Termenung Aralyn duduk di atas katil sambil memandang ke luar tingkap bilik. Suasana petang begini rasa mendamaikan. Cukup tenang. Dah dua hari kejadian di mana Aralyn bertekak dengan Ku Zaril di perpustakaan kolej nya.
Nak kata bertekak macam tak. Tapi boleh lah bertekaknya. Cuma Araly teringat muka Ku Zaril. Kesian. Tapi lebih kesian diri Aralyn.
Selepas itu, kedengaran deringan suara handphone Aralyn minta diangkat. Pantas Aralyn mendapatkan handphone nya dan menjawab panggilan tersebut. Aralyn menggesek button hijau dan dilekapkan skrin gajet itu ke telinganya.
"Assalamualaikum, Ungku Zara." Aralyn memberi salam terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam, sedari. Eh, ni aku nak tanya kau." Tergelak kecil Aralyn mendengar Ku Zara menjawab salamnya.
"Apa dia?" Tanya Aralyn.
"Kau ada jumpa along eh?" Terdiam lima saat Aralyn apabila mendengar soalan yang muncul dari bibir Ku Zara. Mana Ku Zara tahu? Aralyn baru nak bercerita. Tapi mak cik ni dah tahu dulu.
"Dari mana kau tahu? Aku tak cerita lagi." Penasaran Aralyn ingin tahu siapa yang bagitahu Ku Zara.
"Ungku Zaril Bin Ungku Zaki sendiri cakap dengan aku. Dia balik je rumah, sampai Malaysia. Aku dulu dia cari. Dia tanya pasal kau itu ini. Betul ke kau dekat England? Dan berbagai lagi soalan dia. Aku tak tahu nak jawab. Masa tu lah dia bagitahu aku yang dia jumpa kau. Mula-mula dekat kafe. Tapi dia ingat yang dia salah orang sampai kira orang lain tu kau. Rupanya betul. Lagi-lagi dia nampak kau dekat supermarket tengah nak mencapai coklat." Panjang lebar Ku Zara bercakap.
Hampir panas telinga Aralyn mendengar cerita dari Ku Zara. Jadi Ku Zaril lah beritahu. Kepoh juga mamat tu. Hish! Kacau saja. Aralyn baru nak buat suspen pada Ku Zara. Ku Zaril pula dah bocorkan rahsia.
"Em.. betul lah tu. Aku pun tak sangka yang dia boleh nampak aku dekat supermarket." Panjang keluhan Aralyn seraya membaringkan dirinya di atas katil. Dia memandang siling bilik.
"Apa perasaan kau masa tu?" Saja Ku Zara tanya soalan begitu. Mana tahu Aralyn masih lagi menyimpan hati pada Ku Zaril.
"Biasa. Tapi hati aku masih lagi berdebar-debar. Aku masih mencuba buang perasaan ni untuk dia." Jujur Aralyn. Mengangguk faham Ku Zara walaupun Aralyn tak nampak yang dia tengah angguk.
"Misal kata lah.. kalau.. ini kalau tau. Kalau tiba-tiba along confess yang dia dah lama jatuh cinta pada kau.. apa kau nak buat?" Terdiam Aralyn saat dengar soalan Ku Zara.
Ku Zaril? Confess? Perasaan cinta pada Aralyn? Mimpi lah tu semua. Tak mungkin akan terjadi. Dah kiamat pun belum tentu Ku Zaril nak confess cinta pada Aralyn.
"Merepek apa kau ni? Kalau kau tengah buat lawak, aku gelak. Ha ha ha ha.. lucu sekali ya." Sarkastik cara Aralyn gelak.
Berdecit Ku Zara di talian sana. Orang cakap betul-betul. Dia boleh main-main. Lepuk kang minah ni. Nasib baik jauh.
"Aku cakap betul lah, mak cik. Ish kau ni. Kalau dekat ni.. memang aku lepuk kau." Bengang Ku Zara dengan Aralyn.
"Malas lah nak dengar. Kau merepek. Kau cakap benda merepek ni lagi.. aku tutup call." Sengaja Aralyn mengugut.
"Ish kau ni. Okay lah. Tapi ada benda aku nak cakap melibatkan along. Aku cakap ni bukan lah nak pujuk kau ke apa. Tapi sekadar cakap je lah." Kata Ku Zara menjeda sekejap sebelum menyambung semula memberitahu apa yang ingin dia katakan pada Aralyn tentang Ku Zaril.
"Lepas kau pergi kan Ara.. nenda dan bonda tahu yang along dah sentuh kau, Ara. Memang kaw kaw dia kena dengan nenda dan bonda. Hampir lah along jadi OKU sebab telinga along kena tarik dengan bonda. Kau tahu sendiri lah bonda kalau dah geram dan marah tu bila tarik telinga orang memang gaya macam nak putus dah."
"Lepastu kan.. hari-hari aku nampak along tengok gambar kau. Dia usap gambar kau. Dahtu aku dengar dia asyik cakap minta maaf je. Hari-hari juga dia tanya aku mana kau pergi dan bla bla bla. Semuanya melibatkan kau. Naik bosan dah aku. Asal nampak muka aku je tanya kau. Last-last aku cakap pergi cari sendiri. Malas aku nak layan. Tahu menyesal dah buat anak orang macam tu. Masa nak buat tak beringat. Sakai punya Ungku Zaril. Abang siapa pun aku tak tahu lah." Selamba saja dia tak mengaku abang sendiri.
Aralyn senyap sambil mendengar semua bicara Ku Zara tadi. Dihadam elok-elok. Ku Zaril menyesal?
"Ara.. kau dengar tak apa aku cakap tadi? Aralyn!" Tersentak Aralyn tatkala mendengar suara petir Ku Zara memanggil namanya.
"Ya, dengar. Pastu apa jadi?" Ketus Aralyn bertanya. Bukan tak kisah. Dia kisah. Hati dia sendiri pun tengah tertanya-tanya ni. Ku Zaril betul-betul dah menyesal ke?
Bukan sebab Aralyn nak maafkan Ku Zaril. Tapi Aralyn nak kan kepastian kalau Ku Zaril betul-betul dah berubah. Kalau betul dah berubah sekali pun. Bagus lah. Sekurang-kurangnya Ku Zaril mesti dah boleh terima dia sebagai adik.
"Masa aku nampak mula-mula tu.. aku geli tengok along. Aku dah macam abang aku ke ni? Kenapa menggelikan? Tapi bila dah lama-lama jadi kesian. Tapi.. lebih kesian kan kau. Kau lebih kesian. Dia yang buat kau. Bukan kau buat dia." Kata Ku Zara. Sempat nak melawak.
Aralyn hampir nak tergelak. Dia geli dengan abang sendiri. Allahu.. derhaka punya adik.
"Biarlah. Tapi bagus lah kalau dah berubah. Mesti dia dah boleh terima aku sebagai adik." Terbeliak sedikit mata Ku Zara mendengar Aralyn.
Adik? Ku Zaril nak lebih dari adik lah. Hm..
"Suka hati kau. Dah lah, bye. Aku nak sambung buat kerja. Assalamualaikum." Ucap Ku Zara sebelum mematikan panggilan.
"Waalaikumussalam." Sahut Aralyn selari menutup panggilan itu.
Usai itu, Aralyn termenung sambil memandang siling bilik. Teringat semula apa yang diberitahu Ku Zara barusan.
"Ara harap abang Aril terus berubah jadi lebih baik. Ara sentiasa doa untuk abang Aril." Gumam Aralyn perlahan.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...