Perlahan-lahan Ku Zaril melangkah menghampiri isterinya yang sedang memasak di dapur. Selepas kejadian tengah hari tadi di syarikat, Aralyn terus diam tak bercakap. Sampai saja di rumah, Aralyn langsung masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.
Banyak kali Ku Zaril ketul dan memanggil nama Aralyn. Tapi Aralyn langsung tidak buka. Menjawab suaminya pun tidak. Bukan Aralyn marah pada Ku Zaril. Tapi dia marah pada diri sendiri kerana tidak dapat kawal perasaan marah dia. Itu saja.
Aralyn tak faham dengan diri dia sekarang. Sangat sensitif. Cepat terasa. Mudah merajuk. Senang marah. Terlalu emosi. Kadang-kadang Aralyn penat dengan diri sendiri. Tak tahu kenapa.
"Sayang." Panggil Ku Zaril seraya memeluk isterinya dari belakang. Kepalanya diletakkan pada bahu kanan Aralyn. Rindu.
Rindu sangat nak bergurau dengan isteri dia. Rindu nak dengar mulut celoteh isteri dia. Rindu nak dengar Aralyn bercerita tak berhenti. Rindu semuanya tentang Aralyn.
Sepatutnya mereka rancang mahu makan tengah hari di hotel. Saja. Nak romantik. Tapi itu lah. Rancangan rosak. Semua gara-gara mak lampir sorang tu.
Aralyn diam tak membalas suaminya. Dia masih fokus pada masakan dia. Tapi Aralyn hanya membiarkan suaminya memeluk dirinya.
"Sayang marah abang ke? Cakap lah dengan abang. Abang ada buat salah? Ke sayang ada terasa hati dengan abang? Kalau ada.. luahkan. Biar abang tahu salah abang. Jangan lah senyap. Abang rindu nak dengar suara sayang. Dah berapa jam sayang diam tak bercakap dengan abang." Kata Ku Zaril seraya memandang sisi wajah isterinya.
Mengeluh berat Aralyn jadinya apabila mendengar kata-kata sang suami. Dia menyudahkan masakannya dahulu sebelum ditutup api. Setelah itu, Aralyn merungkaikan pelukan dan berpusing menghadap Ku Zaril.
"Ara tak marah abang. Ara marah diri sendiri." Ternaik kedua alis Ku Zaril. Tak faham.
"Kenapa nak marah diri sendiri?" Tanya Ku Zaril ingin tahu.
"Sebab Ara tak dapat kawal emosi Ara sampai Ara malukan abang depan semua orang. Ara isteri tak guna. Ara menyusahkan. Ara tak jaga maruah abang sebagai suami Ara. Ara minta maaf, abang." Lirih suara Aralyn berkata begitu.
Sayu hati Ku Zaril tatkala mendengar bicara sang isteri. Sebab ni ke yang sampai tak nak bercakap? Ku Zaril okay. Takda masalah pun. Bahkan Ku Zaril lagi merasa bangga pada isterinya. Ku Zaril tak pernah tengok isteri dia berperangai seperti tadi.
Look.. WOW!
"It's okay, sayang. It is not your fault. Abang sokong apa yang sayang buat tadi. Kalau abang.. mesti lebih teruk dari tu. Entah-entah abang bakar je kereta dia tu. Dah lah macam besi buruk." Tergelak Aralyn saat mendengar ayat akhir Ku Zaril. Suka sangat mengutuk Rania.
"Abang ni kan.. suka sangat kutuk dia. Tahu lah dia memang perangai macam tu. Tapi dah-dah lah. Kesian pun ada." Menjebir bibir Aralyn. Ku Zaril terus mencubit sedikit bibir isterinya.
Membulat mata Aralyn apabila suaminya mencubit bibir dia. Kenapa cubit bibir? Cium lah. Baru betul.
Eh, eh kau. Gatal nok.
"Jangan cepat kesian kan orang. Masa dia buat sayang, ada dia kesian kan sayang? Dia fitnah abang cakap budak yang dia mengandungkan tu anak abang. Ada dia fikir perasaan sayang? Tak pun. Jadi tak perlu sayang nak jadi baik untuk dia. Abang tak suka tengok sayang terlampau baik. Bukan abang tak senang tengok sayang jadi orang baik. Tapi untuk orang macam Rania tu, tak perlu dibuat baik. Bila kita buat baik, dia pijaknya isteri abang. Abang tak suka tau." Lama dah Ku Zaril tahan rasa marah dia pada Rania.
Tapi lagi geram bila tengok isterinya baik sangat dengan Rania. Memang lah Aralyn tak baik macam dulu. Masih ada kasarnya. Cuma Aralyn ni cepat lembut hati dan cepat rasa bersalah. Macam tadi. Kesian lah. Ku Zaril tak suka.
YOU ARE READING
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [C]
RomanceUngku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis sem...