- BAB 25 -

2.1K 168 5
                                    

Tepat Aralyn berdiri di hadapan hotel yang ditempati oleh Ku Zaril. Tadi sebelum Ku Kamal pergi, sempat Ku Kamal patah balik dan bagitahu hotel mana yang mereka duduk. Mana tahu Aralyn nak jumpa dengan Ku Zaril dan ada perkara nak dicakapkan.

Ku Kamal saja lah bagitahu. Dan di sini lah Aralyn sekarang. Berdebar hati Aralyn. Rasa berdegup laju. Hampir nak terkeluar dari soket.

Aralyn jadi ragu-ragu sama ada mahu berjumpa dengan Ku Zaril atau tidak. Aralyn pun tak tahu kenapa dia ke sini. Walhal tadi Aralyn nak jalan-jalan saja. Tapi kaki dia boleh melencong bawa dia ke sini. Haih..

Kenapa ek? Kenapa kaki ni mesti mengkhianati diri dia? Kenapa kena buat dia macam ni? Sedih lah.

Setelah agak lama dia berdiri di hadapan pintu masuk hotel. Aralyn memutuskan untuk patah balik dan pergi dari situ sebelum Ku Kamal atau Ku Zaril nampak dia. Ada baiknya dia balik. Aralyn tak nak jumpa Ku Zaril.

Yalah. Dia yang minta Ku Zaril jangan jumpa dia. Alih-alih dia pula yang ke sini. Aduh.. apa ni?

Pantas Aralyn berpusing dan ingin bergerak pergi dari situ. Tapi tiba-tiba ada seseorang yang sudah berdiri di hadapan Aralyn. Mengangkat kepala Aralyn melihat figura tersebut. Ternyata Ku Zaril. Habis lah.

"Ara buat apa dekat sini? Nak jumpa abang Mal?" Teragak-agak Aralyn mengangguk.

Tak nak jumpa Ku Kamal lah. Nak jumpa Ku Zaril. Tapi Aralyn malu nak mengaku. Huaaaa!!

"Kenapa tak call dia?" Tanya Ku Zaril seraya melangkah merapati Aralyn.

"D-dah call. Tapi abang Mal tak jawab." Tipu Aralyn. Tipu sunat takpa kan?

"Oh. Ara bawa apa tu?" Mata Ku Zaril berkalih pada plastik di pegangan Aralyn. Kebetulan masa Aralyn jalan-jalan tadi, dia terjumpa orang jual donut dekat tepi jalan. Jadi Aralyn pun beli lah. Kesian tengok orang yang menjual tu sebab takda siapa beli.

"Donut. Awak nak?" Pelawa Aralyn selari mengangkat plastik berisi donut itu.

"Ara beli banyak?" Laju kepala Aralyn mengangguk mengiyakan soalan Ku Zaril.

"Jom. Kita makan dekat restoran hotel. Abang pun belum makan lagi. Ara dah makan?" Perlahan Aralyn menggelengkan kepalanya. Dah macam orang takda mulut. Asyik geleng dan angguk.

Ku Zaril yang menengok Aralyn begini rasa geram sangat. Comel. Selepas itu, Ku Zaril mentautkan jemari mereka lalu membawa Aralyn masuk ke dalam hotel. Terkaku Aralyn sebab Ku Zaril mengenggam tangannya.

Sepatutnya Aralyn tolak bukan biarkan. Tapi Aralyn tak mampu nak buat. Aralyn pandang genggaman tangan mereka. Tangan kecil Aralyn tenggelam dalam pegangan tangan besar Ku Zaril.

Mereka berdua masuk ke dalam lif dan Ku Zaril menekan butang 10. Tangan Aralyn masih setia dipegang. Malah lebih erat. Mengemam rapat bibir Aralyn. Malu tapi mahu. Tak suka tapi suka. Macam mana tu?

Sampai saja di tingkat 10, Ku Zaril dan Aralyn lekas melangkah keluar dari dalam lif dan menuju ke meja yang kosong. Ku Zaril memilih tempat yang berada di hujung dan sebelah tingkap. Dapat Aralyn melihat pemandangan luar yang cantik dari atas bangunan hotel ini.

Ku Zaril menarik kerusi untuk Aralyn duduk. Senyum Aralyn.

"Terima kasih." Ucap Aralyn sembari melabuhkan punggungnya. Bersinar mata dia melihat dekorasi di dalam restoran hotel itu. Bertemakan klasik dan moden. Satu kombinasi yang sangat cantik.

Sebagai pelajar master dalam bidang art interior designer. Aralyn beri 100 markah untuk sesiapa yang bijak mendekorasi dalaman restoran hotel ini. Very high class. Very demure.

Ku Zaril turut duduk di sebelah Aralyn. Bukan tak nak duduk di depan. Tapi Ku Zaril rasa lebih elok dia duduk di sebelah. Rasa lebih dekat. Tak sangka pula Ku Zaril yang dia dapat berjumpa dengan Aralyn. Niat dia turun ke bawah tadi sebab saja nak ambil udara segar. Ku Kamal pun tengah tidur.

MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]Where stories live. Discover now