyn menjawab panggilan Ku Zara sambil terus fokus mengemas.
"Kau.. tak nak cakap ke dekat along yang kau nak pergi?" Terhenti tangan Aralyn yang sedang mengemas itu. Dipandang muka Ku Zara sekejap sebelum menyambung mengemas semula.
"Tak payah lah. Takda beza pun kalau aku bagitahu." Jawab Aralyn bersahaja.
Aralyn sudah buat keputusan yang dia akan menyambung pelajarannya di Manchester. Selepas sahaja balik dari kafe tengah hari tadi. Aralyn terus membuat permohonan untuk belajar di sana. Sampai saja di rumah, Aralyn berbincang dengan Engku Dayana dan Nenda Zuraidah.
Tanpa banyak kata, Engku Dayana dan Nenda Zuraidah bersetuju dengan keputusan Aralyn. Tapi Aralyn meletakkan syarat supaya jangan beritahu pada Ku Zaril. Aralyn tak nak Ku Zaril cari nya jika terjadi sesuatu. Aralyn tak nak Ku Zaril tahu keberadaan dia.
Aralyn seakan mendapat rasa yang akan terjadi sesuatu apa lagi Hanis meminta untuk berjumpa esok dengannya. Walaupun universiti di Manchester belum menerimanya. Tapi Aralyn yakin dengan keputusan yang dia dapat di setiap sem iaitu dekan. Aralyn pasti akan diterima di universiti di Manchester.
"Kenapa kau tak nak bagitahu along?" Tanya Ku Zara lagi ingin tahu sebab.
"Zara, abang Aril tak suka aku. Jadi, bila aku pergi atau tak pergi sekali pun.. takda beza bagi dia. Selama ni aku tak wujud dalam hidup dia. Kesimpulan di sini, tak perlu lah beritahu." Ujar Aralyn sambil terus mengemas.
Takda sebab utama untuk Aralyn beritahu Ku Zaril tentang kepergiannya ini.
"Ara, aku tahu kau sayangkan along. Kenapa kau nak menyerah? Kenapa kau tak lawan untuk dapatkan cinta along?" Mengeluh berat Aralyn.
Setelah itu, Aralyn berhenti lalu dia bangun mendekati Ku Zara.
"Abang Aril tak suka aku. Dari dulu dia benci kan aku. Jadi bagi aku, takda guna. Sia-sia. Sampai bila-bila pun akan sia-sia." Balas Aralyn. Usai itu, Aralyn duduk di sebelah Ku Zara.
Lantas Ku Zara memeluk lengan Aralyn dan dicium sekejap bahu Aralyn. Ku Zara sayang sangat pada Aralyn. Dah dianggap seperti kakak sendiri. Bila dengar Aralyn ingin pergi ke Manchester. Ku Zara sedih.
"Tak boleh ke kau stay je sini then sambung master dekat sini?" Tanya Ku Zara sambil memasang riak sedih. Kepalanya diletakkan di atas bahu Aralyn.
"Tak boleh. Kalau boleh, dah lama aku sambung sini je. Tapi aku nak lupakan semua yang ada dekat sini. InsyaAllah.. lepas habis master, aku balik. Aku takkan lupakan korang. Aku nak buang perasaan aku pada abang Aril. Aku nak tenang. Dan bila aku balik.. aku harap hati aku tak sakit bila tengok seseorang yang pernah ada dalam hati aku bahagia." Beritahu Aralyn jujur.
Terlepas keluhan berat di celah bibir Ku Zara. Ini semua salah Ku Zaril. Kenapa lah Ku Zaril buat begini pada Aralyn? Kenapa Ku Zaril kena layan Aralyn dengan teruk? Kenapa Ku Zaril tak layan Aralyn seperti adik? Walaupun Ku Zaril tak boleh balas perasaan Aralyn, sekurang-kurangnya terima lah sebagai adik.
"Aku faham. Aku akan support dan hormat semua keputusan kau. Kalau kau perlukan seseorang, aku ada. Aku akan sentiasa ada untuk kau." Kata Ku Zara seakan memberi semangat kepada Aralyn.
Ku Zara tak nak menyekat dan menghalang Aralyn. Biarlah Aralyn pergi demi mencapai cita-citanya. Tentang Ku Zaril tu.. suatu hari nanti Ku Zaril pasti menyesal.
"Thank you, Zara. Aku sayang kau sangat-sangat." Ucap Aralyn ikhlas.
"Sama-sama. Aku pun sayang kau sangat-sangat." Balas Ku Zara yang sama-sama ikhlas.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...