"Good morning, bonda." Sapa Ku Zara setelah melihat Engku Dayana yang sedang bersarapan di meja makan. Nenda Zuraidah takda pula. Selalunya Nenda Zuraidah sudah ada pagi-pagi begini.
"Good morning, sayang anak bonda." Balas Engku Dayana mesra.
"Mana nenda?" Tanya Ku Zara selari mencari susuk tubuh Nenda Zuraidah.
"Nenda rehat dekat dalam bilik. Tak sihat." Kata Engku Dayana sembari menyuap sesudu mee goreng ke dalam mulut.
"Aik? Yang jadi pengantin semalam rasanya along dengan Ara. Kenapa nenda pula yang tak sihat? Kalau Ara yang tak sihat, faham lah juga. Mungkin dah di grepe-grepe." Engku Dayana memandang anak daranya.
Amboi. Kemain tahu di grepe-grepe. Gatal anak dara dia ni ya.
"Eh, eh.. budak sorang ni. Hal tu jangan nak disebut. Biar jadi rahsia diaorang suami isteri." Engku Dayana menepuk perlahan bibir Ku Zara.
Mencebik bibir Ku Zara tatkala Engku Dayana menepuk bibirnya. Salah cakap ke? Helppp!!
Tak lama kemudian, Aralyn dan Ku Zaril menuruni tangga sambil berpegangan tangan. Jelas di wajah masing-masing dengan tersungging senyuman lebar.
"Selamat pagi pengantin baru.. lena tidur?" Saja Ku Zara nak mengusik Aralyn.
"Selamat pagi. Lena. Lenaaaa sangat." Sahut Aralyn seraya memeluk lengan sasa suaminya. Dilentokkan juga kepalanya.
Menjuih bibir Ku Zara melihat kemesraan si abang dan kakak ipar a.k.a kawan baik dia ini. Toya terus mukanya. Hati single dia meronta sakit melihat kemanisan yang ditunjuk oleh Aralyn.
"Eii.. menyampahnya." Geram Ku Zara dibuatnya.
"Kalau menyampah, kahwin cepat. Ada calon, terus bawa jumpa bonda. Boleh bonda approve." Sampuk Engku Dayana. Saja nak mengusik anak perempuannya ini.
"Bonda.." Merengek Ku Zara bila diusik begitu. Calon apa? Takda calon. Itu yang tak boleh nak bawa balik.
Selepas itu, Aralyn dan Ku Zaril mengambil tempat kosong yang berada di hadapan Ku Zara. Mereka berdua saling duduk bersebelahan. Aralyn mencapai pinggan Ku Zaril lalu mee goreng diletakkan di dalam pinggan suaminya.
"Abang nak nugget?" Tanya Aralyn.
"Boleh, sayang." Jawab Ku Zaril lembut. Dipandang sisi wajah isterinya. Cantik. Dari tepi pun tetap kelihatan cantik.
Ku Zara yang melihat tingkah abangnya mula merasa kesunyian. Kalau dia tak single, mesti takda rasa macam ni. Ada ke dia perlu mencari calon suami cepat-cepat? Ku Zara rasa dah tak boleh tahan tengok sikap romantik abangnya. Rasa sendu sangat.
"Terima kasih, sayang." Ucap Ku Zaril setelah Aralyn meletakkan pinggan yang berisi makanan di hadapan Ku Zaril. Senang hati Ku Zaril tatkala isterinya melayan begini. Rasa disayangi sangat.
Engku Dayana yang sedari tadi melihat telatah anak dan menantunya turut merasa bahagia. Bibir tu tak pudar dari senyum. Suka tengok kemesraan yang dipamerkan antara Ku Zaril dan Aralyn.
Duduk saja Aralyn, tangan kanan Ku Zaril naik mengusap pinggang isterinya. Lembut saja usapan Ku Zaril. Aralyn yang jadi tak senang duduk. Rasa geli pula.
"Idan mana, bonda?" Soal Ku Zaril sambil menghiraukan isterinya. Banyak kali Aralyn tolak tangan dia. Tapi Ku Zaril tetap berbuat yang sama.
"Macam biasa. Asal ada cuti, dia tidur. Katanya nak tidur puas-puas sebelum lusa dia dah balik rumah sewa dan sambung training." Kata Engku Dayana.
Anak bongsunya memang begitu. Dari dulu lagi. Tak usah lah nak diherankan. Ku Zidan asal ada cuti, itu lah peluang dia. Tidur sepuasnya. Pernah juga petang hari baru bangun.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...